Hati ibu mana yang tidak resah apabila melihat bayi yang baru lahir dicucuk berkali-kali untuk mendapatkan sampel darah. Atas sebab itu, ada petua lama yang mengesyorkan serbuk mutiara untuk bayi kuning untuk menghilangkan dengan cepat.
Isi Kandungan
Serbuk Mutiara Untuk Bayi Kuning, Bahaya Untuk Usus
Bayi dengan penyakit kuning jelas kelihatan kekuningan pada kulit dan juga bahagian mata putih. Ia terjadi disebabkan jumlah bilirubin yang tinggi dalam badan biasanya terjadi pada bayi berusia 2-7 hari.
Ada sesetengah ibu ayah yang mengikuti petua lama iaitu memberikan serbuk mutiara untuk bayi kuning, sedangkan cara ini tidak selamat.
Penggunaan serbuk mutiara dalam kuantiti yang banyak dikatakan berisiko tinggi untuk bayi baru lahir kerana pada usia ini mereka hanya bergantung kepada susu ibu semata-mata.
Kesannya, kandungan yang terdapat dalam serbuk mutiara tersebut boleh merosakkan usus bayi yang masih belum matang dan mungkin menyebabkan mudarat.
Daripada sesuka hati menggunakan petua tradisional yang belum tentu kesahihannya adalah lebih baik jika ibu fokus kepada penyusuan susu ibu.
Sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam sekali dalam sehari dengan teknik penyusuan yang betul supaya bayi kerap membuang dan menyingkirkan bilirubin daripada urin dan najis.
Susu Ibu Bukan Punca Penyakit Kuning Bayi
Ibu-ibu jangan merasa bersalah untuk meneruskan penyusuan bayi kerana masalah jaundis biasa terjadi dalam kalangan bayi selepas lahir.
Bahkan, susu ibu mengandungi enzim penting yang dapat menghalang metabolism bilirubin.
Oleh sebab itu, teruskan penyusuan ibu seperti biasa dan lihat tanda-tanda sama ada bayi mendapat susu yang mencukupi untuk kekal hidrat.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan
Baca juga: Bayi Demam Kuning Lama/ Prolonged Jaundice, Ini Punca & Petua Berkesan Untuk Ibu Cuba
Baca juga: Tiada Penyakit Kuning Bayi, Tapi Misi Tidak Percaya, Dia Bawa Anak Keluar Rumah!