Setelah 2 bulan ibu bapa tidak cukup tidur menjaga anak, anda mungkin akan menerima ganjaran manis dari si manja tidak lama lagi. Benda apa itu? Ehem, ia adalah senyuman pertama bayi anda!
Kenapa perlu excited sangat? Ini bukannya kali pertama anak saya senyum. Lagipun, sesetengah bayi baru lahir sudah pandai senyum semasa tidur.
Bahkan ada yang senyum tersipu-sipu selepas membuang angin ataupun kentut. Tanpa diketahui oleh ibu bapa, itu cuma senyuman yang tidak bermakna dan cuma pergerakkan otot-otot muka bayi saja.
Tapi bermula dari 6 -8 minggu kehidupannya, perkembangan bayi anda akan membolehkannya untuk memberi senyuman pertama yang benar-benar.
Maksud? Senyuman si manja akan bertukar menjadi senyuman sosial atau senyuman yang disengajakan khas untuk ibu bapa yang dia sayang!
Senyuman pertama bayi adalah milestone bayi yang sangat penting. Doktor mungkin akan bertanya sama ada anda sudahpun melihat senyuman pertama bayi anda semasa lawatan ke klinik pada bulan ke-2.
Apakah maksud senyuman pertama bayi pada tahap ini?
- Dia sedang membesar dengan baik dan sudah mula belajar perilaku manusia.
- Dia sudah sedar apabila dia senyum, ini akan mendapat perhatian ibu bapa.
- Otaknya sedang berkembang dengan maju dan kemahirannya untuk berkomunikasi sedang mengikut milestone bayi yang normal.
Apabila ibu bapa menggalakkan bayi untuk senyum, ini akan membantu bayi anda membangunkan harga diri.
Ini juga mengajar bayi anda yang perasaannya adalah penting dan dia boleh memberi kesan kepada orang di persekitarannya.
Senyuman adalah baik untuk perkembangan otak secara keseluruhan.
Cara-cara ibu bapa boleh menggalakkan bayi untuk senyum
- Pilih masa apabila bayi sedang rileks sebelum mencuba kerana bayi yang lapar sudah pasti tidak akan senyum.
- Dekatkan muka anda dengan muka bayi. Jangan lupa, bayi anda hanya boleh melihat sejarak 8-12 inci saja.
- Berikan senyuman yang lebar kepada bayi dan katakan “hello” dengan nada suara yang berlagu.
- Jika anda sedang menggalakkan bayi anda untuk senyum tapi tidak berjaya, jangan terlalu bimbang. Anda mungkin perlu cuba beberapa kali.
- Pada mulanya bayi anda mungkin akan senyum tanpa memandang muka atau mata ibu bapanya. Ini juga normal dan cara anak mengelak rangsangan yang terlalu banyak dan mengawal jumlah interaksinya bersama orang lain.
- Untuk anak yang dilahirkan pramatang ibu bapa perlu memberi tempoh tambahan beberapa minggu atau sebulan sebelum melihat senyuman pertama bayi. Tetapi semakin pramatang bayi itu, semakin lama masa yang diperlukan untuk bayi itu berkembang.
Jika ibu bapa rajin mencuba langkah-langkah ini, anda pasti akan melihat senyuman gusi anak anda tidak lama lagi!
Sumber: WebMD
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Cara Bermain Dengan Bayi Usia 3-6 Bulan, Berkesan Menguatkan Fizikal & Otot Si Manja