Kreatif! Adegan Dari Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham Menjadi Meme Murid Kembali Sekolah

Kabhi Khushi Kabhie Gham, kini dibuat 'comeback' oleh rakyat Malaysia dengan menyunting adegan ikonik antara Shahrukh Khan dan Hrithik Roshan. Adegan penemuan kembali dua beradik itu selepas lama terpisah memberi simbolik pelajar dan cikgu ketika pembukaan semula sekolah selepas PKP.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tiba waktu pelajar-pelajar kembali ke sekolah ini, macam-macam ragam boleh dilihat di media sosial. Malah bukan saja dikalangan murid-murid namun turut melibatkan orang ramai yang cukup teruja adik-adik mereka ini kembali ke sekolah.  Tidak lupa juga dengan meme dan video Shahrukh Khan & Hrithik Roshan  hasil perkongsian mereka yang menunjukkan situasi kembali ke sekolah antara murid-murid dan guru. 

‘Comeback’ Kabhi Kushi Kabhie Gham!

Menarik kali ini filem Bollywood yang pernah terkenal satu ketika dulu Kabhi Khushi Kabhie Gham, kini dibuat ‘comeback’ oleh rakyat Malaysia dengan menyunting adegan ikonik antara Shahrukh Khan dan Hrithik Roshan.

Adegan penemuan kembali dua beradik itu selepas lama terpisah memberi simbolik pelajar dan cikgu ketika pembukaan semula sekolah selepas PKP yang berlaku empat bulan lepas.

Disunting oleh pengguna Twitter, Mohamad Reeza pada 14 Julai lalu, adegan itu menunjukkan Hrithik Roshan sebagai pelajar dan Shahrukh Khan sebagai cikgu. Mereka bertemu kembali setelah sekian lama terpisah.

Ekspresi sedih dua beradik ibarat pelajar dan guru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang menariknya, ekspresi Hrithik Roshan yang dilabel sebagai pelajar menunjukkan wajah sedih dan sambil mengelap air mata dengan sari kata di video itu menyatakan “maaf cikgu saya keluar dari kumpulan WhatsApp Sejarah.” Manakala Shah Rukh Khan yang membawa watak cikgu masih memikirkan siap nama pelajar tersebut.

Adegan seterusnya juga menunjukkan betapa pelajar itu berasa takut kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi cikgu sepanjang PKP.

Video ini tular dan mendapat banyak ulang kicau di Twitter, rata-rata memuji kreativiti Mohamad Reeza kerana video yang berunsur lawak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di samping itu Kajol juga membuat penampilan khas sebagai ‘Mak Cik Kantin” yang man menunjukkan cukup terharu pelajar sudah kembali ke sekolah.

5 fakta unik mengenai filem Kabhi Kushi Kabhie Gham

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Penggambaran filem ikonik ini kebanyakannya mengambil tempat di Mumbai, London dan Mesir. Wow menarik kan?

#2. Penggambaran adegan pertama dalam filem ini adalah pada 16 Oktober 2000 iaitu adegan menyanyi dan menari lagu “Bole Chudiyan,” yang menampilkan Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Kajol dan Hrithik Roshan.

Kemudian digabungkan bersama adegan Amitabh Bachchan dan isterinya Jaya Bachchan pada 20 Oktober.

Penggambaran adegan yang penuh dengan pelakon-pelakon hebat ini membuatkan sutradara Karan Johar pengsan di tempat penggambaran. Namun tetap meneruskannya kala dia terlantar di katil.

#3. Adegan lagu “Suraj Hua Maddham” difilemkan di sekitar Piramid Giza yang terletak di Kairo, Mesir! Disebabkan pencahayaan yang tidak memuaskan, penggambaran adegan ini hanya berlaku dari jam 7 hingga 9 pagi sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itulah penggambaran adegan ini mengambil masa berhari-hari!

#4. Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham ini mempunyai persamaa dengan filem arahan Karan Johar yang cukup terkenal iaitu Kuch Kuch Ho Ta Hai. Disamping menampilkan pelakon yang sama seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee, nama yang digunakan juga serupa seperti Rahul dan Anjeli.

#5. Dan lebih menarik, Kajol telah mengalami dua kecederaan ringan dalam kedua-dua filem ini. Ketika penggambaran Kabhi Kushi Kabhie Gham, Kajol cedera ketika penggambaran di Giza. Manakala waktu filem Kuch Kuch Ho Ta Hai pula Kajol pernah jatuh dari basikal! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: MalayMail

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comaishwarya-rai-bachchan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan