Yay, Kini Anda Ada Lebih Banyak Sebab Untuk Shopping Dengan Bijak Di Ikea!

Untuk sesiapa yang suka sangat shopping di Ikea, artikel ini khas untuk anda! Jom berbelanja dengan bijak dan tak membazir di sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Shopping di Ikea, wuhuuu!

Walaupun Ikea masih dalam proses untuk dibuka di Penang (sebab saya duduk di sini), tapi itu tak membantutkan niat saya untuk shopping di Ikea Cheras atau Damansara!

Dan sukacita saya maklumkan pada ibu-ibu, wanita, atau lelaki yang gemar ke Ikea – anda kini ada lebih banyak sebab untuk buang masa shopping di sana.

Ini kerana Ikea telah melancarkan satu koleksi yang direka khas untuk haiwan kesayangan anda pula.

Ya, Ikea menawarkan set katil, set tempat duduk dan sebagainya untuk kucing montel anda juga. 

Lepas ini bolehlah kucing itu semakin mengada duduk di set katilnya, namun tetap tampil bergaya, kan?

Koleksi baru ini dikenali sebagai LurvigLurvig dalam bahasa Swedish bermaksud “berbulu”. Ia telah dilancarkan di 5 negara utama iaitu di Jepun, Perancis, Kanada, AS dan Portugal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia dijangka akan memasuki negara lain pada awal tahun depan pula. 

Kalau anda sudah tak sabar nak tengok apa yang ditawarkan Ikea untuk kucing kesayangan anda, jom tengok katalog ini.

Shopping di Ikea serabut juga, kadang-kala.

Semua benda anda boleh cari di Ikea. Ia umpama satu gedung besar yang menayangkan pelbagai benda sama ada anda perlu atau tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itupun bergantung pada duit anda! Hehe

Pasangan saya paling malas nak ke Ikea kalau diajak. Mana taknya, sudahlah parking susah nak dapat (sebab selalu penuh), dalam Ikea itu sendiri pun serabut dengan bermacam-macam orang.

Kalau anda mengalami nasib sama dengan saya, jom kita jadi lebih bijak dengan mengamalkan 4 tip berikut untuk bershopping di Ikea dengan lebih lancar dan tenang.

Lepas ini tiada lagi alasan pasangan malas nak bawa kita ke Ikea itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Pergi Ikea pada pagi hari biasa

Walaupun anda hanya free pada hari minggu, tapi Ikea paling sibuk pada hari Sabtu atau Ahad.

Jadi, untuk mengelakkan masalah ini, cuba cari waktu pada hari biasa yang paling sesuai untuk anda. Cuba elak hari minggu, dan pergi shopping pada hari Selasa atau Rabu.

Lebih baik kalau anda pergi pada waktu pagi! Trik lain? Cuba terus masuk dari pintu keluar supaya anda tak payah lalu showroom.

2. Sertai Ikea Family 

Ikea Family adalah program kesetiaan untuk pelanggan yang selalu shopping di Ikea. Ia menawarkan pelbagai tawaran menarik dan khas untuk anda saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, setiap bulan pasti ada saja 20% atau 25% diskaun untuk sebarang barang di Ikea. 

3. Jangan lupa tengok bahagian As-Is

Kredit: Flickr

Ini bahagian kegemaran mak mertua saya! Kalau anda sudah ingin checkout, lebih baik anda tengok bahagian As-Is ini dulu.

Ini menawarkan pelbagai tawaran hebat untuk mana-mana barangan yang ditolak. Itupun kalau anda tak kisahlah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Elak yuran penghantaran

Kalau anda duduk dekat saja dengan Ikea, tak payahlah shop online. bukan apa, ia sebab kadang-kadang yuran penghantaran Ikea mahal juga!

Anda boleh survey mana-mana barang yang anda nak dari katalog online, tapi waktu nak beli, terus ke Ikea. Senang!

Ha… sekarang dengan adanya tip dan berita gembira ini, bolehlah anda dan pasangan pergi ke Ikea dengan lebih kerap lepas ini, ya?

Jangan terlebih berbelanja sudahlah!

Sumber rujukan: Mashable dan Business Insider

Kredit gambar: Flickr

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga10 Lokasi di KL Untuk Pencinta Haiwan

 

 

 

Penulis

Ayu Idris