Setia Seorang Suami Cari Isteri Yang Hilang Ketika Tsunami, “Saya Mahu Bawa Dia Pulang”, Bukti Cinta Sejati Masih Ada

Setia seorang suami, Yasuo Takamatsu sangat menyentuh hati yang terkesan setelah kehilangan isterinya ketika tsunami melanda Jepun tahun 2011

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun sudah 13 tahun sudah berlalu, namun setia seorang suami bernama Yasuo Takamatsu tidak pernah luntur tetap mencari isterinya yang hilang.

Setia Seorang Suami Cari Isteri Yang Hilang

Sejak isterinya, Yuko Takamatsu hilang dalam bencana tsunami, Yasuo Takamatsu yang kini berusia 67 tahun tidak pernah berhenti mencari isterinya yang hilang ketika tsunami melanda Jepun pada tahun 2011.

Setiap minggu, dia akan memakai pakaian selam skuba dan menyelam di perairan sekitar tempat tinggalnya, berharap dapat menemukan jejak isterinya.

Selepas kejadian itu, Yasuo telah belajar menyelam pada usia 56 tahun untuk meneruskan pencariannya menjejaki isteri di Lautan Pasifik.

Menurut Good, selepas 13 tahun berlalu, Yasuo telah pun berenang hampir beratus-ratus penyelaman dalam usaha mencarinya, tetapi usaha mengesan isterinya masih gagal.

Malah, sepanjang pencariannya dia turut menemui album, pakaian dan artifak lain tapi tak ada satu pun milik isteri tercinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terkesan Dengan Mesej Terakhir Isteri

Difahamkan ketika kejadian berlaku, Yuko berada di tempat kerja di sebuah bank sebelum tsunami berlaku.

Beberapa bulan selepas tsunami, Takamatsu menemui telefon bimbit isterinya di tempat letak kereta tempat kerjanya.

Terdapat teks yang tidak dihantar berbunyi, “Begitu banyak tsunami,” menunjukkan isterinya sedang berada dalam ketakutan.

Mesej terakhir yang dihantar kepada Yasuo, “Awak okay? Saya nak balik rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya yakin dia masih mahu pulang”, ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Cinta Yasuo Takamatsu yang tidak berkesudahan untuk Yuko membuatkan dia terus bertahan dan masih berharap suatu hari nanti dia akan dapat menemukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya menyelam seolah-olah saya akan bertemu dengannya di suatu tempat. Saya sentiasa berfikir bahawa dia mungkin ada di suatu tempat yang berdekatan.

“Saya mahu mencarinya, walaupun dia mungkin tidak ditemui kerana lautan yang luas, tetapi selagi saya masih bernyawa saya perlu terus mencarinya”, katanya.

Kesetiaan dan cintanya yang tidak berbelah bahagi menjadi inspirasi kepada ramai orang, menunjukkan bahawa cinta sejati itu ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga pencariannya berakhir dengan baik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hanya Berpaut Pada Serpihan Bot Tengah Laut Lebih 2 Jam, Bapa Tak Takut Lemas Tetapi Takut Kehilangan Anak-Anak

Baca juga: Walaupun Sudah 10 Kali Berkahwin, Wanita 52 Tahun Ini Tak Pernah Serik Atau Putus Asa Cari Cinta Sejati!

Baca juga: Marah Macam Mana Pun, Jangan Buat 7 Perkara Ini Bila Bergaduh Dengan Pasangan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah