Dr Angel Ho Yun Ying telah menjadi doktor selama lebih dari satu dekad dan kini dalam latihan untuk menjadi pakar dalam merawat orang tua. Sebagai rakan geriatrik, tumpuannya lebih kepada orang tua.
Tetapi rutin hidupnya harus memberi tumpuan kepada orang tua sepanjang hari dan juga menjadi ibu kepada dua anak lelaki. Kedua-dua anak lelakinya, berusia tiga dan lima tahun, sangat kontra tenaganya berbanding dengan apa yang perlu dihadapinya ketika berkerja.
Jadi, boleh difahami walaupun pada awalnya kisah ini agak mengejutkan, yang mana Dr Ho sendiri terlepas pandang untuk memberi beberapa vaksin utama kepada anak-anaknya walaupun telah menjadi doktor. Sebenarnya, kisah ini lebih kepada sebagai peringatan untuk ibu bapa lain bahawa kita kerap terlupa untuk melakukan sesuatu yang penting jika kita tidak peka.
“Kedua-dua anak saya telah menerima semua vaksin di dalam jadual imunisasi bawah Program Imunisasi Kebangsaan (PIK). Mereka juga telah mendapat suntikan vaksin pneumokokal yang pada asalnya tidak termasuk di dalam NIP, ”katanya. Tetapi dalam kesibukan saya menjadi ibu baru (dan juga ibu kedua) dalam kerjaya saya ini, vaksin lain yang tidak tersenarai di dalam jadual imunisasi PIK dilupakan begitu saja.
“Ketika saya menyedari bahawa anak-anak saya terlepas pengambilan vaksin rotavirus dan cacar air, ia sudah pun terlambat. Disebabkan kesibukan saya, langsung saya terlupa apatah lagi ia tidak termasuk dalam senarai vaksin wajib, ”tambahnya.
Rotavirus dan Cacar Air
Apakah dua jenis penyakit ini dan mengapa sangat penting untuk memberikan anak anda vaksin untuk kedua jenis penyakit ini jika ia tiada di dalam jadual imunisasi bayi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan?
Rotavirus adalah sejenis virus yang menjangkiti saluran usus dan menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan demam. Virus ini didapati di dalam najis bayi.
Penjaga seperti pengasuh atau ibu bapa sendiri, berpotensi sebagai pembawa virus itu kerana apabila anda mengendalikan lampin bayi yang kotor dengan najis, ia mungkin terkena tangan anda dan jika tidak dicuci dengan bersih ia akan menjangkiti setiap apa yang anda pegang dan sentuh, termasuklah bayi anda. Dan sekiranya bayi anda memegang bahagian yang tercemar dengan virus, kemudian memasukkan tangan di dalam mulut mereka, maka anak anda akan dijangkiti.
Sekiranya anak anda dijangkiti, simptom akan berlaku selepas 2 hari anak anda terdedah dengan virus itu. Selain daripada cirit-birit dan muntah-muntah, bayi anda juga kemungkinan tiada selera makan. Untuk bayi, sekiranya mereka hilang selera makan ini bermakna mereka kurang menyusu, yang mana akan menyebabkan keadaan lebih serius seperti dehidrasi(1) dan lebih teruk lagi boleh membawa maut.(2)
Berlainan pula bagi cacar air, yang mana ia disebabkan oleh virus varicella-zoster. Seorang kanak-kanak akan menunjukkan simptom selepas 1-3 minggu terkena jangkitan. Simptom bermula dengan ruam gatal-gatal pada sesuatu bahagian badan kemudian akan merebak dan ruam dipenuhi gelembung air.
Dalam kes komplikasi, kanak-kanak boleh terkena jangkitan bakteria kulit, jangkitan pada saluran darah, pneumonia atau lebih teruk akan terjadi inflamasi atau bengkak otak (encephalitis, cerebellar ataxia). Dalam kes yang lebih ekstrem, cacar air juga boleh menyebabkan kematian disebabkan komplikasi jangkitan.(3)
Kesilapan yang dikesali
Ternyata kejadian tidak memberi vaksin untuk kedua penyakit berbahaya ini membuatkan Dr Ho cukup menyesal. Dengan risiko yang dibawa penyakit ini, ibu bapa mana yang tidak mahu melindungi anak mereka sebaik mungkin. Dan Dr Ho percaya sebaik-baik usaha ibu bapa dalam melindungi anaknya, antara yang terbaik adalah dengan memberi mereka vaksin.
Dan keutamaan lain adalah dengan menjaga kebersihan diri dan keluarga. Dr Ho yakin dengan menjaga kedua-dua perkara ini mampu melindungi anak-anaknya dengan kesihatan yang baik.
Walaupun penjagaan kebersihan adalah misi utamanya dalam menjamin kesihatan anak-anaknya sekarang, dia akui sekiranya anak-anaknya tidak terlepas dua vaksin penting itu, sudah tentu dirinya lebih tenang terutama sekali apabila menghantar anak-anaknya di pusat asuhan.
“Seperti yang kita semua tahu, virus varicella dapat menyebabkan ensefalitis dan radang paru-paru. Gastroenteritis akut (akibat rotavirus) pada anak kecil juga berpotensi menyebabkan dehidrasi teruk yang memerlukan kemasukan ke hospital. Saya bersyukur tidak pernah mengalami keadaan ini walaupun tidak memberi vaksin tetapi saya berharap dapat berkongsi dengan ibu bapa lain mengenai pentingnya menambahkan vaksin ini ke jadual imunisasi anak mereka sendiri di bawah senarai vaksin penuh di Malaysia.
“Sejujurnya saya rasakan kita patut mempunyai lebih banyak program pendidikan untuk menyasarkan kepada pekerja kesihatan dan orang ramai mengenai vaksin tambahan ini. Sangat mudah untuk kita terlepas pandang sekiranya tidak diingatkan dan diberi pendedahan sebaik mungkin.
Betapa seriusnya jangkitan penyakit sebegini juga harus ditekankan. Webinar, siaran langsung dan juga poster amat berguna dalam hal ini, ”tambahnya.
Tambahnya lagi, dia berasa cukup menyesal keran tidak memberi perhatian yang lebih pada perkara ini. Kanak-kanak yang perlu menanggung risiko penyakit apabila mereka tidak divaksin.
Menambah senarai vaksin penuh di Malaysia dalam diari anak anda
Perkara utama yang Dr Ho ingin tekankan pada ibu bapa adalah meletakkan senarai vaksin penuh untuk kanak-kanak di Malaysia di dalam kalender sebaik anak masih dalam kandungan.
Ini kerana sebaik saja anda hamil, segala apa yang berlaku untuk menginjak ke alam keibubapaan ini akan membuat anda sibuk dek kerana terlalu banyak perkara untuk difikirkan, dicampur pula dengan emosi yang tidak menentu.
Ini adalah senarai vaksin penuh untuk kanak-kanak di Malaysia lebih dari vaksin wajib yang ditetapkan oleh Program Imunisasi Kebangsaan:
- Rotavirus
- Meningococcal
- Influenza 4. Varicella (chickenpox)
- Cholera
- Typhoid
- Hepatitis A
“Saya ingin menekankan pada ibu bapa semua, cara terbaik untuk kita melindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit adalah melalui pemberian vaksin, juga dengan memastikan persekitaran yang bersih buat mereka. Mulakan dari hari pertama, tetapkan temu janji bersama doktor anda dan buat peringatan mengenai vaksin yang ingin diambil,” kata Dr Ho.
“Ada 2 cara untuk membina antibodi pada penyakit-penyakit ini. Cara pertama adalah melalui jangkitan itu sendiri, namun ia sangat berisiko kerana jika dijangkiti kesannya mungkin membahayakan nyawa. Cara kedua dan yang lebih selamat adalah melalui vaksin,” jelas Dr Ho.
Vaksinasi adalah cara paling efektif untuk membina sistem imunisasi badan. Selepas disuntik, akan ada sedikit kesan sampingan yang ringan. Antibodi kemudiannya dihasilkan tanpa perlu menanggung penyakit itu,” katanya.
Dengan memberi vaksin pada anak-anak, kita bukan saja melindungi mereka, malah kita juga melindungi kanak-kanak lain dalam komuniti kita.
Dengan vaksin tambahan yang tersedia di klinik juga hadir dengan harga yang berpatutan, ibu ayah kini boleh mengambil langkah mudah dalam melindungi anak-anak dan bertanggungjawab dalam melindungi komuniti.
Sejujurnya Dr Ho bercakap dari hati ibu bapa, dia cukup memahami ibu bapa tidak mampu melihat anak-anaknya menanggung kesakitan. Jadi kita tidak boleh menjadi punca kepada jangkitan ini.
Dia menyarankan ibu bapa untuk tidak terlepas pandang dalam memberi vaksin seperti apa yang berlaku pada dirinya. Dan ibu bapa perlu melindungi anak-anak sebaik mungkin dari segala penyakit berjangkit berbahaya.
Bercakap dengan doktor anda untuk mendapatkan perlindungan kesihatan anak anda sekarang atau cari klinik yang terdekat di sini.
MY-VVX-00083 Nov/2021
Rujukan:
- WebMD. (n.d.). What Is Rotavirus? Causes, Treatment, and Prevention. WebMD. https://www.webmd.com/children/guide/what-is-rotavirus.
- Lim, B. Y. (2016, May 24). Rotavirus Vaccine. PORTAL MyHEALTH. https://www.myhealth.gov.my/en/rotavirus-vaccine/
- Centers for Disease Control and Prevention. (2021, April 28). Chickenpox (Varicella) Complications. Centers for Disease Control and Prevention. www.cdc.gov/chickenpox/about/complications.html#:~:text=Chickenpox%20can%20als o%20cause%20death,disease%20from%20their%20unvaccinated%20children.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia