''Kecik-Kecik Dah Pandai Baiki Kereta & Drill,'' Ibu Senang Hati Dapat Anak Serba Boleh

Senang hati dan sejuk perut si ibu mengandungkan anak yang ringan tulang seperti anak ini. Semua kerja rumah dia boleh buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senang hati si ibu apabila dikurniakan cahaya mata yang memahami, tidak banyak songeh, dan ringan tulang. Ia seolah-olah hadiah terbesar kurniaan Yang Maha Esa. Anak-anak yang sering membantu meringankan beban ibu ayah ini sememangnya memiliki hati yang besar.

Senang hati ibu ini, anak pandai berdikari sejak kecil lagi

Baru-baru ini, media sosial telah dibanjiri oleh satu video yang tidak dinafikan membuatkan orang ramai terkejut dengan apa yang mereka lihat. Seorang kanak-kanak berjaya menghidupkan kenderaan ibunya yang mati setelah menjemput anak bongsu di Taska.

Video tersebut dimuat naik sendiri oleh si ibu menerusi laman TikTok @mrsayue89. Ia juga telah berjaya meraih lebih 3.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Bukan kami sahaja terkejut, ibunya pun tergamam. Mana tidaknya, dengan selambanya dia menghidupkan kereta itu.

“Kejadian masa nak ambil adik dia dari rumah babysitter. Terkejut luar biasa ibu tengok kau, dikmok,” tulis ibunya menerusi kapsyen video tersebut.

Jenis anak yang serba boleh

Itu baru jadi mechanic, menjengah di akaun TikTok ibunya itu, kami mendapati banyak lagi video-video di mana menunjukkan anak ini yang dikenali sebagai Dikmok dilihat melakukan kerja-kerja orang dewasa.

Luar biasa ya kebolehan adik ini. Semuanya boleh! Kali ini, jadi ‘McBuilder’ juga siap boleh drill rumah dengan selambanya. Untung betul si ibu dikurniakan anak serba boleh seperti ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak perlu susah-payah mengupah orang luar untuk melakukan kerja rumah. Anak lelaki yang walaupun masih kecil, sudah pandai berdikari dan melakukan kerja keras.

Ada juga video di mana anak kecil ini dilihat melakukan kerja pembersihan halaman rumah, berkebun, dan sebagainya. Ringan tulang sungguh!

Netizen beri komen positif, siap ada yang fikir nak jadikan ‘jodoh’, ya!

Apa yang diperlihat oleh netizen ini sememangnya bukan perkara biasa. Jarang jumpa kanak-kanak besar ini pandai melakukan kerja-kerja berat orang dewasa. Oleh itu, majoriti netizen meninggalkan komen positif yang memuji dan pastinya ramai yang terkejut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pula yang nak jadikan adik ini jodohnya, alamak!

“Hebat dik, kecik-kecil dah ada bakat tersendiri,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Ish, mana-mana noh. Haih maybe jodohku masih muda,” tulis seorang lagi pengguna TikTok menerusi ruangan komen video berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak lupa juga segelintir individu yang mendoakan agar adik ini membesar dengan baik dan boleh menyenangkan keluarga suatu hari nanti. Apa pun, adik ini memang mantap!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh

Baca juga: 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

Baca juga: Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

Penulis

Murns A.