Perut Makin Membesar, Dah Tak Muat Seluar Biasa. Ini Senarai Seluar Muslimah Untuk Anda!

Cantik, selesa dan stylo! Ini 7 pilihan seluar materniti yang pasti akan menarik perhatian anda!

Rasanya setiap wanita hamil akan mengalami masalah seluar tak muat apabila kandungan sudah mencapai bulan ke atas, betul tak? Apabila seluar mulai ketat, para ibu pasti mencari alternatif seluar mengandung muslimah yang lebih selesa.

Seluar mengandung lebih selesa kerana direka khas untuk melengkapkan dan menyokong badan yang sedang hamil. Menariknya, kini kita mempunyai lebih banyak pilihan fesyen yang benar-benar menarik dan pelbagai sehingga anda tidak perlu mengorbankan gaya peribadi anda.

Kebiasannya seluar mengandung mempunyai getah yang boleh dilaras mengikut keselesaan ibu. Selain daripada itu, kain pada bahagian perut juga lebih elastik dan longgar berbanding bahagian lain bagi mengelakkan tekanan pada rahim.

Tips Memilih Seluar Mengandung Muslimah Yang Terbaik

Sebelum membeli seluar mengandung, ambil kira beberapa perkara berikut:

  • Tunggu sehingga perut mula kelihatan sebelum mula membeli pakaian bersalin. Ini biasanya berlaku sekitar 12 hingga 16 minggu kehamilan, tetapi ia mungkin berlaku lebih awal atau lambat untuk anda.
  • Cari seluar bersalin mengikut ukuran yang anda pakai sebelum hamil. Seluar bersalin menggunakan sistem ukuran yang sama seperti seluar biasa, tetapi seluar itu dibuat untuk menampung perut yang tumbuh, jadi biasanya tidak perlu naik ukuran.
  • Cuba seluar sebelum anda membelinya untuk memastikannya sesuai dan anda menyukai penampilannya. Sekiranya anda memesan seluar dalam talian, pastikan bahawa anda boleh mengembalikan seluar jika tidak sesuai.
  • Pilih seluar yang meregang dan memberi ruang untuk berkembang.

Pilihan Seluar Mengandung Muslimah di Pasaran

  • Pilih seluar jeans bersalin dengan tali pinggang yang selesa pada anda.
  • Pilih legging atau jeggings jika anda mahukan sesuatu yang mudah bergerak. Pertimbangkan jenis aktiviti yang dirancang untuk dilakukan. Legging atau jeggings (legging jean biru) adalah pilihan yang baik jika anda mahukan sesuatu yang akan bergerak bersama anda dan yang tidak akan terasa terhad. 
  • Seluar jenis palazo atau longgar sesuai untuk digayakan ke pejabat.

7 Seluar Mengandung Muslimah Terbaik di Pasaran

#1 Mama.licious Maternity Maija Jersey Pants

Seluar mengandung muslimah ini agak berbeza dengan kebanyakkan seluar materniti kerana ia ‘low rise’ dengan getah di bahagian bawah perut. Seluar comel dengan material campuran viscose ini sememangnya selesa dan boleh dipadankan dengan blouse dan tshirt!

Apa yang kami suka?

  • Seluar lurus dengan warna padat
  • Tidak berlipat/bergaris
  • Jenis slim fit
  • Pinggang elastik dengan tali boleh laras
  • 2 poket sisi
  • Material 70% Viscose LENZING ECOVERO, 24% Polyester, 6% Elastane

#2 9months Maternity Black Full Panel Wide Leg

Bagai wanita bekerjaya, anda pastikan sukakan seluar yang bergaya ini. Rekabentuknya membolehkan seluar dipakai di atas bahagian perut sekaligus memberikan keyakinan kepada si pemakai. Ada 2 bahagian poket yang memudahkan penyimpanan barangan kecil atau mungkin juga snek! 

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk panel penuh memberikan sokongan sepanjang kehamilan
  • Elastik boleh laras dalaman dengan butang
  • Poket sisi depan
  • Poket welt belakang
  • Bahagian bawah seluar lebar
  • Material 100% Poliester

#3 Dorothy Perkins Maternity Black Tie Waist Palazzos

Palazo sememangnya antara seluar yang menjadi pilihan ramai terutamanya buat muslimah. Seluar ini longgar dan selesa, tetapi masih mengekalkan gaya menarik. Warna monokrom yang ditawarkan pun memang sesuai dengan pelbagai jenis baju!

Apa yang kami suka?

  • Seluar jenis santai
  • Bahagian pinggang elastik
  • ‘High rise’
  • Bahagian bawah seluar lebar
  • Material 97% Viscose, 3% Elastane

#4 Ripe Maternity Maternity Safari Sketch Pants

Seluar mengandung muslimah dari Ripe Maternity ini  selesa dan lebih sejuk, sesuai untuk pemakaian santai dan seharian. Seluar bercetak ini memang sesuai untuk ibu-ibu yang gemarkan keseronokan dalam bergaya. Bahagian pinggag seluar adalah ‘mid rise’ yang boleh dilaraskan dan diikat dengan tali.

Apa yang kami suka?

  • Seluar cetak monokrom
  • Tidak berlipat/bergaris
  • Bersifat santai
  • Pinggang elastik dengan tali pinggang tali luar
  • 2 poket sisi depan
  • Material poliester

#5 Bove by Spring Maternity Woven Waleria High Waist Slim Skinny Jean

Siapa kata ibu mengandung tak boleh pakai seluar jeans? Nah, seluar jeans keluaran Spring Maternity ini memang dikhaskan untuk ibu mengandung. Material seluar ini adalah elastik, dengan bentuk yang terletak elok pada kaki si pemakai. Kalau nak pakai selepas bersalin pun tidak ada masalah!

Apa yang kami suka?

  • Jenis ‘slim fit’
  • Kain jenis elastik boleh regang
  • ‘High waist’
  • Material 65% kapas, 33% poliester, 2% elastana

#6 9 months Maternity Blue Maternity Full Panel Relaxed Fit Jeans

Seluar mengandung seterusnya juga dari material jeans, tetapi kali ini lebih santai dan tidak ‘fit’. Panel lebihan pada seluar bertujuan untuk membuatkan perut ibu selesa tanpa risau seluar terlondeh atau tidak muat! Yang penting, produk ini sangat selesa dan masih bergaya!

Apa yang kami suka?

  • Campuran kapas
  • Seluar yang santai
  • Panel penuh untuk menampung perut yang membesar
  • Material 97% Cotton 3% Spandex

#7 Mama.licious Maternity Asa Pants

Seluar bergaya keluaran Mama.licious ini pasti menjadi perhatian ibu yang stylo! Seluar kargo ini istimewa kerana diperbuat dengan kain satin yang licin dan feminin. Seluar campuran poli ini sangat selasa dan berjenis low-rise tetapi tetap bergath elastik di bahagian pinggang untuk mengelakkan dari terlondeh, jadi anda tak perlu risau ya!

Apa yang kami suka?

  • Seluar kargo satin
  • Kenaikan rendah
  • Tidak berlipat/bergaris
  • Pinggang dan manset yang elastik
  • 2 poket kargo
  • Material 95% Poliester, 5% Elastane

Selamat memilih!

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!