“Hmm, nama bayi lelaki bermula dengan huruf I apa yang sedap ya?
Anda bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi? Tahniah kami ucapkan! Pastinya kehadiran cahaya mata baru akan menambahkan lagi seri dalam keluarga anda. Nampaknya si ibu dan bapa sedang mencari-cari ya nama bayi lelaki yang bakal lahir nanti. Huruf I ini memang unik dan jarang-jarang orang gunakan.
Bagi ibu bapa yang nak mencari inspirasi nama-nama bayi bermula dengan huruf I ataupun masih dalam proses memilih nama, kami nak kongsi sedikit beberapa cadangan nama untuk anda pertimbangkan. Maklumlah, budak-budak sekarang ini nama mereka hebat-hebat betul. Macam lagak nama novel gayanya. Sudah pasti proses memilih nama memberikan keterujaan buat kedua ibu bapa. Jom semak!
Cadangan nama bayi lelaki huruf I menurut Islam
Mengapa pentingnya pemilihan nama dalam Islam
Jika anda seorang muslim, anda sangat-sangat digalakkan untuk memberikan nama bayi dengan nama yang memberi maksud yang baik. Ini kerana panggilan nama dengan maksud yang baik itu akan kekal sehinggalah ke akhirat dan ia merupakan satu doa buat pemiliknya. Barulah rasa tenang kan? Doa yang baik-baik dapatlah yang baik-baik!
Ini juga bertepatan dengan hadis nabi SAW yang menyebutkan bahawa:
إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
Bila perlu beri nama bayi?
Umat Islam disunatkan untuk memberi nama bayi pada hari kelahirannya atau pada hari ketujuh kelahiran. Menurut Imam Bukhari, beri anak nama pada hari kelahirannya sekiranya ibu bapa tidak berniat untuk membuat majlis aqiqah. Manakala, jika ingin buat majlis aqiqah, beri nama pada hari ketujuh kelahirannya.
Contoh nama bayi lelaki huruf I dalam Islam berserta dengan maksud
Ibad, Ibaad = Rajin beribadah, hamba-hamba Allah
Ibkar = Pagi hari
Ibnu = Anak laki2
Ibnu Abbas = Nama sahabat dan paman Nabi Muhammad SAW, ahli tafsir
Ibnu Hajar = Nama ulama penyusun kitab hadits Bulughul Marom
Ibnu Kholdun = Filosof dan sosiolog muslim
Ibrahim = Nama nabi, ayah yg baik
Ibtisam = Senyuman
Idlan = Keadilan
Idraki = Pengetahuanku, kefahamanku
Idris = Nama nabi
Idrus = Singa
Iffat = Kehormatan diri
Iftikhar = Kehormatan, pembawa kehormatan
Iftiqar = Keperluan
Ihsan = Kebaikan
Ihtisyam = Kehebatan
Ijlal = Penghormatan, petunjuk, mulia, terhormat
Ikhlas = Memuliakan
Ikhtiari = Pilihanku
Ikhtiaruddin = Pilihan agama
Ikhwan = Persaudaraan
Ikram = Menghormati
Iktidal = Keadilan
Iktimad = Berserah
Iktisham = Tenaga
Ilham = Ilham, isyarat yang baik
Iliya = Nama nabi
Ilyas = Nama nabi
Ilyasa = Nama nabi
Imadi = sokonganku
Imaduddin = Tiang agama
Imam = Pemimpin
Iman = Iman, keimanan
Imdad = Tolong, bantu, sokong
Imtiyaz = Pilihan
Imran = Budi bahasa, nama ayahanda Maryam AS
Inas = Kelembutan
Inayat = Pertolongan
Insaf = Kesedaran
Intisar = Kemenangan
Iqbal = Kejayaan, pujangga muslim, kemajuan
Iqtidar = Kekuatan, tenaga
Irfan = Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan
Irsyad = Nasihat, panduan, manual
Irsyaduddin = Panduan agama
Is’ad = Beroleh taufiq
Isa = Nabi nabi
Isam = Orang sukses dengan usahanya sendiri
Ishak = Nama nabi /Ketawa
Isham = Maksum
Ishmat = Kekuatan menjauhi maksiat
Iskandar = Nama seorang raja
Islam = Kesejahteraan
Islah = Pembetulan
Isma = Pemelihara
Ismail = Nama nabi
Ismat = Ketulinan, kesucian
‘Ismat = Kekuatan menjauhi maksiat
Israr = Persendirian
Istafa = Pilih, suka
Isyhad = Penyaksian
Isyraf = Pengganti, pengawasan
Isyraq = Memberi sinar
Ithar = Mengasihi orang lain
I’tishom = Menjauhkan diri dari perbuatan maksiat
Iwadh = Pengganti
Iyad = Sokongan, kekuatan, gunung yang sukar didaki
Izdihar = Perkembangan, kemajuan
Izdiyad = Pertambahan
Izz = Kekuatan
Izzan = Pematuhan
Izzat = Kemuliaan
Izzudin, Izzuddin = Kemuliaan agama
Izzul Haq = Kemuliaan yang haq, sebenar-benarnya kemuliaan
Izzul Islam = Kemuliaan Islam
Ingin dapatkan lebih lagi pilihan? Ini kami kongsikan beberapa nama bayi lelaki yang menjadi pilihan orang Barat. Kebanyakan nama-nama ini tidak mempunyai maksud yang khusus seperti nama Islam. Hanya diambil daripada asal usul yang berbeza seperti negara dan sebagainya. Tetapi, ada sebilangan nama yang mempunyai maksudnya yang tersendiri. Ada juga yang lebih kurang dengan nama Islam tetapi mempunyai ejaan yang berlainan. Kalau ibu bapa nak dapatkan inspirasi dari segi ejaan, pun boleh.
Jom kita lihat!
- Ian
- Ibrahim
- Idris
- Ignacio
- Iker
- Ira
- Isaac
- Isaiah
- Isaias
- Ishaan
- Ismael
- Issac
- Ivan
- Izaiah
- Icarus
- Idzi
- Idrisa
- Ibrahim
- Ibhar
- Idrees
Itulah dia nama-nama bayi lelaki bermula dengan huruf I yang anda boleh gunakan! Semoga perkongsian kali ini memberi ruang untuk mendapatkan nama bayi yang terbaik.
Sumber: Shafiqolbu
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: 1250 Nama Bayi Lelaki Lengkap Dengan Maksud Nama Dalam Islam, Boleh Jadi Panduan Buat Anda!