9 Peringkat Kehamilan Sehingga Bersalin, Nombor 5 Paling Ditunggu Semua Ibu Hamil!

9 Peringkat Kehamilan Sehingga Bersalin, Nombor 5 Paling Ditunggu Semua Ibu Hamil!

Sudahkah anda melalui peringkat kehamilan yang ada dalam senarai ini? Jom semak!

Peringkat kehamilan selama 9 bulan tentu memberikan catatan sejarah yang penting bagi kehidupan bakal ibu dan bapa sementara menunggu kelahiran si comel.

Ramai ibu bapa yang melakarkan memori dengan mengambil gambar setiap minggu kehamilan bagi mengingati saat manis tersebut.

Peringkat Kehamilan Yang Mengujakan Bakal Ibu Bapa

Pada umumnya, setiap wanita atau ibu hamil akan merasakan peringkat kehamilan atau milestones kehamilan yang lebih kurang sama.

Majoriti wanita akan memulakan kehamilan dengan merasakan beberapa tanda kehamilan seperti rasa loya, badan sakit-sakit atau sering merasa penat dan mengantuk. 

Ini termasuklah semasa ibu teruja apabila pertama kali merasakan merasakan tendangan si kecil di dalam rahim, atau semasa janin memberi tindak balas dengan melakukan gerakan ketikan anda mengajaknya berborak?

Kenangan seperti ini tentu saja sangat menggembirakan hati ibu bapa dan tak ternilai harganya. 

Peringkat Kehamilan Yang Dilalui Pasangan

peringkat kehamilan, fasa kehamilan, baby shower, pengalaman mengandung, pengalaman mengandung 9 bulan

Peringkat Kehamilan #1  Pertama Kali Melihat UPT Positif

Semasa melihat UPT menunjukkan tanda positif, segala perasaan akan bercampur menjadi satu. Rasa gembira, terharu, risau ataupun takut mungkin akan dirasakan semasa ibu melihat UPT positif.

Jangan takut ya ibu. Sebenarnya, perasaan yang dirasakan setiap pasangan tentu saja berbeza-beza. Ada yang terus mengalirkan air mata kerana terlalu gembira, ada pula yang menjerit kegirangan, namun ada pula yang merasa sedih kerana risau dan merasakan belum bersedia untuk menjadi ibu.

Oleh sebab inilah, pakar psikologi selalu mengingatkan supaya kehamilan dirancang dengan baik. Hal ini membantu mencegah terjadinya baby blues atau depresi sebaik melahirkan.

Peringkat Kehamilan #2 Merasakan Morning Sickness

Biasanya keadaan ini dirasai semasa trimester pertama, dan akan beransur hilang semasa usia kandungan bertambah.

Malah tahukah anda tidak semua wanita merasakan morning sickness semasa hamil? Tetapi walau apapun keadaannya, sekalipun tidak selesa, percayalah yang anda akan melaluinya dengan baik, malah ia merupakan sesuatu yang baik bagi pertumbuhan janin di dalam rahim ibu.

Peringkat Kehamilan #3 Mengumumkan Kehamilan Kepada Orang Tersayang

Bila anda disahkan mengandung, anda pasti mula teruja untuk mengumumkan kepada yang tersayang perihal berita itu. Ada pasangan yang mengumumkan berita kehamilan dengan cara yang unik, khususnya kepada kaum keluarga bagi berkongsi kegembiraan.

Wah, pasti jadi kenang-kenangan yang indah kan ibu?

Peringkat Kehamilan #4 Pertama Kali Mendengar Degupan Jantung Si Manja

peringkat kehamilan, fasa kehamilan, baby shower, pengalaman mengandung, pengalaman mengandung 9 bulan

Salah satu saat mendebarkan yang dinantikan bakal ibu bapa adalah pertama kali mendengar degupan jantung bayi.

Ketika mendengarnya, pasti anda akan rasa gembira dan sangat terharu kerana pastinya anda satu nyawa yang bakal dilahirkan oleh si ibu.

Anda mungkin berasa antara percaya dan tidak, benarkah anda bakal mempunyai seorang anak dalam masa terdekat? Anda ingat tak pertama kali merasakan peristiwa manis ini?

Peringkat Kehamilan #5 Merasakan Gerakan Bayi Dalam Kandungan

Ibu hamil pasti akan peka terhadap apa pun yang terjadi dalam kandungannya, terutama bila memasuki minggu-minggu yang dijangka akan merasakan pergerakan bayi. Apabila berlaku gerakan pertama, pasti ibu mula keliru, benarkah itu gerakan anak saya?

Meskipun gerakan itu hanya perlahan namun kegembiraan si ibu pastinya melonjak dengan banyak sekali kan ibu?

Peringkat Kehamilan #6 Mengetahui Jantina Si Comel

Bila dengar saja doktor mengesahkan jantina bayi anda, pastinya anda terus terbayangkan perubahan hidup anda (dan baju comel yang boleh mula dibeli!). Apalagi jika ia merupakan jantina bayi yang anda harapkan!

Namun, apapun jantina anak anda, yang penting bayi tetap sihat dan perkembangannya baik seiring usia kandungan.

Peringkat Kehamilan #7 Membeli Barangan Bayi

Persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa baru khususnya, adalah bila waktu yang tepat untuk membeli barangan bayi.  Terpulang kepada anda untuk membeli barangan bayi pada bila-bila pun, yang pasti ia akan menjadi kenangan yang menggembirakan bagi setiap pasangan!

Tetapi ingat ya ibu, jangan sampai berlebihan pula ketika membeli, Beli yang perlu sahaja terutamanya bagi barangan newborn.

Peringkat Kehamilan #8 Menyediakan Bilik Bayi

peringkat kehamilan, fasa kehamilan, baby shower, pengalaman mengandung, pengalaman mengandung 9 bulan

Beberapa pasangan membuat keputusan untuk tidur berasingan dengan bayinya hingga mempersiapkan bilik bayi. Malah ada juga yang menyediakan bilik bayi walaupun mereka tidur bersama dengan bayi, bagi menyediakan ruang untuk menyimpan barang-barang bayi di bilik tersebut.

Pastinya mereka bentuk bilik dan mengecat bilik bayi anda akan menjadi pengalaman yang menarik. Selalunya bayi perempuan akan disediakan bilik berwarna merah jambu, lelaki punya mungkin mempunyai wallpaper bertemakan angkasawan!

Peringkat Kehamilan #9 Babyshower!

Jika anda dan pasangan mengadakan babyshower, ia pasti merupakan kenangan yang tidak boleh dilupakan terutamanya buat bayi pertama dalam keluarga kecil anda.

Dikelilingi dengan keluarga dan sahabat, sambutan kecil yang dilakukan akan membuat ibu hamil semakin gembira, dan tidak takut menghadapi waktu bersalin. Siapa yang tidak suka dengan kejutan dan sambutan penuh kasih sayang seperti ini?

Peringkat kehamilan yang mana satu paling anda ingat ya ibu?

Ada cadangan lain selain minum susu semasa mengandung?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner