Betul ke kos untuk membesarkan bayi boleh mencecah sehingga RM 1 juta? Ini belum masuk lagi perbelanjaan harian dan penjagaan diri ibu-ibu!
Apatah lagi dengan situasi pandemik yang sedang berlaku sekarang, ramai ibu bapa yang cukup terkesan dari segi perbelanjaan harian.
Jadi alangkah bagus jika dapat berjimat dengan pembelian bijak bukan? Kini terdapat pelbagai platform atas talian yang menawarkan harga barangan yang cukup rendah. Ini termasuklah barangan keperluan si manja anda!
Dan paling menarik, Shopee baru-baru ini telah melancarkan Shopee Mum’s Club, ia merupakan kumpulan sokongan maya untuk ibu-ibu serta bakal ibu mencari tawaran terbaik untuk produk tulen kegemaran si manja anda!
Keistimewaan Ahli
Antara kelebihan kepada ahli-ahli kelab ini adalah mereka dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang dianjurkan.
Kempen ini menawarkan barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, alat permainan, pakaian, lampin dan produk mandian dengan diskaun hebat. Shopee bekerjasama dengan pelbagai jenama bayi terkemuka seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya ibu-bapa serta bakal ibu bapa dapat menikmati penjimatan hebat.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk memiliki baucar diskaun dan pulangan tunai sehingga 20%. Ahli-ahli juga boleh mendapatkan baucar di kedai dari jenama yang mengambil bahagian sehingga 50%.
Selain itu Ahli baharu Mum’s Club juga dapat memiliki semua produk yang dinyatakan di atas dengan ganjaran tambahan sebanyak 25% pulangan tunai Shopee Coins! Disamping itu, ahli-ahli juga akan menerima hadiah perkenalan bernilai RM30 yang terdiri dari produk seperti lampin dan susu formula.
Promosi kembali ke sekolah
Tentu masih ada kelengkapan anak-anak ke sekolah yang ‘tercicir’ untuk dibeli bukan? Jangan risau ibu-ibu semua, Shopee Mum’s Club kini menawarkan promosi kembali ke sekolah di mana anda boleh mendapatkan peralatan lengkap untuk anak-anak ke sekolah! Baik dari alat tulis, beg sekolah hinggalah kelengkapan kebersihan diri seperti hand sanitizer! Dan jangan lupa dengan kelengkapan ekstra bagi mengikuti SOP normal baharu!
Kelengkapan normal baru anak-anak ke sekolah
#1. Hand sanitizer
Mungkin ada antara ibu-ibu yang takut anak akan termakan, tetapi ia boleh dipraktikkan dari awal. Ada anak kini seawal usia empat tahun sudah tahu apa itu hand sanitizer dan mereka tahu ia bahaya untuk di makan. Sentiasa pesan sebelum anak anda ke sekolah untuk menggunakannya, maklumlah kanak-kanak bila mula jumpa kawan-kawan mudah terlupa.
#2. Topeng muka
Di pasaran terdapat pelbagai jenis topeng muka. Carikan saiz yang sesuai untuk anak-anak dan jika boleh biarkan mereka memakai jenis yang pakai buang. Bimbang jika jenis yang boleh dibasuh nanti dibuatnya hilang pula.
#3. Penyedut Minuman
Jangan lupa bekalkan anak anda penyedut minuman sendiri! Ini dapat memastikan anak anda tidak minum dari cawan yang berkongsi. Jika boleh elakkan penyedut minuman jenis besi, bekalkan saja yang jenis kertas boleh dipakai buang.
#4. Bekal makanan
Ibu-ibu ini masanya untuk anda beli bekas makanan yang comel-comel untuk anak-anak. Selain dapat membekalkan makanan yang sihat dan terjamin kebersihannya, mereka juga tampil bergaya dengan bekas makanan comel ke sekolah!
Baucar eksklusif & tawaran dari jenama-jenama bayi terkemuka
Jenama-jenama terkenal seperti Babyshop, Genki!, Fisher-Price, Poney, PETPET, Anakku dan banyak lagi tidak ketinggalan untuk menawarkan diskaun hebat untuk Shopee Mum’s Club. Mereka menawarkan diskaun sehingga 50%!
Shopee Mum’s Club telah dilancarkan pada tahun 2019, ia ditubuhkan bagi menawarkan penjimatan lebih besar kepada ibu bapa baik dari segi diskaun atau baucar dari pelbagai jenama.
Ia merupakan sebuah platform yang boleh dipercayai sepanjang pengalaman keibubapaan anda. Ia juga bertujuan untuk membantu serta memberi idea kepada ibu-bapa dalam memilih produk terbaik untuk anak-anak.
Promosi yang ditawarkan dikemas kini secara berkala, jadi para ahli di nasihatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap. Terutama sekali sewaktu jualan Baby Fair dan kempen khas. Jadi apa tunggu lagi daftar sekarang untuk penjimatan terhebat!
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club