Sesame Street Memperkenalkan Muppet Autistik Bernama Julia

Tarikh 2 April adalah hari Kesedaran Autisme Sedunia dan selama bulan April banyak acara akan diadakan seluruh negara untuk menggalakkan kesedaran autisme.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang Muppet baru akan menyertai Elmo dan kumpulannya di Sesame Street!

Sesame Street yang dilancarkan hampir 50 tahun lalu, sering kali bereksperimen dengan cara yang baru untuk mengajar kanak-kanak mengenai isu-isu sosial disamping abjad ABC.

Sesame Street telah mengambil keputusan untuk menangani topik Autisme, memandangkan diagnosis autisme telah meningkat secara berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Pusat Kawalan dan Pecegahan Penyakit di Amerika Syarikat, kadar kanak-kanak autistik adalah satu dalam setiap 68 orang.

Julia

Sumber: CBS News

Julia, Muppet yang bakal menjadi tambahan terbaru di Sesame Street, mempunyai autisme, dedah penciptanya dalam rancangan CBS News “60 Minutes” yang disiarkan pada hari Ahad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Watak Julia diciptakan untuk mengajar kanak-kanak mengenai sikap penerimaan dan untuk memerangi stigma yang dikaitkan dengan spektrum autisme. Tugas ini bukan tugas yang senang. “Bagaimana kita akan lakukan ini? Bagaimana kita bercakap mengenai autisme?” penulis Sesame Street Christine Ferraro memberitahu CBS News 60 Minutes.

“Ia adalah sukar kerana autisme bukan adalah satu perkara sahaja. Ia berbeza untuk setiap orang yang mempunyai autisme,” katanya lagi.

Contohnya, episod yang memperkenalkan Julia telah menggunakan beberapa senario biasa.

Apabila Big Bird diperkenalkan kepadanya, Julia tidak mempedulikan dia. Dan apabila sekumpulan kanak-kanak membuat keputusan untuk bermain kejar bersama-sama, Julia menjadi teruja dia mula melompat-lompat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi apabila semua kanak-kanak melompat-lompat dengan Julia, permainan kejar tadi bertukar menjadi permainan baru.

“Ini adalah cara yang sangat mudah untuk menunjukkan bahawa dengan sedikit penyesuaian, kanak-kanak ini boleh bermain mengikut tahap Julia,” kata Ferraro.

Penyelidikan Meluas

Sumber: Daily Mail

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesame Street juga telah membuat penyelidikan yang meluas untuk watak-watak yang lain. Ini termasuk sesi perbincangan dengan para pendidik serta ahli psikologi kanak-kanak.

Mereka juga menerima khidmat nasihat dari organisasi autisme, untuk memahami cara terbaik untuk membiasakan autisme untuk kanak-kanak bukan autistik.

Stacey Gordon, orang yang mengendalikan patung boneka Julia, juga ibu kepada seorang anak autistik.

“Ia adalah penting untuk kanak-kanak tanpa autisme untuk melihat ciri-ciri autisme,” kata Stacey kepada “60 Minutes.”

“Kalau kawan-kawan anak saya telah terdedah kepada tingkah laku autistik melalui sesuatu yang mereka telah tonton di TV, mungkin mereka tidak akan menjadi takut.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan April adalah Bulan Autisme

Tarikh 2 April adalah hari Kesedaran Autisme Sedunia dan selama bulan April banyak acara akan diadakan seluruh negara untuk menggalakkan kesedaran autisme:

Majlis: Hari Kesedaran Autisme – Semarak Biru
Tarikh: 2 April 2017 (Ahad)
Masa: 7.30 mlm – 10.00 mlm
Tempat: Dataran DBKL

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Majlis: Blue Kids’ Fun Zone – Sempena Bulan Kesedaran AUTISME
Tarikh: 8 April 2017 (Sabtu)
Masa: 10.00 pg – 6.00 ptg
Tempat: Dewan A, Matrade Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur

Datanglah dan berikan sokongan anda!

Sumber: The Star, JPA

Penulis

Rosanna Chio