Evelyn, seorang kanak-kanak perempuan dari Oregon, Amerika Syarikat telah mengalami lumpuh yang sementara. Dan ia rupanya berpunca dari seekor sengkenit yang menggigit kulit kepalanya!
Berikut merupakan perkongsian ibu Evelyn, Amanda Lewis melalui lama sosial miliknya.
Menurut Amanda, malam sebelumnya Evelyn berkelakuan pelik. Dia tidak mahu berdiri untuk mandi dan memakai baju tidur sehingga saya terpaksa menyiapkannya.
Pagi berikutnya Evelyn sukar untuk berdiri, atau merangkak dan tidak dapat menggunakan tangannya.
Amanda dan suaminya membuat keputusan untuk mengambil video Evelyn dan ditunjukan kepada keluarga jika mereka tahu apa yang sedang terjadi.
Kemudian mereka telah membawa Evelyn ke bahagian kecemasan hospital kerana keadaannya semakin teruk. Sejarah kanser Lantz, bapa Evelyn, menambahkan kerisauan mereka.
Menurut doktor yang merawat Evelyn, sejak 15 tahun yang lalu, terdapat 7 atau 8 kes seperti ini berlaku kepada kanak-kanak seusia Evelyn. Simptom menunjukan dia digigit sengkenit.
Mereka mencari seluruh tubuhnya, menyikat rambutnya dan menjumpai sengkenit menyorok di dalam rambutnya.
Keadaan ini dipanggil lumpuh sengkenit (tick paralysis). Ia juga boleh memberi kesan pada haiwan seperti anjing serta boleh menyebabkan kematian.
Setelah sengkenit tersebut dibuang, Evelyn mengambil masa hingga keesokan harinya untuk pulih seperti sedia kala.
Amanda dan Lanzt masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi kepada anak perempuan mereka namun bersyukur Evelyn dapat dipulihkan.
Bagi mereka, kejadian seumpama ini bukanlah sesuatu yang biasa terjadi namun, ia ada baiknya untuk kesedaran jika anak atau haiwan peliharaan mula mengalami kaki dan tangan yang lemah.
Apa itu ‘tick paralysis“?
Tick paralysis merupakan keadaan yang boleh disebabkan oleh lebih 40 jenis sengkenit di dunia. Dan sengkenit ini terdapat di mana-mana serata dunia.
Sengkenit telah membunuh banyak haiwan terutamanya lembu, kambing biri-biri di pelbagai negara.
Kes sengkenit terhadap haiwan domestik dan ternakan adalah merisaukan. Walaubagaimanapun, kes terhadap manusia sangat jarang. Jikapun ada, hanya terjadi kepada kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.
Apabila sengkenit betina yang sarat dengan telur atau kembang mengeluarkan neurotoksin melalui saluran air liurnya semasa menghisap darah, terjadinya tick paralysis.
Berdasarkan sebuah eksperimen yang pernah dijalankan, jumlah toksin yang paling tinggi akan dihasilkan semasa hari kelima hingga ketujuh sengkenit menggigit.
Ia selari dengan simptom yang semakin teruk semasa hari kelima hingga ketujuh digigit.
Simptom tick paralysis
Simptom tick paralysis terhadap manusia adalah lebih kurang dengan haiwan:
- Muntah-muntah
- Tidak stabil
- Tekanan darah tinggi
- Denyutan jantung laju (tachyarrhythmias)
- Hilang keupayaan menggerakan otot
- Lumpuh
- Otot lembut (hypotonia)
- Tidak dapat memberi refleks
- Sukar makan
- Asphyxia
- Anak mata membesar