Berita Baik Untuk Ibu-Ibu Dari Mama’s Choice, Menangi RM3,000 Wang Tunai! Jom Semak

Ingin memenangi wang tunai bernilai RM3,000? Mudah sahaja! Sertai kempen Mama's Choice Sharing Is Caring bermula 14 Jun hingga 31 Ogos 2021 ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu-ibu yang hamil dan mempunyai bayi, tentu hal mengenai produk penjagaan ibu serta bayi menjadi antara topik penting. 

Apa produk yang selamat digunakan? Apa produk yang terbaik untuk ibu dan bayi? Dan apa jenama yang mempunyai produk khusus untuk ibu dan bayi?

Pasti semua persoalan ini bermain di fikiran ibu-ibu, baik ibu baru juga yang mempunyai anak berderet. 

Jangan risau ya, Mama’s Choice, iaitu jenama yang membawakan produk penjagaan ibu hamil, bayi dan ibu menyusu kini sudah bertapak di Malaysia! Dan jenama ini mempunyai sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan pada ibu-ibu semua. 

Mama’s Choice menawarkan produk-produk yang bukan saja selamat untuk ibu-ibu hamil dan menyusu, malah ia juga dijamin halal dan hanya mengandungi bahan-bahan semula jadi khusus untuk keselamatan ibu dan bayi. 

Jenama ini menjadi bualan dan cukup dikenali di Singapura, Indonesia & Thailand, lebih-lebih lagi dengan rangkaian produk terlaris mereka iaitu Stretch Mark Cream dan Nipple Cream. 

Mama’s Choice, Pilihan Selamat Untuk Semua Ibu-Ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara salah satu kebimbangan ibu-ibu adalah apabila keselamatan dalam menggunakan sesuatu produk baik untuk diri sendiri yang sedang hamil, juga bagi bayi. 

Dengan itu Mama’s Choice sangat memahami dilema yang dialami ibu-ibu ini dengan itu terhasillah satu jenama khas untuk penjagaan ibu dan bayi yang hanya berformulakan bahan-bahan semula jadi. 

Malah jenama ini juga mendapat kelulusan FDA, mempunyai sijil Halal dan diuji secara dermatologi. 

Ada juga antara ibu-ibu yang tidak pun tahu akan penggunaan sesuatu produk itu boleh beri kesan sampingan pada ibu dan bayi, terutama sekali ibu-ibu muda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi bagi anda yang tidak tahu mengenai perkara sebegini, eloklah sentiasa mengambil keputusan selamat dengan hanya menggunakan produk-produk yang diyakini selamat.

Bahan-bahan dalam produk penjagaan kulit yang boleh membahayakan ibu hamil

Terdapat banyak bahan yang boleh dianggap berbahaya untuk ibu hamil dan ibu menyusu. Namun antara yang sering digunakan dalam produk kecantikan dan rawatan kulit adalah seperti berikut. 

Parabens 

Parabens selalu digunakan di dalam rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit. Dan ia terhasil daripada buah-buahan serta sayuran. Walau bagaimanapun apabila kandungannya terlalu banyak digunakan ia boleh membahayakan ibu hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian mendapati bahawa ibu hamil yang mengambil kadar paraben tertinggi mempunyai risiko tinggi melahirkan bayi pramatang. Serta bayi yang dikandung akan mengalami berat kelahiran yang lebih rendah, dan saiz bayi yang lebih kecil. 

SLS

Antara bahan yang sering didapati di dalam syampu. Bahan Sodium Lauryl Sulfat atau natrium lauril sulfat, sering dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dalam kajian terhadap haiwan. Berbeza dengan  Sodium Laureth Sulfate, yang terdengar serupa, tapi sebenarnya terbukti selamat digunakan. 

Alkohol

Seperti yang diketahui umum pengambilan alkohol baik secara oral atau pemakaian produk amatlah membahayakan. Pada tiga bulan pertama kehamilan boleh menyebabkan bayi mempunyai ciri-ciri wajah yang tidak normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah pertumbuhan dan sistem saraf pusat (misalnya, berat lahir rendah, masalah tingkah laku). Walaupun dari segi pemakaian produk ia adalah minimum, namun ia tidak disarankan hinggalah bayi dalam kandungan mencecah trimester ketiga. 

Yang Terbaik dari Mama’s Choice

Produk-produk yang hadir dalam rangkaian Mama’s Choice selain terjamin selamat digunakan, ia juga cukup berkualiti. Antara yang terlaris adalah:

Stretch Mark Cream 

Krim untuk mengurangkan regangan kulit yang ketara ini cukup berkesan. Ia mendapat reviu yang cukup menggalakkan oleh ibu-ibu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sesuai digunakan untuk ibu-ibu hamil, hanya sapukan pada perut dan bahagian badan yang meregang. 

Dengan kandungan seperti ekstrak lidah buaya, krim ini berupaya melegakan gatal-gatal disamping mengekalkan kelembapan kulit. Kesan sejuk selepas disapu pada kulit juga memberi kesegaran berpanjangan pada kulit. 

Selain itu salah satu bahan yang menjadi watak utama dalam Stretch Mark Creamini ialah Lipobelle ™ Soyaglycone. Ia merupakan salah satu inovasi terbaru dari biokimia! Berasal dari kacang soya, ia merawat kulit anda dengan pelbagai cara.

Pertama, ia meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit, membantu menyembuhkan dan memperbaiki bahagian kulit anda yang membentuk kesan regangan. Kedua, Lipobelle ™ Soyaglycone juga menjadikan kulit anda lebih tebal hingga 12% lantas dapat melindungi kulit anda dari regangan berlebihan semasa perut membesar

Lipobelle ™ Soyaglycone dicipta khas untuk tujuan yang tepat iaitu untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan kelembapan. Dengan menggunakan formula eksklusif ini, tentu regangan kulit tak menjadi masalah sepanjang kehamilan!

Intensive Nipple Cream

Hanya diformulasikan dengan bahan-bahan gred makanan, membuatkan ia selamat untuk ibu dan bayi. Krim ini mengandungi agen pelembap dan mampu melegakan rasa melecet pada puting payudara. 

Mouthwash & Toothpaste

Penjagaan gigi dan mulut sangatlah penting ketika anda hamil, apa yang membimbangkan adalah tidak ramai ibu yang tahu kepentingannya, malah ada yang mengambil ringan penjagaan gigi ketika hamil. 

Mouthwash & Toothpaste ini hadir dengan formula yang cukup lembut, malah ubat giginya juga bebas fluorida dan bahan kimia berbahaya. Penjagaan gigi dan gusi lebih terjamin sepanjang kehamilan. 

Selain daripada produk penjagaan diri yang terlaris ini, Mama’s Choice juga hadir dengan produk pelangsingan khusus untuk penjagaan badan ibu selepas bersalin iaitu lengging, korset, korset pembentuk badan dan bengkung. Jika anda mahu cuba sendiri, anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Mama’s Choice, Shopee dan Lazada.

Jom menang RM3,000 wang tunai dengan Kempen Sharing Is Caring!

Jadi, bersempena dengan pelancarannya di Malaysia, Mama’s Choice akan mengadakan satu kempen yang bernama Sharing Is Caring, yang mana pelanggan berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM3,000 dengan hanya 5 langkah mudah!

  1. Daftar email anda di laman Mama’s Choice Sharing is Caring dan terima baucar RM10. 
  2. Kongsikan link unik anda bersama rakan-rakan dan berikan mereka RM10.
  3. Terima ganjaran sehingga RM100 apabila rakan-rakan anda daftar menggunakan link yang dikongsi. 
  4. Jejak ganjaran anda di Tracker Ganjaran Mama’s Choice dan Top 10 Mamas Leaderboard
  5. Jadi Top Mama dengan berkongsi RM10 dengan rakan-rakan serta bawa pulang RM3,000! 

Tempoh kempen dan kelayakan

Kempen ini bermula secara rasmi pada 14 Jun 2021 dan berakhir pada 31 Ogos 2021. Dalam tempoh ini, peserta yang mengikuti peraturan dan berkelayakan akan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM3,000 yang akan diumumkan selepas berakhirnya kempen.

Tertakluk kepada budi bicara penganjur sama ada untuk memanjangkan atau memendekkan tempoh kempen pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan kepada mana-mana pihak.

 Kempen ini terbuka untuk semua penduduk di Malaysia. Peserta yang berusia di bawah 18 tahun pada 14 Jun 2021 mesti mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga yang sah dan untuk menyertai kempen ini.

Setiap peserta mesti menjaminkan bahawa semua maklumat yang diberikan semasa pendaftaran untuk kempen adalah benar dan sah. Sebarang penyalahgunaan boleh menyebabkan anda hilang kelayakan dan / atau pelucutan, penolakan, penarikan atau penarikan balik hadiah yang dimenangi.

Penganjur mempunyai hak mutlak untuk meminta lebih banyak maklumat mengenai peserta apabila terdapat sebarang kecurigaan aktiviti penipuan yang secara langsung atau tidak langsung dalam memenangi hadiah utama.

Untuk maklumat lebih lanjut dan ingin mendaftar klik di sini. Ikuti laman sosial kami di Facebook dan Instagram bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kempen. 

Diskaun 50% seluruh kedai untuk Mama's Choice

Tebus 30 poin dan anda boleh nikmati 50% diskaun dari Mama’s Choice. Dengan syarat anda perlu berbelanja RM150 ke atas! Tebus sekarang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penjagaan Wajah Yang Terbaik Buat Wanita Hamil Untuk Kulit Mulus & Lembap

Baca juga: Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan

Baca juga:  Atasi Masalah Nipple Crack Dengan Pemilihan Krim Nipple Cream Yang Betul