Walaupun beliau adalah “superstar” terbesar dan paling sibuk di India, tetapi Shah Rukh Khan tidak pernah kompromi dengan masa yang berkualiti dengan anak-anaknya. Tahukah anda, anak Shah Rukh Khan menggelarnya ayah yang “cool”?
Mahupun berjalan dengan mereka, atau menunggang basikal atau untuk memain bola sepak, dia sering berusaha untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak beliau.
Dan seperti mana-mana ibu bapa yang lain, Khan juga suka memanjakan anak-anak beliau dan mempunyai peribadi yang mudah bergaul.
Jadi ia tidak mengejutkan bahawa ayah superstar ini merasakan bahawa dia adalah bapa yang agak ‘cool’.
Anak Shah Rukh Khan Mengatakan Ayahnya Itu Seorang Yang “Cool”
“Saya fikir, benda ini penting kerana ia dinilai oleh anak-anak saya. Saya asyik berkata yang saya adalah ibu bapa yang terbaik di dunia. Mungkin anak-anak saya akan membesar dan beritahu saya adalah salah. Tetapi saya fikir, saya ibu bapa yang agak cool.” “Saya sangat senang dengan anak-anak saya. Mereka boleh berbincang apa-apa dengan saya, khasnya, anak bongsu saya Abram. Ianya mungkin kerana kami berdua tidak memahami apa yang diperkatakan (haha, sebab anaknya masih kecil!). Dengan anak sulung saya, Aryan, saya juga amat mudah untuk bermesra dengannya. Kami seperti kawan. Suhana, saya sedikit malu, kerana saya malu dengan anak perempuan. Saya tidak mahu mengganggu dia atau terlalu memasuki ruang peribadinya. Saya tidak membincangkan terlalu banyak perkara dengan dia, dia tidak mahu, dia malu agaknya sebagai seorang wanita muda.”
Itu penerangan Shah Rukh Khan.
“Tetapi Suhana masih sangat rapat dengan saya. Di saat-saat yang menyedihkan dirinya, saya ada bersama dengan Suhana. Kami berkongsi satu ikatan yang rapat dengan cara itu. Masa kami singkat (kerana sibuk), tetapi mereka tetap datang berlari ke arah saya (bila saya pulang), kedua-dua mereka!” tambah Khan.
“Jadi saya fikir saya adalah bapa yang okay, saya seorang bapa yang baik, ” dia merumuskan. Sila lihat pada video ini untuk melihat apa yang dia katakan.
Bapa kepada Aryan, 18, Suhana , 12, dan Abram, 3 , Khan merasakan bahawa dia adalah sangat rapat dengan anak-anak beliau dan boleh berkongsi apa sahaja dengan mereka.
Persahabatan dengan anak-anak adalah sangat penting
Dalam temu bual dengan Pune Express beberapa tahun yang lalu, beliau telah menyebutkan beliau tidak mempunyai ramai kawan.
“Anak-anak sayalah adalah sekutu terdekat, rakan-rakan yang terbaik. Dan saya boleh berkongsi semua rahsia gelap dan dalaman saya, detik-detik saya yang paling gembira atau menyedihkan dengan mereka. Anda tahu, dulu, ayah saya memanggil saya Yaara, itulah panggilan Pathan memanggil kawan karib beliau. Ibu bapa saya adalah kawan baik saya. Hubungan yang mereka berkongsi dengan saya adalah apa yang saya berkongsi dengan anak-anak saya. Saya adalah seorang ayah seperti bapa saya untuk saya.”
Dengan semua kemanjaan yang dicurahkan, Khan merasakan yang ia adalah dilakukan dengan sengaja, terutamanya kerana dia tidak dapat meluangkan masa yang cukup dengan mereka.
“Ini membuatkan saya mahu memanjakan anak-anak saya. Saya mahu memberikan mereka segalanya dan juga apa-apa saja di dunia ini untuk menggantikan masa yang saya tidak boleh meluang dengan mereka,” tambahnya.
Dia ingin menjadi seorang bapa yang memberi keutamaan kepada anak anak beliau, termasuklah menyediakan pendidikan berkualiti dan kehidupan yang senang untuk ketiga-tiga anak beliau!
Sweet, bukan? Ini adalah salah satu gaya keibubapaan Shah Rukh Khan yang boleh kita contohi.