Pertama kali ibu ayah melatih dan mengajar anak sembahyang tidak perlulah melibatkan sebarang paksaan atau kekasaran. Sedangkan ibu ayahlah yang sebenarnya memainkan peranan untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam membentuk peribadi anak-anak, terutamanya dalam sembahyang.
“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan pukullah dia kerana (tidak) sembahyang pada usia sepuluh tahun. dan pisahkan mereka di tempat tidur.” (Riwayat Al Hakim dan Abu Daud).
‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sebaiknya, sebelum anak-anak meniti peralihan fasa umur 7 tahun, ibu ayah perlu terlebih dahulu mendidik jiwa anak supaya dapat merasai kemanisan iman sebelum diajar mendirikan solat lima waktu.
Cara ajar anak seronok sembahyang dengan berkesan
Kebanyakan ibu ayah mengambil pendekatan mudah dengan menggunakan rotan tanpa mengambil kira adab yang telah diajarkan oleh agama Islam.
Bahkan, antara kesilapan terbesar ibu ayah ialah apabila suka anak takut padanya melebihi keinginan untuk mendidik anak sembahyang dengan cara yang betul.
Anak umur 0-6 tahun, fasa yang penting untuk ibu ayah membentuk keperibadian anak
1. Solat berdekatan dengan anak
2. Biasakan anak-anak dengan masjid
3. Banyakkan bercerita tentang Allah, beri mereka kefahaman sesuai dengan usia
4. Ambil peranan masing-masing dalam melindungi, membesar dan mendidik anak
5. Banyakkan berdoa
Facebook: Dayana Zakariah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi
Baca juga: Para Ibu WAJIB Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi & Turun Tanda Bersalin
Baca juga: Jika Anak Tidak Solat, Adakah Ibu Ayah Yang Akan Menanggung Segala Dosa Mereka?