Shah Rukh Khan bersiar-siar di sekitar Dubai secara mengejut, membuatkan penduduk tergamam

Beliau menunjukkan jiwa, pemandangan dan bunyian metropolis melalui dimensi pengalaman yang berbeza daripada Dubai di kalangan rakyatnya dan menjemput mereka untuk "datang dengan saya, jadi tetamu saya".

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Filem ini menunjukan mengapa rumah pelakon itu jauh dari ‘rumah’ 

Bintang Bollywood yang tampil dalam filem #BeMyGuest oleh Dubai Corporation bagi Pelancongan dan Perdagangan Pemasaran (DCTCM), menjemput orang ramai untuk menjadi “tetamu” beliau di kota matahari, pasir dan pengembaraan, lapor Khaleej Times Dubai.

Filem ini menayangkan mengapa Dubai adalah rumah pelakon tersebut jauh dari ‘rumah’.

https://youtu.be/R8tSihtF3dk

Beliau menunjukkan jiwa, pemandangan dan bunyian metropolis melalui dimensi pengalaman yang berbeza daripada Dubai di kalangan rakyatnya serta menjemput mereka untuk “datang dengan saya, jadi tetamu saya”.

“Dubai menawarkan pengalaman yang tidak berkesudahan yang akan terus bersama dengan kamu selama-lamanya Apa sahaja yang anda mahu lakukan -. Pengembaraan yang meransang adrenalin seperti skydiving atau safari padang pasir atau pengalaman lazat dengan perisa masakan yang menggiurkan – sama ada anda melancong dengan keluarga, rakan-rakan atau bersama pasangan, bandar ini benar-benar menawarkan pengalaman percutian yang lengkap, “Shah Rukh Khan yang juga mempunyai sebuah rumah di sini, berkata di dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bekerjasama dengan Pelancongan Dubai telah membantu beliau “memulakan pengalaman di bandar inspirasi ini dengan cara yang baru “.

Sebagai salah satu daripada siri inisiatif akan datang Pelancongan Dubai  dengan Bollywood, ia menekankan kepada usaha memupuk hubungan yang sedia ada antara Dubai dan India.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej ehsan Khaleej Times

Mengulas mengenai kerjasama itu, Issam Kazim, Ketua Pegawai Eksekutif, DCTCM, berkata: “Shah Rukh Khan benar-benar mewakili hubungan indah yang dimiliki oleh Dubai dan India.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sejajar dengan visi kami untuk menyambut 20 juta pelawat setiap tahun menjelang 2020, usaha kami semakin maju setiap tahun, dengan penekanan yang utama kepada pasaran India. Kami teruja untuk menjemput kaum India dari seluruh dunia untuk mengalami pengalaman Dubai Shah Rukh Khan untuk diri mereka sendiri. “

Gambar berikut memaparkan tangkapan imej ketika Shah Rukh Khan bertemu penduduk sekitar semasa pembikinan filem pendek #BeMyGuest (Khaleej Times):

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma