Walau bagaimana sibuk pun anda suami isteri, jangan pernah lupa untuk memanjakan pasangan. Terutama sekali buat encik suami. Tahu tak bila isteri kurang sentuhan ini, boleh nampak auranya?
Tanda-tanda si isteri kurang sentuhan suami
Menurut perkongsian dari Rahsia Perkahwinan di Facebook, bila isteri kurang belaian daripada suami ni, akan nampak tanda-tandanya, cuma anda perlu lihat dengan mata hati.
#1. Wajah kurang senyuman
Walaupun tengok cerita lawak muka masih susah nak senyum. Kalau betul dia senyum pun, boleh nampak kurang ikhlasnya tu.
Pada tahap ini hanya suami sahaja yang mampu buat isteri ketawa. Kalau cukup sentuhan dan belaiannya lawak hambar pun boleh buat isteri ketawa.
#2. Berat badan meningkat atau turun mendadak
Tak makan supplemen, tak guna produk apa-apa pun tapi berat badan berubah secara mendadak. Dulu kurus dah jadi gemuk, gemuk jadi kurus.
Sebab kurang pelukan suami maka kurang ‘hormon endorfin’ terhasil. Fungsi endorfin adalah mengawal berat badan ideal dan ubat hati yang resah. Suami peluk je lah isteri tu, pahala dapat isteri pun tak minta beli ubat kurus.
#3. Mudah marah atau beremosi
Hal kecik pun boleh melarat-larat marahnya. Kesian anak-anak selalu jadi mangsa sebab mak tak dapat kawal emosi. Punca marah dan ber’emosi ini selalunya stress. Stress dengan kerja, peel anak-anak, peel suami, kerja rumah bertimbun lagi.
Pelukan suami adalah ubat stress yang paling ‘evergreen’, sekali peluk je boleh rawat stress untuk seminggu tau. Bila dah hilang stress barulah isteri tak membebel-bebel kat rumah, telinga pun tak panas kan..
#4. Selalu rasa lemah dan tak bertenaga
Tugas seorang isteri tak habis ikut waktu bekerja quepac, kerja mereka bersambung-sambung dari pagi bawa ke malam bawa ke siang. Tiada istilah penat bagi seorang bergelar isteri.
Suami yang jarang peluk buat isteri jadi lemah dan longlai. Stamina ‘Supergirl’ sebelum ini terbang pergi begitu saja kerana ‘oxytocin’ dah tiada. Pelukan suami sahaja boleh rangsang kembali oxytocin ini.
#5. Wajah jadi kusam dan cengkung
Ramai yang tak tahu bahawa sentuhan dan pelukan suami adalah rahsia awet muda bagi wanita secara semulajadi. Jika kurang sentuhan suami maka kulit isteri menjadi kusam, kering dan kelam. Mata pun nampak cengkung.
Tak perlu sebenarnya produk mahal yang was was pembuatannya semata-mata untuk kekal cantik, suami kan ada, bebas dari kesan sampingan lagi. Isteri cantik, suami sihat.
#6. Selalu menangis seorang diri
Sedih kerana sunyi, penat dan rasa tidak di sayangi. Lebih parah lagi bila suami ambil sikap ber’sahaja dan tak ambil port bila isteri mengeluh. Cuba bila isteri mengadu nasib tu dengar baik-baik dan peluk untuk tenangkan isteri.
Hati wanita memang lebih kuat dari lelaki, berupaya menahan kesedihan melampau tetapi ada batasnya. Air mata yang berjujuran boleh bertukar jadi batu bila wanita dah tekad untuk bertindak.
Sibuk dengan rutin harian bukan alasan untuk tidak ‘rawat & rehat’ isteri sendiri.
Tak perlu pergi spa dan pusat rawatan kecantikan kalau suami rajin dan prihatin merawat isteri dengan sentuhan dan pelukan sekurangnya 2-3 kali sehari.
Banyak manfaatnya, selain pahala berlipat kali ganda isteri pun kekal cantik dan sihat sejahtera.
Tip belaian & sentuhan asmara
Relaks dan easy
Biarpun kamu boleh bertukar dari workday ke foreplay, lebih berbaloi jika ambil masa untuk bermesra sebelum kalian go for it. “Sentuhan lembut saja boleh menyediakan tubuh untuk sesi yang lebih mendalam kerana kamu membina keinginan untuk apa yang bakal terjadi,” kata Jamye Waxman, penulis bersama Hot Sex: Over 200 Thing You Can Try Tonight. Ia berikan kamu masa untuk fikirkan perkara seksi yang ingin kalian lalui bersama.
Stail ala sandwich
Konsepnya ala-ala sandwich di mana kamu dan suami berbaring atas satu sama lain. Dalam dakapan suami, bernafas bersama selama beberapa minit. Ia membenarkan tubuh relaks dan merasai kehangatan masing-masing. “Pasangan perlu tenangkan diri dan nikmati perasaan diselimuti kehangatan,” kata Waxman. Apatah lagi, sesi sentuhan itu akan membawa kepada idea manja lain
3 bahagian penting
Ada tiga bahagian paling padat dengan saraf yang menghubungkan deria pada otak iaitu mulut, hidung dan pinggulnya. “Sentuh di sekitar kawasan itu kemudian baru betul-betul di tiga bahagian itu untuk cipta sensasi baru,” kata Waxman.
Tunjuk saja
Bahagian tubuhmu yang mana paling terasa seksi? (apa yang pertama sekali muncul di fikiran adalah jawapan tepat) Sudah ada jawapan? Ambil tangannya dan letakkan di situ. “Tubuh saya bak hourglass, dan suami cukup sukakannya. Merasai lekuk tubuh saya akan buatnya terangsang, dan buat saya rasa sangat kurus. Win-win,” kata Maya, 27
Berlengah-lengah
Belai bahagian pinggulnya selepas sesi intim. Ian Kerner, kaunselor seks dan penulis She Comes First mencadangkan agar kamu usapnya secara perlahan, lembut atau membulat. Jika rasanya cukup mengasyikkan, mungkin ia boleh membuatkan suami lebih manja kepadamu.
Kucupan manja
“Pada hari biasa bila saya sedang cuci pinggan, suami akan datang peluk dan cium belakang leher saya. Setiap kali dia lakukannya, terus rasa ‘cair’ dan rasa nak berasmara saat itu juga,” kata Shira, 34. Tabiat pasangan yang baik adalah bercumbu setiap hari selama lebih beberapa saat, kata Kerner. Ia akan menyingkir efek seperti hanya ‘teman sebilik’, dan lebih banyak masa dihabiskan melakukan kerja rumah daripada memberi tumpuan pada satu sama lain.
Pukul-pukul sayang
“Suami suka pukul manja punggung saya bila kami berjalan keluar dari apartment,” kata Anne, 29. “Ternyata ia a huge turn on bila saya rasa seolah-olah ada kupu-kupu berterbangan dalam perut dan terfikir dia mahukan saya atau sedang berfikir nakal tentang saya.” Mulakan satu tradisi seksi. Berikannya pukulan manja di punggung bila dia nak keluar dari rumah.
Throwback saat bercinta
Cuba sentuhan atau gerakan throwback yang masih berkesan seolah zaman kalian bercinta dulu. Tiada apa yang lebih seksi bila sang suami tahu kamu tak sabar mahu ‘bersama’ dengannya.
Inspirasi filem
Babak intim dalam filem semuanya membabitkan sentuhan dan sensual dan kelesuan… Tetapi dalam hidup sebenar? Taklah sebegitu. Kamu boleh jadi gadis filem itu! “Saya suka berdrama ala Hollywood bila dengan suami,” kata Lisa, 34. “Dengan hanya melakukan aksi ini, kamu rasa lebih passionate.”
Tiga teknik sentuhan
Cari tiga cara dalam sehari untuk tunjukkan yang kamu dambakan dirinya, seperti berikan urutan kepala, gosok tangannya, atau sentuh dadanya. Ia akan mengingatkan suami betapa dia amat disayangi, yang mana ia membentuk emosi kuat untuk sesi intim hangat yang akan kalian lakukan nanti.
Sumber: Cosmopolitan, Rahsia Perkahwinan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Tips Nak Mengeratkan Lagi Hubungan Suami Isteri Melalui Seks