Menjadi ibu bapa merupakan tugas yang tak pernah berhenti. Jadi, tak hairanlah kalau ramai ibu bapa mengeluh tak cukup masa untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi untuk ibu. Tapi, rupa-rupanya, bapa juga cuba cari masa untuk bersendiri dengan sembunyi dalam tandas!
Benarkah ada sesetengah para suami yang lakukan perkara ini sebaik sahaja dia tahu si isteri akan marah atau membebel? Bukannya isteri nak sangat marah pun, cuma kadang kala kita geram kerana ibaratkan kita yang lakukan semua kerja di rumah tanpa bantuan.
Sebelum berkahwin dulu, bukan main mereka berjanji untuk bantu kemas rumah atau menjaga anak. Sekarang mereka ‘lari’ ke tandas secara diam-diam.
Lelaki sembunyi dalam tandas lebih tujuh jam untuk “bersendiri”
Satu kajian menunjukkan yang para bapa atau suami juga cuba mencari masa untuk diri sendiri. Mereka selalunya akan meluangkan masa lebih tujuh jam setahun untuk ketenangan dan kesunyian.
Selepas memuat naik poll untuk selidik 1,000 lelaki, pengkaji mendapati lelaki menyembunyikan diri di dalam tandas kerana beberapa sebab dan bukan hanya untuk buang air!
Lelaki yang mengaku melakukan perkara ini mahu:
- larikan diri dari pasangan yang sering membebel
- jauhkan diri dari kerja rumah atau anak yang bising
- menggunakan telefon bimbit dengan tenang
Sembunyi dalam tandas dari perspektif lelaki
Kajian yang dijalankan oleh Pebble Grey, pakar tandas ini menemui tandas bukanlah tempat yang selamat untuk mereka sembunyi.
Secara umumnya, satu dari 10 lawatan ke tandas akan diganggu. Ini bermakna, mereka diganggu 171 kali sepanjang tahun!
Jurucakap Pebble Grey mengatakan, “Kami semua perlukan sedikit masa untuk diri sendiri”
Dia mengaku yang tandas adalah tempat pertama yang akan dia fikirkan bila perlukan masa untuk bersendiri.
“Ia adalah tempat di mana kami boleh mengasingkan diri dari dunia luar” – walaupun untuk beberapa jam.
Keputusan menunjukkan dengan jelas yang lelaki menghargai masa sunyi mereka dan akan “biasanya ambil kesempatan untuk dapatkan ketenangan di dalam tandas.”
Sembunyi dalam tandas kerana masa mereka diganggu
Tambahan lagi, kajian juga mendedahkan yang masa dalam tandas sering diganggu oleh pasangan mereka dan kedua anak-anak.
Di antara lelaki dalam kajian ini, 45% dari mereka mengatakan mereka susah untuk mendapat masa bersendiri. Suku daripada mereka juga mengatakan yang pasangan mereka tak memahami betapa sibuknya mereka.
Lagi 25% pula mengatakan yang tanpa sembunyi dalam tandas, mereka tak tahu macam mana mereka boleh bertahan, dan lagi 23% mengaku yang tandas merupakan tempat selamat mereka.
Tips bersendiri (me time) untuk suami
Ayah, suami, kami tahu rahsia anda. Tapi ada lagi seorang dalam hidup anda yang lebih susah nak dapat masa bersendiri daripada anda. Ya, isteri anda. Ibu kepada anak-anak anda.
Jadi, dari anda sembunyi dalam tandas untuk masa bersendiri, apa kata anda bincang dengan isteri anda, bagaimana untuk anda dan isteri dapat masa bersendiri.
Mari kami bantu.
Tugas pertama anda adalah untuk berkongsi kerja rumah dengan satu sama lain. Dengan berkongsi, suami tak akan ada risiko untuk dileter, dan anda tak perlu untuk bersembunyi di dalam tandas.
Lagi cepat kerja rumah habis, lagi banyak masa untuk bersendiri. Ini adalah beberapa tip untuk suami:
- bantu isteri buat kerja rumah seperti mop atau vacuum lantai.
- luangkan masa dengan anak-anak dengan aktiviti yang menyeronokkan. Dengan cara ini, isteri anda boleh relax sedikit dan anak-anak akan penat dan tidur awal. Jadi, anda dan isteri boleh dapat masa untuk bersendiri.
Bila suami isteri bekerjasama, semua benda jadi lebih senang dan anda pun lebih bahagia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Kredit gambar: The Mirror
Baca juga: Wahai Suami, Berilah Isteri Anda Manjakan Diri Sekali Sekala, Mereka Perlukannya