Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, dan SIDS bayi sememangnya menjadi mimpi ngeri setiap parents. tetapi normalkah bagi si ibu untuk sentiasa berada di sebelah si manja ketika tidur?
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi yang kurang daripada tiga bulan, ianya sangat normal jika anda sering berasa gusar dan sering risau apabila pernafasan bayi anda tidak bergerak pada jangka masa yang agak lama di katilnya.
Jangan risau, anda tidak berseorangan!
Perkara sebegini biasanya akan dilakukan oleh para ibu yang masih lagi dalam tempoh berpantang. Namun begitu, usahlah khuatir dengan merasakan diri anda terlalu paranoid atau pun overreacting kerana memang normal jika anda berasa risau akan keadaan bayi anda. Nama pun masih lagi bayi, bukan?
Walaupun bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda juga mungkin risau bahawa si bayi kesayangan anda mungkin merupakan penghidap SIDS.
SIDS Bayi: Apakah Ia?
Sebenarnya, untuk pengetahuan ibu ayah semua, bayi yang berusia kurang daripada satu tahun biasanya akan mengalami SIDS yang dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome atau juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mendadak dalam Bahasa Melayu.
Seperti namanya, sudden dan mengejut, bayi juga dilaporkan meninggal secara mendadak dan tiba-tiba, tanpa diketahui punca sebenarnya. Ia dikenali sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan, biasanya berlaku ketika bayi sedang tidur. Terjadi kepada bayi sihat yang berusia kurang dari satu tahun.
SIDS juga dikenali sebagai crib death atau kematian di katil disebabkan oleh bayi-bayi yang selalu meninggal secara tiba-tiba di katil mereka.
Apakah Faktor Yang Menyebabkan SIDS Bayi?
Antara faktor yang boleh menyebabkan SIDS adalah
- Apabila bayi anda tidur secara meniarap
- Disebabkan oleh rokok
- Panas yang melampau
- Kelahiran pra-matang.
Bagaimana Untuk Saya Pastikan Bayi Saya Sentiasa Selamat?
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya, bukan? Jadi, kami berkongsi cara untuk anda memastikan bayi anda sentiasa selamat.
- Tempat tidur yang selamat bagi si manja
Pertama sekali ibu bapa harus memastikan bayi mempunyai tempat tidur yang selamat dan sesuai untuk si bayi.
Pastikan tempat tidur bayi bebas daripada semua mainannya. Bantal, terutamanya stuffed animals yang comel juga dilarang untuk diletakkan sekali bersama di katil bayi. Walaupun katil bayi anda akan kelihatan bosan, namun ia dapat menjamin keselamatan anak anda, terutamanya ketika dia tidur.
- Membedung si manja
Gunakan bedung atau pun beg tidur sebagai pengganti selimut bagi memastikan bayi anda kekal hangat dan tidak kesejukan. Elakkan penggunaan selimut lagi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada bayi anda.
- Suhu bilik yang bersesuaian
Periksa juga suhu bilik di mana anda menempatkan bayi anda. Pastikan suhunya bersesuaian. Tidak terlalu sejuk atau terlalu panas buat si bayi.
- Posisi tidur yang betul
Anda juga perlu memastikan agar bayi anda ditidurkan dalam keadaan dia melentang. Ubah posisi tidur anak anda secepatnya jika dia meniarap. Hal ini demikian kerana, bayi yang selalunya meninggal dalam tidur disebabkan oleh posisi tidurnya yang tidak betul.
Namun begitu, jika bayi anda sudah boleh memusingkan badannya secara meniarap atau ke tepi, anda boleh membiarkan anak anda sebegitu kerana sudah tentu dia akan boleh membetulkan posisinya semula.
Apa Lagi Yang Saya Boleh Lakukan?
Para ayah, adakah anda seorang perokok? Jika ya, berita ini mungkin akan meresahkan anda. Namun, demi bayi anda, berhentilah merokok kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada bayi comel anda.
Bukan kepada para ayah sahaja, malah untuk ibu yang bakal menimang cahaya mata juga tidak sepatutnya merokok kerana kesannya bukan hanya pada kesihatan anda, malah kepada bayi yang akan dilahirkan.
Disebabkan ibu yang merokok sepanjang kehamilan, bayi berisiko tinggi dalam mendapat SIDS.
Penting juga untuk para ibu bapa belajar dan ambil tahu tentang cara-cara memberikan CPR terhadap bayi.
Seterusnya, susu ibu dan imunisasi juga dilaporkan dapat merawat SIDS.
Apa Yang Saya Harus Segera Lakukan Jika Bayi Saya Berhenti Bernafas?
Jika anda perhatikan corak pernafasan bayi anda tidak seragam atau pun makin perlahan, ia merupakan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Itu memang corak pernafasan biasa bagi seorang bayi.
Semasa tidur, corak pernafasan bayi disebut sebagai pernafasan berkala. Bayi bernafas secara progresif dengan lebih cepat dan dalam nafas yang ditarik, kemudian ia bertukar perlahan dan nafas yang ditarik juga tidak dalam, kemudian, pernafasan bayi juga boleh berhenti sehingga 15 saat. Seterusnya, rutin tersebut akan bermula semula.
Lama-kelamaan, corak pernafasan mereka akan menjadi normal.
Namun, anda harus segera menelefon pihak kesihatan atau membawa bayi anda berjumpa pakar jika:
- Pernafasan bayi anda kelihatan sukar dan mereka kelihatan penat disebabkannya.
- Bayi anda seperti mendesah setiap kali menghembuskan nafas, mengembangkan hidung atau menggunakan mulut untuk bernafas.
- Pernafasan bayi anda terhenti lebih dari 10 saat.
- Nafas bayi anda asyik tersekat walaupun ketika mereka masih berjaga.
- Kulit bayi anda menjadi pucat atau kebiruan, isi dalam bibir atau lidah bertukar menjadi biru. Ia bererti anak anda kekurangan oksigen.
Tindakan pantas anda dapat menyelamatkan bayi anda.
Kesimpulannya, ibu bapa yang asyik memastikan anak kekal bernafas itu normal. Itu memang naluri seorang ibu bapa yang sentiasa mementingkan keselamatan dan keselesaan anak.
Anda juga akan beransur tenang apabila anak anda semakin membesar. Walaubagaimanapun, jika anda rasa apa yang anda lakukan membuatkan rutin harian anda terganggu, itu juga boleh menjadi satu tanda amda keresahan atau juga depresi.
Anda harus berjumpa pakar kesihatan atau mendapatkan kaunseling jika ianya terjadi.
Sumber: BabyCenter , About Kids Health, BabyCentre UK
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kerana Kain Bedung, Bayi Ini Sukar Bernafas Lalu..