Cerita ini akan membuatkan anda marah, tetapi saya pasti yang anda akan berpuas hati dengan pengakhirannya. Ini cerita tentang gangguan seksual di sekolah.
Seorang pelajar perempuan dari Amerika Syarikat menegakkan haknya dan enggan dibuli…dan apabila ibunya tiba – beliau mempertahankan tindakan anak perempuannya dengan sempurna!
Wanita tidak harus berdepan dengan situasi seperti ini, jadi mengapa biarkan anak kita melaluinya?
Gangguan Seksual Di Sekolah
Saya merupakan jururawat bilik kecemasan dan kami tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit bersama kami; ia harus disimpan di dalam loker. Sebuah panggilan masuk ke resepsi hospital di atas talian peribadi untuk saya. Telefon: “Saya ialah [cikgu] dari [sekolah]. Terdapat satu insiden melibatkan [anak perempuan saya]. Kami perlukan puan di sini. Saya: “Adakah dia sakit atau cedera? Bolehkah ia tunggu sehingga shif saya tamat lagi dua jam?” Telefon: “[Anak perempuan saya] telah menolak pelajar lain. Kami telah mencuba menelefon puan selama 45 minit. Ianya sangat serius.” Saya pergi ke sekolah dan saya dibawa ke pejabat pengetua. Saya lihat anak perempuan saya, penasihatnya, seorang cikgu lelaki, pengetua, seorang budak lelaki dengan darah di hidungnya dan muka yang merah, dan ibu bapanya. Pengetua: “Puan [nama saya], baiknya puan AKHIRNYA menyertai kami!” Saya: “Ya, keadaan sangat sibuk di ER. Saya telah menghabiskan sejam yang lepas memantau lebih 40 jahitan kepada seorang budak lelaki yang dipukul ibunya dengan senduk besi dan kemudian saya terpaksa berdepan dengan pihak polis untuk hal tersebut. Maaf atas kesukaran.” (Selepas melihat dia cuba untuk tidak menunjukkan rasa malu, dia memberitahu saya apa yang telah terjadi. Pelajar lelaki tersebut telah menarik bra anak perempuan saya dan kemudian anak saya menumbuknya di muka…dua kali. Saya dapat melihat reaksi mereka yang lebih marah dengan anak saya berbanding budak lelaki tersebut.) Saya: “Oh. Dan anda mahu tahu sama ada saya akan menyaman dia kerana telah membuat gangguan seksual terhadap anak perempuan saya dan terhadap sekolah kerana membenarkan ia terjadi?” (Mereka semua gelisah apabila saya menyebut gangguan seksual dan mula bercakap.) Cikgu: “Saya tidak rasa ia sebegitu serius.” Penasihat: “Mari kita tidak melebih-lebih.” Pengetua: “Saya rasa anda terlepas isi utama.” (Ibu lelaki tersebut mula menangis. Saya memandang anak saya untuk mendapat tahu apa yang terjadi.) Anak perempuan: “Dia asyik menarik bra saya. Saya meminta dia berhenti berbuat demikian tetapi dia tidak berhenti, jadi saya memberitahu En. [cikgu]. Dia memberitahu saya untuk membiarkannya. [Budak lelaki] buat lagi dan membuka bra saya jadi saya memukulnya. Kemudian dia berhenti.” (Saya memandang cikgu). Saya: “Awak biarkan dia berbuat demikian? Kenapa awak tidak memberhentikannya? Mari sini dan biar saya pegang bahagian depan seluar awak.” Cikgu: “Apa?! Tidak boleh!” Saya: “Adakah itu tidak sesuai pada awak? Kenapa awak tidak pergi dan menarik bra Puan [penasihat] sekarang. Lihat bertapa seronoknya ia untuk dia. Atau pada bra ibu budak lelaki tersebut. Atau saya. Awak fikir hanya kerana mereka adalah budak-budak, ianya seronok?” Pengetua: “Puan [nama saya]. Dengan segala hormatnya, [anak perempuan] masih telah memukul budak lain.” Saya: “Tidak. Dia mempertahankan dirinya dari gangguan seksual dari pelajar lain. Lihat mereka; dia hampir 6 kaki dan 160 paun. Anak saya 5 kaki dan 84 paun. Dia satu kaki lebih tinggi dari anak saya dan dua kali ganda lebih berat. Berapa kali harus anak saya biarkan dia menyentuhnya? Jika orang yang sepatutnya membantu dan melindungi dia di dalam kelas tidak menghiraukannya, apa yang dia patut lakukan sebenarnya? Dia menarik tali branya sungguh kuat hingga ia terbuka.” (Ibu budak lelaki tersebut masih menangis dan ayahnya kelihatan marah dan malu. Cikgunya tidak mampu melihat mata saya. Saya melihat ke arah pengetua.) Saya: “Saya akan membawa anak saya pulang. Saya rasa budak lelaki ini telah mendapat pengajaran. Dan saya berharap tidak apa perkara seperti ini terjadi lagi, bukan sahaja terhadap anak saya, tetapi pada semua pelajar perempuan sekolah ini. Anda tidak akan membenarkan dia melakukannya pada staf jadi apa yang membuatkan anda fikir dia boleh lakukannya pada gadis 15 tahun. Saya akan melaporkan hal ini pada administrasi sekolah ini. Dan jika wak – *memandang budak lelaki itu* – menyentuh anak perempuan saya lagi, saya akan PASTIKAN awak ditangkap atas kesalahan gangguan seksual. Awak faham?” Saya sangat marah, saya mengumpul barang-barang anak saya dan pergi. Saya laporkan hal ini pada Lembaga Sekolah, yang sebahagiannya saya kenal dan pastikan hal ini dikendalikan dengan serius. Anak perempuan saya diletakkan di dalam kelas yang lain untuk subjek tersebut dan jauh dari cikgu dan budak lelaki tersebut.
Gangguan seksual
Walaupun kejadian gangguan seksual di sekolah tersebut berlaku di Amerika Syarikat, gangguan seksual boleh terjadi pada sesiapa pun, sama ada perempuan, mahupun lelaki. Dan ia juga boleh terjadi di mana-mana sahaja, sekolah, tempat kerja, di dalam bas, di dalam tandas, di mana sahaja yang anda boleh terfikir.
Namun, gangguan seumpama ini tidak dipandang serius apabila terjadi di tempat seperti sekolah hanya kerana mereka merupakan pelajar sekolah.
Terdapat segelintir guru, pelajar dan pihak penjaga yang masih tidak tahu apakah itu gangguan seksual. Ikuti perkongsian dari akhbar tempatan, Utusan Malaysia yang telah ditulis berdasarkan tulisan Lt.Kol.(Dr) Lofti Anuar, seorang Pakar Perunding Psikiatri Am dan Aviasi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Berikut adalah jenis-jenis gangguan seksual yang berlaku di sekolah:
- Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah
- Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah
- Membuat perlakuan atau isyarat lucah
- Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah
- Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan lucah.
- Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan lucah.
- Melakukan sentuhan yang berunsur seksual
- Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar
- Menyebar khabar angin berunsur seksual.
Ejekan seksual merupakan jenis gangguan seksual yang paling popular terhadap pelajar perempuan. Manakala gangguan terhadap pelajar lelaki pula biasanya berlaku di asrama dan kebiasaanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani.
Panduan buat ibu bapa dan guru
Gangguan seksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri.
Sumber: stuffhappens, utusan
Baca juga
https://my.theasianparent.comgangguan-seksual-nyaris-dirogol