Seorang ibu bangun dari pembedahan C-section dan mendapati kedua kakinya telah dipotong

Saya sekarang tidur di ruang tamu tingkat bawah dan cuba menyesuaikan diri dengan kaki palsu, tetapi ia sungguh mencabar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melalui beberapa jam melahirkan anak anda yang melelahkan, perkara terakhir seorang ibu akan harapkan ialah melihat kedua kakinya dipotong, tetapi inilah senario yang ditemui Ella Clarke dari Devon, England.

Beliau bangun dengan bayi yang baru di tangannya, tetapi kedua kakinya hilang.

Walaupun ia bukanlah kali pertama beliau bersalin dengan kaedah pembedahan C-section (hanya seorang dari tujuh orang anaknya dilahirkan secara normal), ia merupakan kali pertama beliau telah didiagnos dengan plasenta previa – keadaan yang terjadi apabila plasenta bayi secara separa atau sepenuhnya menutup bukaan serviks.

Selepas beliau telah didiagnos dengan keadaan itu, doktornya telah memberi kepastikan yang beliau dan bayinya di dalam keadaan selamat, tetapi dia mesti memilih kaedah C-section, lapor  Daily Mail report.

Plasenta accreta

Apabila beliau berada di katil bedah, doktornya mula menyedari yang plasentanya telah melekat jauh ke dalam dinding uterinnya, menyebabkan komplikasi yang di sebut sebagai olasenta accreta.

“Selalunya, plasenta akan terpisah dari dinding uterin semasa kelahiran,” menurut Mayo Clinic. “Dengan plasenta accreta, sebahagian atau keseluruhan plasenta masih kukuh melekat. Ini akan menyebabkan kelihangan darah yang serius selepas melahirkan.”

Doktor berjaya menyambut bayinya, tetapi selepas setengah jam di dalam prosedur, Ella mula kehilangan darah terlampau banyak akibat komplikasi.

Doktor kemudiannya terpaksa melakukan histerektomi kecemasan dan proses tersebut memberinya lima kali pemindahan darah. Ella berada di dalam keadaan koma dan ditempatkan di unit jagaan intensif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selama 24 jam, doktor memantau beliau bagi memeriksa darah beku – kesan sampingan komplikasi yang dialaminya.

Walaubagaimanapun, Ella memberitahu yang doktor terlupa memeriksanya pada jam keenam, dan apabila mereka periksa, darah sudah terkumpul di kakinya dan perjalanan darah terhenti, membuatkan bahagian bawah kakinya tidak mendapat bekalan darah.

Doktor tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memotong kakinya.

“Bayangan dirinya yang dulu”

“Saya masih ingat ketika saya sedar. Saya ingatkan saya bangun dari pembedahan C-section,” katanya di dalam laporan Daily Mail. “Saya sangka anak perempuan saya yang cantik akan diberikan kepada saya. Sebaliknya saya diberitahu yang doktor telah memotong kaki saya akibat komplikasi semasa pembedahan C-section.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang, Ella merasakan dirinya bayang dirinya yang dulu; dari ibu yang aktif kepada seseorang yang terhad pergerakkannya akibat kerusi roda.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: SWNS / Daily Mirror

Anaknya yang berusia lima tahun tidak boleh melihatnya jika beliau tidak menutup pehanya dengan selimut kerana takut, dan anak sulungnya mula ketinggalan di sekolah.

“Saya sekarang tidur di ruang tamu tingkat bawah dan cuba menyesuaikan diri dengan kaki palsu, tetapi ia sungguh mencabar,” katanya. “Saya mengikuti sesi kaunseling bagi membantu saya menerima kejutan tetapi seluruh hidup saya telah berubah selamanya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“I’m now sleeping downstairs in the living room and trying to get used to walking with prosthetic legs, but it’s challenging,” she said. “I’m having counselling to cope with the shock but my whole life has changed forever.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma