Semakin Ramai Kanak-Kanak Hilang Gigi Kerana Ibu Bapa Tidak Membawa Mereka Berjumpa Doktor Gigi

Penjagaan gigi sepatutnya bermula sedari awal, sejak gigi yang pertama tumbuh lagi. Jika dilewatkan, anak anda akan berisiko untuk hilang gigi awal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan ramai ibu bapa yang beranggapan anak mereka terlalu muda untuk berjumpa dengan doktor gigi, semakin ramai kanak-kanak yang terpaksa dicabut gigi diusia muda.

Statistik di England menunjukan 80% kanak-kanak di bawah dua tahun tidak berjumpa doktor gigi. Dan ini menyebabkan meningkatnya bilangan kanak-kanak terpaksa dicabut gigi di usia yang sangat muda.

Fakulti Surgeri Dental (FDS) di Royal College of Surgeons menunjukan 60% kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun tidak membuat pemeriksaan gigi sehingga 31 Mac 2017.

Ini menunjukan peningkatan sebanyak 24% kes gigi dicabut di usia satu hingga empat tahun. Termasuklah 48 kes bayi di bawah usia satu tahun.

Ramai ibu bapa tidak mengambil berat tentang gigi bayi atau lebih biasa disebut gigi susu kerana tahu yang ia akan diganti dengan gigi kekal.

Tetapi menurut pakar gigi, membiarkan kanak-kanak biasa menjaga gigi dari awal adalah sangat baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Panduan menunjukkan yang membawa anak kecil untuk rutin memeriksa gigi adalah sepatutnya bermula sedari gigi pertama mereka tumbuh!

Iaitu sekitar umur enam bulan. FDS menyatakan yang 90% kes ini dapat dielakkan jika mempunyai kebersihan mulut yang baik.

Lebih awal kanak-kanak itu mendapatkan pemeriksaan gigi, lebih mudah untuk mengelak dari kanak-kanak itu trauma akibat terpaksa dicabut gigi.
 
Royal College of Surgeons juga menyatakan yang lebih awal kanak-kanak biasa dengan suasana pemeriksaan gigi adalah lebih baik untuk mereka.
 
Jika pengalaman pertama ke klinik gigi adalah penuh stress, trauma dan menakutkan, mereka akan selamanya takut dengan proses pemeriksaan gigi.

Kebanyakan masalah gigi adalah sangat mudah untuk dielakan. Jika nasihat penjagaan gigi yang diberikan, dipatuhi.

Seperti menggosok gigi dua kali sehari serta mengelakan makanan dan minuman bergula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Tip penjagaan gigi untuk si kecil

Berikutan perkongsian ini, kami di theAsianparent ingin berkongsi tip-tip menjaga gigi anak kecil anda:

  1. Membawa mereka untuk pemeriksaan gigi seawal dari gigi pertama tumbuh
  2. Mula membersihkan gigi mereka sejak gigi yang pertama. Terdapat pelbagai berus gigi yang sesuai dengan gusi bayi yang lembut.

    Foto ehsan littlewhiz

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

     

  3. Elakan mereka tidur dengan gigi yang belum dibersihkan.
  4. Mula menggunakan ubat gigi yang selamat untuk bayi selepas mereka berusia 18 bulan.

    Foto ehsan Aqma Madiha

     

  5. Tunjukan contoh dengan mengamalkan penjagaan kebersihan oral yang baik. Seperti memberus gigi sebelum tidur.
    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Perbezaan kuantiti ubat gigi dewasa dan kanak-kanak. Foto ehsan Aqma Madiha

  6. Elakkan memberi makanan dan minuman yang tinggi gula. Ia juga tidak bagus untuk kesihatan mereka.
  7. Bantu mereka betul-betul membersihkan gigi mereka.
  8. Gunakan amalan penjagaan gigi yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

    Foto ehsan mediamarketingMD

     

  9. Konsisten dalam mengajar mereka mengamalkan kebersihan oral

Sumber: Telegraph, dhsv

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma