Minta Cerai Atas Sebab Shiqaq, Asyik Bergaduh Je? Ini Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu & Faham

Pernahkah anda dengar mengenai shiqaq dalam perkahwinan? Shiqaq maksud dalam Islam adalah perkelahian berpanjang suami isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Shiqaq maksud dalam Islam bererti perkelahian berpanjangan. Menurut portal Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), daripada sudut terminologi al-Shiqaq bermaksud perkelahian di antara suami dan isteri yang berlarutan sehingga menjejaskan kerukunan rumahtangga. 

Berbeza dengan nusyuz yang terjadi pada salah satu pihak, maksud syiqaq adalah merupakan perselisihan berlaku pada kedua-dua belah suami dan isteri bersekali.

Shiqaq Maksud Dalam Islam Perkelahian Berpanjangan Suami Isteri

 

Sabitan al-shiqaq dibuat apabila berlaku salah satu daripada keadaan di bawah:

  1. Perkelahian yang kerap antara suami dan isteri - oleh sebab nusyuz isteri, kezaliman suami, ketidaktentuan siapa yang benar antara kedua-duanya; atau salah satu pihak atau kedua-dua pihak berdusta atau menuntut yang bukan hak.
  2. Perkelahian yang kerap antara suami isteri - menimbulkan kesukaran menjalankan tanggungjawab masing-masing dan saling tuduh menuduh tidak melaksanakan hak sebagai suami dan isteri.
  3. Suami atau isteri saling tuduh-menuduh antara keduanya mempunyai hubungan yang melampaui hukum syarak dengan perempuan atau lelaki lain.
  4. Perkelahian yang kerap hingga menyebabkan pukul-memukul.
  5. Salah seorang meninggalkan rumah kediaman, tidak tinggal bersama sedangkan punca sebenar tidak dapat dibuktikan oleh kedua-dua pihak di hadapan mahkamah.
  6. Suami atau isteri saling tuduh menuduh antara keduanya mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap anak-anak sehingga berlaku pertikaian dan perkelahian yang kerap.
  7. Jika didapati bahawa sebarang tuntutan oleh isteri untuk mendapatkan pembubaran perkahwinan tidak sabit dan ditolak oleh mahkamah atas alasan dia tidak dapat membuktikan kebenarannya dan mahkamah mendapati pertikaian itu masih lagi berterusan atau berulang antara suami isteri tersebut.
  8. Apa-apa tindakan yang menyebabkan darar syarie ke atas isteri atau suami.

Proses Cerai Menggunakan Tuntutan Shiqaq

Menurut laman web Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), mahkamah boleh melantik dua orang hakam (jurudamai) atau penimbangtara yang akan bertindak bagi pihak suami dan isteri berkenaan bagi menyelesaikan perbalahan tersebut dalam suatu prosiding yang dinamakan sebagai Majlis Tahkim.

Dalam Majlis Tahkim tersebut, hakam suami akan cuba mendapatkan kuasa penuh daripada suami untuk menceraikan isteri dengan talaq jika perdamaian gagal dicapai dan hakam isteri pula akan cuba mendapatkan kuasa penuh daripada isteri untuk menerima lafaz khul’ daripada hakam suami jika suami bersetuju cerai dengan cara khul’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas selesai Majlis Tahkim tersebut, kedua-dua hakam akan melaporkan kepada mahkamah keputusan daripada Majlis Tahkim tersebut. Jika suami isteri tersebut berjaya didamaikan, mahkamah akan memerintahkan suami isteri tersebut untuk berdamai dan kembali hidup sebagai suami isteri.

Namun, sekiranya hakam gagal mendamaikan suami isteri tersebut atau mendapatkan kuasa penuh daripada suami untuk menceraikan isteri dengan talaq, mahkamah boleh melantik hakam baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, jika cara itu juga tidak berkesan, hakam mempunyai kuasa mentalaqkan isteri jika punca shiqaq adalah disebabkan oleh pihak suami atau melafazkan talaq khul’ kepada isteri jika shiqaq disebabkan oleh isteri. Menerusi cara tersebut, maka terbubarlah perkahwinan secara sah menurut undang-undang dan hukum syarak.

 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Sifat Toksik Dalam Hubungan Suami Isteri Yang Mesti Dijauhi

Baca juga: Bukan Dah Tak Sayang...Komunikasi Punca Hubungan Suami Isteri Semakin Hambar

Baca juga: 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar