Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!

Ketika waktu untuk berjumpa pediatrik, ibu ayah perlu tahu akan jawapan kepada soalan-soalan ini demi kesihatan anak. Jadi, tanya pediatrik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bergelar ibu bapa baharu, pasti banyak senarai semak soalan pediatrik yang bermain di minda tentang kesihatan anak namun kadang-kala pasti ada soalan yang terlupa nak tanya. Jadi, pastikan anda sediakan senarai semak soalan-soalan yang boleh anda ajukan kepada pakar pediatrik anda apabila membawa si kecil untuk pemeriksaan kesihatan mereka.

Soalan-soalan yang anda bertanya kepada pakar pediatrik perlulah relevan dan membawa manfaat kepada kesihatan dan tumbesaran si manja.  Ada juga beberapa perkara yang anda perlu bawa bersama ketika berkunjung ke klinik pakar pediatrik anda.

Jangan bimbang, kami akan kongsikannya di sini.

Senarai Semak Soalan Pakar Pediatrik Bagi Ibu Ayah Kali Pertama

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Sebelum membuat kunjungan ke klinik pakar pediatrik anda, ada beberapa perkara yang anda perlu sediakan dan bawa bersama.

Antaranya adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pasangan anda
  • Kad insurans dan dokumen-dokumen dari hospital
  • Sekiranya si manja mempunyai pakar pediatrik yang lain sebelum ini, pastikan anda membawa sejarah medikal dan carta kesihatan si manja
  • Barang-barang bayi (baju persalinan, lampin, tisu basah dan sebagainya)

Kini, anda sudah sedia untuk berjumpa dengan pakar pediatrik anda.

Tapi apakah soalan-soalan yang anda boleh tanyakan kepadanya? Oleh itu, pastikan soalan yang kami kongsikan ini akan berada dalam senarai semak anda!

Senarai Semak Soalan Pakar Pediatrik

Ini mungkin kali pertama anda membawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik dan anda tentulah mempunyai banyak soalan yang ingin ditanyakan. Namun, tanyalah pada pakar anda soalan-soalan yang relevan sahaja. Jangan pula tanya perkara yang ‘common’ dan hampir kesemua orang pun boleh jawab.

Berikut merupakan soalan-soalan yang boleh diajukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Soalan berkaitan diet/penyusuan anak1

  • Perlukah saya mengikut jadual untuk memberi makan pada si manja?
  • Bagaimana untuk tahu jika anak telah makan dengan cukup?
  • Apakah yang boleh saya buat jika bekalan susu tidak cukup?
  • Bagaimana cara untuk memastikan si manja melekap pada puting ibu dengan betul?
  • Bagaimana untuk mengurangkan luka pada puting ibu?

2. Soalan berkaitan corak tidur bayi2

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berapa jam si manja perlu tidur dalam sehari?
  • Bolehkan saya kejutkan si manja untuk makan?
  • Bagaimana untuk pastikan anak terus tidur?
  • Bolehkan si manja saya tidur di atas perut?
  • Bilakan si manja saya boleh tidur dengan selimut?

3. Soalan tentang najis bayi

  • Berapa banyak lampinkah yang si manja saya perlu dalam sehari?
  • Berapa kali sehari si manja saya perlu buang air?
  • Apakah warna normal najis bayi dan bagaimana hendak tahu jika bayi mengalami sembelit?
  • Normal atau tidak untuk bayi membuang air besar sebaik sahaja selepas makan?

4. Soalan tentang perkembangan bayi

  • Bilakah si manja akan memberi tindak balas kepada bunyi?
  • Bila bayi akan mula mengangkat kepala sendiri?
  • Pada usia bilakah anak sepatutnya mengecam muka dan objek?
  • Bila usia sesuai untuk meletakkan bayi secara meniarap untuk tummy time?
  • Bila saya boleh mula membaca untuk anak dan apakah mainan terbaik untuk anak pada tahap ini?
  • Apa yang saya boleh lakukan untuk bantu perkembangan si manja?

5. Soalan tentang cara memujuk anak

  • Adakah lebih baik untuk memujuk anak atau biarkan mereka menangis?
  • Bagaimana cara memujuk anak apabila mereka menangis?
  • Adakah doktor mengesyorkan penggunaan puting?
  • Adakah doktor mengesyor urutan bagi bayi? Apa cara terbaik untuk lakukannya?

6. Soalan tentang kesihatan anak

  • Apa yang perlu saya lakukan jika anak mempunyai hidung tersumbat?
  • Bagaimana cara untuk mengambil suhu badan anak?
  • Bila waktu terbaik untuk mula bawa anak keluar?
  • Apakah jadual vaksinasi yang terbaik untuk bayi?

Walaupun soalannya kelihatan banyak, namun anda akan senang hati apabila anda mendapat jawapan kepada segala persoalan tentang kesihatan dan perkembangan si manja anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang paling penting, untuk mengekalkan kesihatan anak sepanjang usianya yang kian meningkat, ibu ayah perlulah mengamalkan amalan kebersihan yang baik dan merujuk kepada doktor anda tentang vaksinasi untuk si manja anda.

Terdapat beberapa jenis vaksin yang si manja perlukan ketika mereka sedang membesar supaya badan mereka dapat menghasilkan imunisasi yang secukupnya.

Vaksin Anak Antara Salah Satu Hal Penting Untuk Kekal Sihat. Ibu Ayah Perlu Cakna Tentang Hal Ini!

Umum sedia maklum bahawa setiap individu mempunyai sistem imun badan berbeza, jadi ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk berusaha melindungi anak-anak mereka.

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Dengan immunisasi mengikut jadual yang ditetapkan, ini adalah salah satu cara yang boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut, contohnya seperti4:

  • Tibi (batuk kering) – Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan yang tersumbat5.
  • Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak6.
  • Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis B (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan atau kematian.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia)7.
  • Beguk – Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis)8.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan mengakibatkan keguguran, kematian janin, kelahiran mati atau kecacatan kelahiran (congenital rubella syndrome)9.
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi.
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.
  • Varicella ((Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula10.
  • Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak flu atau musim selesema11.
  • Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan otak, saraf tunjang (meningitis) dan darah yang teruk12
  • Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan hati jangka pendek13.

Walau bagaimanapun, kita masih mendapati bahawa ada segelintir kumpulan di dalam masyarakat (ibu ayah) yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka. Mungkin mereka memiliki pandangan dan keputusan tersendiri mengapa mereka tidak membenarkan anak-anak mereka mengambil suntikan vaksin ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting, mereka juga ada cara lain untuk melindungi anak-anak mereka.

Jenis-jenis Vaksin Untuk Si Manja14

#1: Vaksin dilemahkan hidup

Vaksin hidup menggunakan bentuk kuman yang lemah (atau dilemahkan) yang menyebabkan penyakit.

#2: Vaksin tidak aktif (Vaksin terbunuh)

Vaksin yang tidak aktif menggunakan versi kuman yang telah dibunuh yang menyebabkan penyakit.

#3: Vaksin mRNA

Vaksin mRNA membuat protein untuk mencetuskan tindak balas imun. Vaksin mRNA mempunyai beberapa faedah berbanding jenis vaksin lain, termasuk masa pembuatan yang lebih singkat dan, kerana ia tidak mengandungi virus hidup, kuranglah risiko menyebabkan penyakit pada orang yang mendapat vaksin.

#3: Vaksin toxoid

Vaksin toksoid menggunakan toksin (produk berbahaya) yang dihasilkan oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Mereka mencipta imuniti pada bahagian kuman yang menyebabkan penyakit dan bukannya kuman itu sendiri. Ini bermakna tindak balas imun disasarkan kepada toksin dan bukannya keseluruhan kuman.

#4: Vaksin subunit, rekombinan, polisakarida dan konjugat

Vaksin dibuat daripada bahagian tertentu virus atau bakteria dengan mengklonkan gen virus atau bakteria, melalui gabungan DNA, vaksin vektor virus dan vaksin anti-idiotaip.

#5: Vaksin vektor virus

Vaksin vektor virus menggunakan versi ubah suai virus berbeza sebagai vektor untuk memberikan perlindungan.

Rujuk kepada doktor anda untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis vaksin ini.

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Cadangan jadual vaksinasi bagi bayi dan kanak-kanak bermula sejak lawatan pertama ke klinik bersama pakar pediatrik anda. Terdapat beberapa jenis vaksin yang ibu dan ayah perlu pastikan si manja mendapatinya15.

  • Rotavirus. Salah satu vaksin terpenting yang si manja anda perlu ambil ialah vaksin rotavirus di mana anak disyorkan.
  • Meningokokal. Vaksin ini disyorkan untuk diberi kepada semua dan kanak-kanak.
  • Influenza. Vaksin ini amat disyorkan untuk si manja setiap tahun.

Sekadar info, Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh kerajaan sejak tahun 1950. Ia bertujuan untuk tolong mencegah 13 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu16.

Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)3.

Selain dari bertanya soalan-soalan di atas pada pakar pediatrik anda, anda juga boleh berbincang tentang amalan kebersihan, nutrisi dan vaksinasi untuk membantu menjaga kesihatan si manja anda.

Pakar pediatrik anda juga pasti akan mengesyorkan jadual vaksinasi yang terbaik untuk si manja, okay moms?

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

MY-ROT-00220 Jul/2022

References:

  1. Association of Breastfeeding Mothers. Questions New Mother Ask. Available from: https://abm.me.uk/breastfeeding-information/questions-new-mothers-ask/. Last Accessed: 22 Jun 2022.
  2. Children’s Hospital of Philadelphia. Baby Sleep Questions, Answered. Available from: https://www.chop.edu/news/health-tip/baby-sleep-questions-answered. Last Accessed: 19 Jun 2022.
  3. MyHealth. Immunisation: Facts and Myths. Available From https://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/. Last Accessed 02 Jun 2022.
  4. UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 01 June 2022.
  5. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 10 June 2022.
  6. National Health Services (NHS). Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 10 June 2022.
  7. Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last accessed 09 June 2022.
  8. National Health Services (NHS). Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/Last accessed 09 June 2022. 
  9. World Health Organization (WHO). Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last accessed 09 June 2022. 
  10. MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 01 June 2022.
  11. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Types of Influenza Viruses. Available From: https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 17 June 2022.
  12. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html. Last Accessed 17 June 2022.
  13. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). What is Hepatitis A. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 17 June 2022.
  14. U.S Department of Health & Human Services. Vaccine Types. Available From: https://www.hhs.gov/immunization/basics/types/index.html. Last Accessed 12 May 2022.
  15. Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available from:  https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 13 Jun 2022.
  16. Immunise4Life. The Malaysian National Immunisation Programme (NIP). Available from: https://immunise4life.my/the-malaysian-national-immunisation-programme-nip/.  Last Accessed 21 Jun 2022.