Takutnya bila tengok sarang tebuan yang terdapat di atas pokok-pokok yang tinggi. Ini kerana, kalau kena sengat tebuan boleh membawa maut.
Apatah lagi, bila dapat tahu kita bermain di kawasan semak samun yang ada sarang tebuan, tentu ibu dan ayah akan melarang.
Sebabnya, tebuan akan sengat tubuh badan kita jika kita tak sempat nak menyelamatkan diri.
Kanak-kanak perempuan kena sengat tebuan maut
Seorang bapa sering menangis apabila mengingati semula rayuan tagis anaknya, Nur Nazihah Mohd Sabri yang meninggal dunia kerana di sengat tebuan.
Kejadian yang berlaku kepada Nur Nazihah, 8 tahun itu terjadi selepas dia bermain di kawasan semak berhampiran rumahnya di Felda Kerteh 4, pada sekitar jam 3 petang.
Nur Nazihah merupakan pelajar darjah dua Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2, Dungun Terengganu.
Namun begitu, anak ketiga daripada lima beradik itu gagal untuk diselamatkan dan telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pada jam 1.35 pagi.
Selain Nazihah, adik lelakiya Muhammad Azib, 6 tahun turut kena sengat tebuan namun keadaannya masih stabil dan menerima rawatan di hospital yang sama.
Semasa kejadian berlaku
Menurut kenyataan daripada bapanya, semasa kejadian dia sedang membaiki dapur di rumah ibunya manakala isterinya tinggal di rumah bersama lima orang anak mereka.
Walaubagaimanapun, bapanya itu telah dimaklumkan tiga orang anaknya dan dua lagi rakan sedang bermain di lokasi kejadian yang dianggarkan jarak 50 meter dari rumah mereka.
Semasa kejadian, isterinya terkejut selepas Muhammad Azib memberitahu ibunya yang Nazihah diserang tebuan.
Ketika mendapatkan anak perempuannya itu, isterinya memberitahu yang terdapat banyak sengatan di badan Nazihah.
“Kemudian isteri memaklumkan, ada beberapa kepala berwarna hitam dan besar melekat di baju Nazihah, dan saya sahkan itu adalah tebuan lalu minta isteri bawanya ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya,” katanya.
Menurut bapanya lagi, semasa ke klinik kesihatan, Nazihah masih sedar dan tidak putus-putus mengadu sakit.
Walaubagaimanapun, dia terkejut selepas melihat hampir lebih daripada 50 sengatan didapati pada dada, perut dan tangan kanan anaknya.
Selepas itu Nazihah dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ dan dua hari dia masih sedar.
Namun, sejak malam tadi keadannya semakin lesu dan tidak sedarkan diri sehinggalah meninggal dunia di hadapan ayahnya sendiri.
Menasihati anak-anak yang lain
Terkenangkan peristiwa tersebut, Mohd Sabri sering menasihati anak- anaknya agar tidak bermain di kawasan semak itu lagi kerana dia juga pernah terjumpa satu sarang tebuan.
Jenazah Nazihah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh pada jam 11 pagi.
Kini pihak bomba sedang menjalankan kerja untuk memusnahkan sarang terbabit dengan kadar segera.
Cara hapuskan tebuan dan apa perlu buat jika disengat?
Jika anda nak tahu, sengatan tebuan adalah lebih berbisa jika dibandingkan dengan sengat labah-labah.
Terutama jika disegat dengan tebuan tanah di mana ia lebih berbahaya kerana penyengat itu ada racun dan sakitnya memang tidak tertahan.
Jika terasa terancam, serangga ini akan menyerang tanpa rasa belas kasihan malah tengok sarang tebuan pun kita akan kecut perut. Apatah lagi kalau kena sengat!
Beza tebuan dan lebah
Jika dilihat kedua-dua spesis ini seolah tak ada beza pun, yang mana kedua-duanya boleh terbang, ada ekor tajam dan warna lebih kurang sama.
Tapi, jika tengok betul-betul memang ada bezanya tau!
Lebah
1) Pendebunga yang hanya agresif apabila diganggu. Ia makan debunga dan nectar.
2) Badan dan kaki berbulu dengan kaki yang lebih besar untuk membawa debunga.
3) Sarangnya memang lain dari tebuan sebab boleh nampak madu di dalamnya.
Tebuan
1) Pemangsa boleh menjadi agresif , dia makan buah dan serangga kecil
2) Badan yang halus dan kaki licin dengan pinggang yang kecil
3) Bentuk sarang diperbuat dari kayu yang dikunyah. Corak atasnya unik dan berwarna kelabu cerah.
3 Cara nak redakan sengatan tebuan
1) Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat dan letakkan pada bahagian yang disengat.
2) Campurkan garam, air kelapa dan tanah liat. Kemudian sapu pada tempat yang kena sengat tadi.
3) Guna ubat sapu berangin yang khas untuk gigitan serangga bagi mengurangkan rasa sakit disengat.
Sumber : Harian Metro, Property Guru
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Saya Sentiasa Sakit Sejak Mula Prasekolah, Rupanya Ini Puncanya