Penyebab utama berlakunya kematian dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan penyakit berjangkit1. Oleh sebab itu, vaksin antara cara yang berkesan bagi mencegah sebarang risiko.
Melalui Jadual Imunisasi Kebangsaan yang diperkenalkan seawal tahun 1950an, setiap bayi yang lahir di Malaysia diberikan suntikan vaksin percuma2.
Terdapat 13 jenis penyakit utama yang boleh dicegah di bawah program imunisasi yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Tibi (TB), Difteria, Pertussis, Tetanus, Polio , Campak, Haemophilus influenzae jenis B (Hib), Hepatitis B, Human Papillomavirus (HPV), Japanese encephalitis (JE), Beguk, Rubella dan Pneumokokus2.
Sebagai ibu bapa, anda harus memberi perhatian dan cakna kepada jadual imunisasi si manja. Suntikan vaksin mengikut jadual telah ditetapkan adalah penting bagi memastikan perlindungan anak3.
#1. Apakah yang ibu-ibu biasa perlu lakukan sebelum mendapatkan vaksin untuk anak?
Terdapat beberapa persediaan yang penting untuk dilakukan oleh ibu dan ayah sebelum membawa anak mengambil vaksin, contohnya, separuh ibu dan ayah yang telah menjawab kaji selidik pada aplikasi theAsianparent bersetuju untuk membaca lebih mengenai maklumat vaksin di Internet. 38% pula akan membaca risalah-risalah perubatan mengenai vaksin yang diperolehi daripada pusat perubatan atau doktor5.
Jika tidak memahami, terus bertanya soalan kepada mereka. 35% ibu ayah akan berbincang dengan doktor untuk ketahui tentang faedah dan risiko yang akan diterima oleh anak ketika mendapatkan suntikan vaksin5.
Selain itu, anda juga boleh bertanya kepada ibu-ibu yang sudah membawa anak mereka mengambil vaksin. 17% ibu ayah akan minta pendapat dan juga ketahui kesan yang dilalui oleh anak mereka setelah menerima vaksin.
Pastikan anda membawa kad imunisasi peribadi anak untuk disemak oleh pakar perubatan tentang rekod vaksin mereka5.
#2. Apakah tiga perkara yang ibu boleh lakukan bagi menenangkan bayi baru lahir5?
Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh anda ketika bayi diberi suntikan vaksin supaya mereka berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa sakit yang dialami.
Pertama, 28% ibu mengalihkan perhatian si manja dengan mainan kesukaan mereka. 44% ibu juga berbual menggunakan nada lembut sambil menunjukkan mainan kesayangan mereka.
Hiburkan anak anda dengan menyanyikan lagu kesukaan mereka (16%) sambil memberikan pelukan yang erat dan penuh kasih sayang (64%).
15% pula setuju bahawa ibu ayah perlu menenangkan bayi dengan selimut yang memiliki bauan seperti tempat tidur bayi. Sebelum memberi suntikan, 33% ibu akan menyusu si manja hingga kenyang.
Pegang bayi dalam kedudukan yang selesa sambil merenung matanya dengan penuh kasih sayang (28%). Ibu juga boleh memujuknya dengan mengatakan semuanya baik-baik sahaja.
#3. Apakah Tiga Perkara Yang Ibu Lakukan Untuk Anak Mereka Yang Lebih Besar Semasa Vaksinasi5?
Bagi menenangkan anak yang lebih besar ketika vaksin ianya mungkin agak sedikit mencabar.
Anda boleh cuba beberapa tip ini, 38% ibu ayah mengalihkan pandangan mereka ke arah sesuatu objek menarik yang terdapat di dalam bilik vaksin.
59% ibu dan ayah akan pegang erat tangan anak-anak manakala 30% akan menyuruh si manja menarik nafas panjang sambil memberikan kata semangat.
14% ibu ayah bercerita atau membuat jenaka yang lucu supaya mereka lupa seketika mengenai suntikan vaksin. 35% ibu ayah memegang erat anak anda di pangkuan.
Selain itu, 11% ibu ayah akan berikan gula-gula jika mereka berjaya melakukannya.
Ibu dan ayah juga boleh terangkan bagaimana rasa sakit ketika dicucuk dan maklumkan bahawa sakit itu tidak kekal lama.
#4. Apakah tiga perkara yang anda lakukan untuk tenangkan bayi baru lahir selepas vaksin8?
Setelah vaksinasi 27% ibu membedung tubuh mereka dengan kain selimut, memujuknya dengan nada yang lembut.
Selain itu, bayi juga dapat ditenangkan dengan cara sentuhan. Dakap erat si manja anda dalam pelukan (24%) dan buat ayunan lembut untuk tenangkan mereka (40%).
62% ibu terus menyusu badan dan 14% akan berikan sahaja sama ada puting mahu pun botol susu kepada mereka.
#5. Apakah tiga perkara yang anda lakukan untuk tenangkan anak yang sudah besar selepas vaksin?
Untuk anak yang lebih besar, setelah vaksin 37% ibu ayah menggunakan kain yang sejuk dan basah untuk kurangkan sakit dan bengkak pada bahagian yang disuntik. 31% pula mandikan si manja dengan air suam untuk kurangkan demam5.
38% ibu ayah memastikan juga anak minum air kosong dengan banyak. 18% pula berikan ubat tahan sakit5. 49% bersetuju untuk memastikan anak mendapat rehat yang secukupnya.
Selain itu, berikan juga kata semangat dan pujian kerana telah berjaya melakukannya sambil memeluk erat anak (39%).
Pastikan sebelum pulang daripada klinik, tanya dan minta nasihat dahulu daripada doktor apa yang boleh dan perlu anda lakukan di rumah untuk membantu mengurangkan kesan sampingan vaksin.
Oleh itu, ibu dan ayah tidak perlulah panik dengan kesan sampingan yang berjangka pendek selepas suntikan vaksin. Ia adalah tanda tubuh si manja sedang membina antibodi secara semula jadi untuk menghalang serangan penyakit.
Apa Kesan Sampingan Vaksin Untuk Bayi?
Ramai ibu bapa yang ragu-ragu untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin.
Secara amnya, vaksin akan melalui penyelidikan dan uji kaji yang ketat dan secara ketara sebelum selamat digunakan oleh orang awam. Kesan sampingannya pula biasanya bersifat ringan. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik11. Jika ini berlaku, merujuk doktor anak anda atau mandikan anak anda dengan air suam atau gunakan kompress sejuk untuk mengurangkan bengkak dan sakit5.
Walau bagaimanapun, ibu bapa disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor jika berlaku keadaan berikut12:
- Kesukaran bernafas
- Tidak boleh bangun
- Menangis berterusan
- Demam
Kenapa Vaksin Perlu Diberi Kepada Anak Sejak Kecil?
Ibu ayah perlu tahu bahawa vaksin adalah amat penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah3.
Oleh itu, dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-penyakit yang boleh membawa maut13.
Jika kanak-kanak yang tidak menerima imunisasi lengkap tepat pada masanya, mereka akan terdedah kepada pelbagai penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti campak dan batuk kering13.
Menurut data kajian daripada Pusat Kawalan Berjangkit Amerika Syarikat (CDC), kebanyakkan kanak-kanak yang tidak divaksin, lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit yang menyebabkan kematian13.
Jadi, sebagai ibu bapa – anda pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak serta keluarga, kan? Semoga bermanfaat!
Maklumat ini disediakan sebagai perkhidmatan profesional oleh MSD. Pandangan yang dinyatakan dalam penerbitan ini mencerminkan pengalaman dan pendapat penulis.
MY-ROT-00230 Jul/2022
Rujukan:
- UNICEF. Childhood diseases. Available from: https://www.unicef.org/health/childhood-diseases. Last Accessed 1 July 2022.
- Immunise4Life. The Malaysian National Immunisation Programme (NIP). Available from: https://immunise4life.my/the-malaysian-national-immunisation-programme-nip/. Last Accessed 1 July 2022.
- MyHealth. Immunisation: Facts and Myths. Available from: https://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/. Last Accessed 1 July 2022.
- theAsianparent Survey. What do you normally do before getting your child vaccinated?. Retrieved on 20 July 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Before, During, and After Your Shots. Available from: https://www.cdc.gov/vaccines/parents/visit/before-during-after-shots.html. Last Accessed 1 June 2022.
- theAsianparent Survey. What are the 3 things you do to calm your newborn during vaccination?. Retrieved on 20 July 2022.
- theAsianparent Survey. What are the 3 things you do to calm your older child during vaccination?. Retrieved on 20 July 2022.
- KidsHealth. How Can I Comfort My Baby During Shots? Available from: https://kidshealth.org/en/parents/baby-vaccinations.html. Last Accessed 20 July 2022.
- theAsianparent Survey. What are the 3 things you do to calm your newborn after vaccination?. Retrieved on 20 July 2022.
- theAsianparent Survey. What are the 3 things you do after vaccination for older children?. Retrieved on 20 July 2022.
- World Health Organization (WHO). Vaccines and Immunization: Vaccine Safety Q&A. Available from: https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/vaccines-and-immunization-vaccine-safety. Last Accessed 15 June 2022.
- Seattle Children’s Hospital. Immunization Reactions. Available from: https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/immunization-reactions/. Last Accessed 20 July 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Answers to Your Most Common Questions about Childhood Vaccines. Available from: https://www.cdc.gov/vaccines/parents/FAQs.html. Last Accessed 1 July 2022.