Seluar Makin Ketat Dan Perut Ibu Rasa Senak? 8 Legging Pants Ini Selesa & Bergaya Dipakai Untuk Ibu Mengandung
Legging pants selesa dipakai semasa hamil kerana ia mudah meregang, dan tidak merimaskan!
Apabila hamil, salah satu perubahan yang berlaku adalah saiz badan. Jadi disebabkan itu ibu hamil akan menukar saiz baju dan seluar yang lebih selesa dan sesuai untuk wanita mengandung, betul tak? Selain menukar ke baju yang lebih longgar dan selesa, seluar juga menjadi satu masalah besar buat ibu hamil jadi ramai para ibu yang beralih kepada leggings pants yang lebih selesa dan boleh meregang.
Legging khusus untuk ibu hamil dibuat dengan reka bentuk mesra benjolan, termasuk: Panel over-the-bump. Banyak leggings pants materniti mempunyai kain yang melapisi perut ibu yang boleh melentur membuatkan kita tidak merasa sempit, malah ada yang menawarkan sokongan untuk mengurangkan sakit belakang.
Membeli Leggings Pants Yang Terbaik Untuk Ibu Hamil
Seluar semasa hamil khususnya jenis slim fit haruslah menepati kriteria yang dibolehkan agar bukan sahaja selesa untuk ibu, malah selamat untuk bayi. Seluar yang terlalu ketat apatah lagi di bahagian perut seharusnya elak dipakai sepanjang tempoh kehamilan ya ibu.
Ada beberapa jenis legging pants di pasaran yang setiap satunya dengan gaya yang berbeza, antaranya:
- Over-the-bump: Legging bersalin ini mempunyai panel perut yang tegang yang cukup besar untuk menutup seluruh perut hamil. Legging ini biasanya dipakai semasa trimester ke-3
- Bawah perut: Legging pants bersalin tanpa panel perut dirancang untuk duduk di bawah lebam anda. Pinggang di legging di bawah benjolan cukup tegang untuk mengembang dengan perut anda yang membesar.
- Legging biasa: Ada juga sesetengah seluar legging biasa yang tidak dikhususkan untuk wanita hamil, tetapi masih selesa untuk pemakaian semasa mengandung. Kebiasaannya seluar biasa akan dibeli 1 atau 2 saiz lebih besar untuk keselesaan ibu.
Ibu, tidak kira gaya apa yang dipilih pastikan legging pants yang dipilih haruslah boleh menyokong, tetapi tidak terlalu ketat atau menyekat. Pastikan ia diperbuat daripada kain dengan aliran pengudaraan yang baik dan boleh meregang sepanjang peringkat kehamilan yang berbeza.
8 Leggings Pants Terbaik Yang Selesa Buat Ibu Hamil
Bagi membantu anda, kami senaraikan beberapa pilihan leggings pants yang selesa dipakai sepanjang kehamilan. Selamat memilih!
[product-comparison-table title="8 Legging Pants Terbaik"]
Mama's Choice Activewear Maternity Leggings
Leggings Pants Terbaik Untuk Fleksibiliti Perut
Pilihan kami yang pertama adalah legging kehamilan dari Mama's Choice. Seluar legging tampak kemas ini direka untuk memberi fleksibiliti semasa perut ibu membesar. Bukan itu sahaja, ia mempunyai tali pinggang bergetah yang boleh laras membantu menyokong perut untuk mengurangkan sakit belakang dan pelvis. Dengan bahan yang lembut dan menutupi perut dapat menjadikan postur badan ibu lebih kemas.
Bukan itu sahaja, anda boleh laraskan tali pinggang bergetah ini mengikut usia kehamilan anda dengan dengan mudah. Ini kerana, jika ibu menggunakan legging yang terlalu ketat secara tidak langsung boleh menganggu perkembangan bayi dalam kandungan.
Tidak kira aktiviti yang lakukan sepanjang hari, Mama's Choice Activewear Maternity Leggings akan menjadikan anda selesa dan bergaya sepanjang hari walaupun selepas bersalin!
Apa yang kami suka?
- Didatangkan dalam pilihan warna universal
- Boleh digunakan selepas bersalin
- Diperbuat dari 60% kapas dan 40% poliester
- Bahan lembut, tebal, dan bernafas
- Menjadikan kaki kelihatan lebih langsing
- Free size
9months Maternity Full Panel Maternity Legging
Leggings Pants Tampak Sporty & Selesa
Seluar campuran rayon dan spandex ini bukan sahaja sesuai dipakai semasa mengandung, tetapi memberikan keselesaan maksimum dengan sokongan panel penuh di bahagian perut. Ada pelbagai pilihan warna basic seperti hitam, biru gelap dan kelabu. Ibu boleh lah memilih mengikut gaya sendiri.
Jika anda seorang ibu yang gemar bergaya, seluar legging ini sesuai dikenakan dengan mana-mana helaian. Padankan sahaja dengan baju tunik oversize dengan seluar legging ini dan sepatu sneaker untuk penampilan bergaya dan selesa.
Apa yang kami suka?
- Campuran rayon dan spandeks
- Kain lembut
- Sokongan perut panel plain
- Keselesaan maksimum
- Panjang penuh
- Slim fit
- Sesuai untuk semua peringkat kehamilan
Foucome Maternity Faux Leather Leggings
Leggings Pants Terbaik Jenis Skinny Fit
Buat ibu yang gemarkan gaya ranggi, ini merupakan seluar legging murah yang mungkin dapat menarik perhatian anda.
Seluar skinny fit ini diperbuat daripada material polister dan elastane, namun memberikan keselesaan yang maksima dengan adanya pinggang elastik yang dipakai atas perut.
Walaupun seluar legging murah, namun produk ini boleh dibersihkan dengan menggunakan mesin basuh.
Apa yang kami suka?
- Jenis kulit
- Bergaris/berlipat
- Dipakai atas perut
- Skinny fit
- Pinggang elastik
- Lapisan poliuretana
- Campuran poli
- Seluar legging murah
Bove by Spring Maternity Kate Fitness Pants
Leggings Pants Terbaik Untuk Latihan Pranatal
Terus aktif dan bergaya dengan memakai yoga pants Halter-back bercorak geometri yang kemas dengan tali berganda, memastikan ibu tetap sejuk dan selesa ketika melakukan latihan pranatal!
Regangan ekstra memberikan lebih banyak ruang untuk lekapan sepanjang kehamilan sehingga sesuai dengan selesa di semua peringkat, dari trimester 1 hingga akhir kehamilan!
Apa yang kami suka?
- Material 90% Poliester, 10% Spandex
- Corak abstrak ang menarik
- Selesa digunakan ketika bersenam
- Kain sejuk dan selesa
Maternity Shark Pants
Leggings Pant Terbaik Jenis Low Rise
Ada sesetengah ibu yang lebih suka memakai seluar di bawah perut walaupun ketika mengandung.
Seluar mengandung jenis low rise ini pastinya akan menjadi pilihan anda kerana ia bukan sahaja selesa, malah pinggang elastiknya membuatkan pemakaian yang selesa sepanjang kehamilan.
- Legging dengan perincian jahitan cross over
- Low rise
- Tidak berlipat/bergaris
- Slim fit
- Pinggang elastik
- Material poliester
Holabebe Maternity Legging Over The Belly
Leggings Pants Terbaik Menyokong Perubahan Saiz Perut
Seluar materniti jenis legging dari Holabebe ini kelihatan lebih simple, namun tetapi menjamin keselesaan ibu hamil. Ia didatangkan dengan bahagian pinggang yang lembut dan elastik untuk menyokong perubahan saiz perut sepanjang kehamilan.
Yoga pants yang dipakai di atas perut ini sesuai untuk dipakai pada waktu santai, semasa ke klinik membuat pemeriksaan atau sekadar berehat di rumah!
Apa yang kami suka?
- Legging lekapan padat
- Satu saiz lebih besar
- Atas perut
- Tidak bergaris
- Slim fit
- Pinggang lembut dan elastik untuk menyokong pembesaran perut
- Material 95% cotton 5% spandex
Uniqlo Ultra Stretch Maternity Leggings Pants
Leggings Pants Terbaik Dengan Regangan
Ada ibu berkerjaya tidak suka memakai legging yang terlalu ketat dan terlalu longgar kerana kelihatan menonjol dan merimaskan. Jika ibu mencari seluar legging murah dengan material terbaik, ibu boleh memilih jenis potongan lurus mengikut saiz kelebaran kaki.
Ultra Stretch Maternity Leggings Pants ini dibuat daripada fabrik Ultra Stretch dan anti kedutan untuk penjagaan yang mudah serta sesuai dipadankan dengan blouse labuh dan selesa dipakai sepanjang kehamilan.
Apa yang kami suka?
- Ultra Stretch, meregang dan tidak ketat pada perut ibu
- Tidak mudah berkedut
- Campuran kapas & polister. tidak panas saat memakainya
- Bahagian lutut menyerlahkan cutting dari betis hingga paras buku lali
- Atas perut
Lunavie Premium Maternity Leggings
Leggings Pants Terbaik Menyerap Peluh
Pemilihan leggings pants yang khas untuk ibu mengandung adalah sangat penting dalam pakaian semasa tempoh kehamilan anda. Sokongan paha legging yang sangat lembut ini datang dalam reka bentuk yang fleksibel dan boleh digayakan dengan semua majlis. Tidak kiralah untuk bekerja, formal, kasual, dan lain-lain. Ia diperbuat daripada material kapas yang menyerap peluh membuatka selesa dipakai sepanjang hari.
Seluar legging ini juga jenis panel berkontur boleh menyokong perubahan saiz perut dari trimester pertama hingga terakhir.
Apa yang kami suka?
- Jenis panel berkontur yang menyokong perubahan saiz perut
- Atas perut
- Fabrik kapas yang sangat lembut dan menyerap peluh serta membentuk dengan kemas
- Direka dengan jahitan halus supaya tidak menganggu perut dan sekitarnya
- Fkelsibel, ibu selesa memakainya kerana sangat lembut dan elastik
- Boleh dibasuh dengan cucian mesin
Perbandingan Harga Leggings Pants Untuk Ibu Hamil
Jenama | Harga |
Mama's Choice Activewear Maternity Leggings | RM39.90 |
9months Maternity Full Panel Maternity Legging | RM89.00 |
Foucome Maternity Faux Leather Leggings | RM32.25 |
Bove by Spring Maternity Kate Fitness Pants | RM149.90 |
Maternity Sharks Pants | RM26.98 |
Holabebe Maternity Legging Over The Belly | RM37.90 |
Uniqlo Ultra Stretch Maternity Leggings Pants | RM149.90 |
Lunavie Premium Maternity Leggings | RM58.00 |
Senaman Mudah Untuk Ibu Hamil Amalkan Agar Mudah Bersalin
Tidak dinafikan ramai ibu yang mengalami kelesuan dan keletihan melampau apabila memasuki trimester ketiga. Bagi yang sedang menanti hari, masih belum terlambat untuk anda manfaatkan masa lapang dengan melakukan senaman mudah untuk elak overdue.
Antara senaman mudah dan selamat untuk bakal ibu lakukan di rumah adalah seperti:
1. Rajinkan diri buat squat
Squat merupakan senaman yang paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ia membantu menguatkan pinggul otot ibu dan menggalakkan bayi berada dalam posisi yang sepatutnya.
Caranya adalah dengan berdiri dan kangkang kaki mengikut kemampuan. Tarik nafas sambil turun perlahan-lahan dalam posisi mencangkung.
Tahan selama 30 saat dan berdiri semula tanpa bantuan tangan.
Ulang semula dalam 10-20 minit setiap hari. Jangan teragak-agak untuk berhenti sekiranya anda terasa ingin pitam.
2. Kerap lakukan brisk walk
Kerap berjalan kaki juga memudahkan proses bersalin nanti kerana ia menggalakkan sakit kontraksi berlaku. Dengan cara ini, sedikit sebanyak membantu bayi cepat turun dan berada dalam posisi betul sebelum tarikh bersalin.
Anda juga boleh lakukan brisk walk jika mahu. Tetapi, pastikan pemakaian kasut yang sesuai dan tidak ketat untuk mengelakkan kejang pada kaki yang bengkak semasa tempoh kehamilan.
3. Duduk atas bola
Anda boleh lakukan senaman ringkas dengan duduk di atas gym ball. Lengkungan pada bola dapat mengurangkan rasa sakit belakang, pinggul dan pinggang berbanding duduk di atas sofa. Ia membantu pinggul anda lebih fleksibel untuk menghadapi proses bersalin kelak.
Untuk melakukan senaman lebih selesa, bolehlah ibu memakai seluar legging yang paling sesuai dan selesa seperti kami syorkan. Sekiranya belum ada, jangan ragu-ragu untuk tambahkan ke dalam koleksi pakaian ibu!
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perut Makin Membesar, Dah Tak Muat Seluar Biasa. Ini Senarai Seluar Muslimah Untuk Anda!
Baca juga: Rawatan Kuku Antara 11 Idea Terbaik Untuk Ibu Hamil Manjakan Diri, Cubalah!