Perkara Tentang Anak Lelaki Yang Ibu Ayah Patut Tahu Dan Beri Perhatian

Sifat anak lelaki berbeza dengan anak perempuan dan perkara ini selalunya ibu ayah tak perasan atau tidak tahu. Ini fakta tentang anak lelaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya sifat dan perangai anak lelaki itu tidak sama dengan anak perempuan. Tetapi boleh kata perkara ini tidak semua ibu bapa tahu dan adanya juga menidakkan perkara ini sedangkan ia adalah hakikatnya.

Boleh dikatakan ramai sebenarnya ibu bapa yang tidak menyedari akan perkara ini pada anak lelaki, atau ada juga yang seakan tidak menerima akan perkara ini, sedangkan ia adalah hakikatnya. 

Menurut perkongsian Doktor Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik menerusi akaun Instagramnya, ibu ayah patut tahu beberapa perkara tentang anak lelaki ini.

Sifat pertama sekali adalah otak anak lelaki cenderung untuk melakukan sesuatu (action oriented). Kalau ada masalah mereka suka cuba untuk menyelesaikannya. Jadi, jangan fikir yang anak lelaki itu tidak mempunyai keinginan untuk menyelesaikannya sesuatu masalah jika mereka diam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sifat kedua, untuk memahami dan berkongsi perasaan sendiri dengan orang lain adalah tidak mudah untuk anak lelaki.  Jadi nasihat Dr Redza supaya ibu ayah menghargai apabila anak lelaki berkongsi perasaan atau masalah kerana ia sememangnya bukan satu perkara yang mudah untuk mereka luahkan.

Tambahnya lagi, anak lelaki juga perlu disayangi sama banyak seperti ibu ayah menyayangi anak perempuan, tiada kurangnya. Jelasnya lagi, hanya kerana mereka anak lelaki, tidak bermakna mereka tidak perlukan kasih sayang yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya adalah, ibu ayah perlu mendidik anak lelaki untuk diri mereka menguruskan konflik dengan tutur kata yang halus dan beradab. Ini demi membentuk anak lelaki untuk tidak menggunakan perkataan yang menyakitkan hati seseorang, mengugut atau kekerasan.

Dr Redza juga menambah yang mana anak lelaki perlu diberi masa dan ruang untuk berlari, memanjat, melompat dan melakukan aktiviti fizikal lain. Perkara ini sememangnya jelas kelihatan pada anak lelaki yang mana lebih aktif berbanding anak perempuan.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbeza dengan anak perempuan, anak lelaki perlukan perhatian dalam mengasah kemahiran otot halus mereka seperti menggunting, bermain playdough, memegang pensel dan melukis. Bahkan, anak lelaki juga suka jika ibu ayah bacakan mereka buku cerita terutama dari usia mereka 1 tahun sehingga 8 tahun.

Satu lagi perkara tentang anak lelaki yang kita boleh lihat adalah mereka suka buat keputusan terburu-buru. Jadi, di sini peranan ibu ayah dalam membantu mereka adalah dengan kongsikan pada mereka yang terdapat pilihan serta cara untuk mengurus cabaran dalam hidup, berani dalam mengharungi ujian hidup serta jangan lari dari masalah.

Penulis

Farhana Fuad