7 Perkara semua Ibu yang menyusu perlu lakukan dalam beberapa bulan pertama

Ia mungkin mengambil masa anda seketika untuk belajar, tetapi anda pasti akan dapat mahir hal-hal penyusuan. Sementara itu, anda boleh melakukan perkara-perkara ini untuk membantu anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa minggu pertama penyusuan adalah yang paling sukar. Anda dan bayi anda tidak tahu apa yang anda lakukan, dan dalam tempoh inilah anak anda akan paling banyak membuat permintaan (untuk menyusu). Berikut adalah beberapa tips dari Romper and The Humbled Homemaker untuk membuat ini beberapa bulan pertama berlalu lebih cepat dan lebih mudah.

Dapatkan Sokongan

Jika anda memerlukan bantuan, dapatkan seorang perunding laktasi yang mempunyai kepakaran yang anda perlukan. Anda juga boleh bercakap dengan ibu menyusu yang lain yang bukan sahaja boleh memberikan petunjuk, tetapi juga menggalakkan anda dengan cerita-cerita perjuangan mereka sendiri.

Foto: Fotolia

Bersedia untuk malam yang panjang

Tiada jalan pintas dengan menyusukan bayi yang baru lahir, jadi cuba untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan emosi untuk keletihan. Dan perlu diingatkan bahawa hal ini juga akan berlalu. Ia tidak akan lama sebelum anak anda akan dapat tidur sepanjang malam.

Pekakkan telinga daripada pembenci

Jangan biarkan diri anda patah semangat apabila ada orang memberitahu anda untuk berhenti dan hanya beri susu formula* kepada anak anda, atau jika orang mengejek anda kerana bersusah payah untuk menyusukan bayi anda. Dengar nasihat dan hanya melakukan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

* Memberi susu formula kepada bayi anda bukanlah satu perkara yang amat teruk, tetapi anda tidak perlu rasa tertekan untuk membuat keputusan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan Bekalan Mencukupi

Oleh kerana badan anda secara literal menghasilkan makanan untuk manusia lain, selera anda mungkin bertambah. Ikuta apa kata badan anda anda dengan makan makanan yang sihat dan kerap dalam kuantiti kecil, dan ingat untuk sentiasa kekal terhidrat.

Dapatkan bantuan

Sistem sokongan yang kukuh akan mengambil masa. Beri peluang kepada rakan-rakan anda membantu anda dengan membiarkan mereka membawa anda makanan ringan, beritahu pasangan anda bagaimana dia boleh membantu anda dengan baik, ajak ibu bapa anda untuk singgah dan bermalam untuk satu atau dua minggu untuk membantu anda dalam penyususan. Jangan berasa bersalah kerana memerlukan bantuan atau membiarkan diri anda merasa bahawa anda hassling orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Dreamstime

Selesakan diri anda

Sediakan untuk menyusukan anak dengan mendapatkan kerusi goyang bagus. Beli bantal penyusuan yang akan membantu anda menyokong bayi anda dengan lebih mudah. Dengar buku audio atau menonton filem yang akan membantu anda menikmati keseluruhan proses.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cintai diri sendiri

Walaupun ia adalah mudah untuk menyalahkan diri apabila penyusuan tidak berjalan lancar seperti yang kamu sangka, jangan terlalu keras pada diri sendiri. Percaya pada diri sendiri dan perlu diingat bahawa keadaan akan menjadi lebih baik dari masa ke masa. Bersabarlah; walaupun ia tidak kelihatan seperti itu, anda pasti boleh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma