Pelakon drama terkenal, Sharnaaz Ahmad pada pagi semalam tidak bersetuju menceraikan isterinya yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor kerana masih sayangkan rumahtangga bersama isterinya itu sejak dua tahun yang lalu.
Disebabkan itu, Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) pada 30 September ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap tuntutan kes cerai pasangan tersebut.
Semasa di dalam prosiding Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur peguam pelakon tersebut, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian isterinya.
Sementara itu, Peguam yang mewakili pihak Nabila pula, Azmi Mohd Rais berkata ketika proses perbincangan Sharnaaz bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan pada 27 Ogos yang lalu.
Sharnaaz Ahmad dan isteri sudah tinggal berasingan
Menurut Nabila, sejak Februari lagi dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Beliau menambah, pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian termasuk melalui keluarga kedua-dua belah pihak namun masih menemui jalan buntu.
Terdahalu, Sharnaaz pernah memberitahu kepada pihak media bahawa hubungan rumah tangganya dengan Noor Nabila dalam proses pemulihan.
Pada masa yang sama, Sharnaaz masih lebih mengutamakan anak lelakinya Jebat Jayden Ahmad yang ketika itu mengalami jangkitan saluran kencing.
Khabar angin rumahtangga goyah
Apatah lagi sebelum ini, bertebaran khabar angin tentang rumahtangganya sedang mengalami kemelut namun semakin pulih apabila mereka dilihat memuat naik gambar bertiga bersama anak semasa Hari Raya yang lalu sambil beraya dengan keluarga masing-masing.
Manakala media turut melaporkan antara sebab kenapa rumah tangga mereka bergoyah adalah kerana nafkah yang diberi Sharnaaz Ahmad hanyalah RM500 sebulan, sedangkan dia mampu untuk memberi lebih….
Walau bagamainapun, kita sebagai peminat dan orang luar doa yang baik-baik buat kedua-dua pasangan ini.
Suami enggan lafaz cerai, apa yang isteri boleh buat?
Pertelingkahan dalam rumahtangga adalah sebahagian daripada perkahwinan, namun jika tidak boleh berdamai maka perceraian adalah jalan terakhir dan perlu dilakukan dengan cara berhemah.
Bukan untuk menggalakkan penceraian, tapi kaum wanita harus tahu apa yang perlu dilakukan jika tiada jalan penyelesaian lain untuk rumah tangga. Jika isteri sudah membuat keputusan untuk bercerai, tapi suami tidak bersetuju, maka terdapat tiga jalan yang boleh diambil mengikut Akta Udang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 iaitu:
#1. Cerai Ta’liq (seksyen 50)
– Ta’liq adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan di mana ia membenarkan isteri memohon perceraian sekiranya suami melanggar mana-mana syarat dalam Ta’liq tersebut.
#2. Cerai Fasakh (seksyen 52)
Cerai Fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan disebabkan beberapa punca tertentu.
Antara sebab-sebab yang membolehkan isteri mohon fasakh seperti berikut:
– Tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun.
– Suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan.
– Suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih.
– Suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya secara nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama satu tahun.
– Suami mati pucuk masa berkahwin tanpa pengetahuan isteri
– Suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengalami penyakit kusta, vitiliga atau kelamin yang boleh berjangkit.
– Suami selalu menyakiti dan menjadikan isteri sengsara selama perkahwinan.
– Suami berkawan dengan perempuan jahat.
– Suami melupuskan harta atau melarang isteri menggunakan hak mereka.
– Suami menghalang isteri menjalankan kewajipan agama
– Suami berpoligami dan melayan isteri secara tidak adil
#3. Cerai tebus talaq (seksyen 49)
Jika kedua-dua keadaan tidak berjaya dilakukan maka isteri boleh memilih jalan terakhir dengan cerai tebus talaq seterusnya perlu membayar sejumlah wang kepada suami dan perlu mendapat persetujuan bersama.
Namun, jika persetujuan tentang jumlah wang yang perlu dibayar isteri tidak dicapai, mahkamah syariah akan menetapkan nilainya berdasarkan hukum syara’ dengan mengambil kira status dan kemampuan isteri sebelum suami diperintahkan untuk lafazkan talaq.
Talaq yang dilafazkan oleh suami dalam situasi ini dipanggil talaq ba-in sughra yang bermaksud tidak boleh dirujuk semula.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mstar
Kredit gambar: Oh My Media
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai