Pengasas Sigi Skin, Xenia Wong Rekemen Produk Terbaiknya Untuk Semua Kaum Ibu

Ingin jaga kulit tapi sibuk? Ini antara produk dari Sigi Skin yang mampu merawat kulit kaum ibu yang pelbagai jenis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sempena sambutan Bulan Wanita Sedunia, kami akan menampilkan wanita yang membuat perubahan dalam industri dan komuniti mereka. Kami ingin memperkenalkan kepada anda,  Xenia Wong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama penjagaan kulit Sigi Skin.

Dalam artikel ini, anda akan membaca mengenai:

  • Apa yang menyebabkan Xenia Wong berminat dengan penjagaan kulit
  • Mengapa Sigi Skin hanya menggunakan produk vegan dan mampan
  • Xenia Wong mengesyorkan produk Sigi Skin untuk setiap jenis ibu

Sebagai ibu, kebanyakan masa kita dihabiskan untuk menjaga keluarga. Dengan semua tugas yang perlu diselesaikan di rumah dan di tempat kerja, kita selalunya akan meletakkan penjagaan diri yang terakhir sekali.

Memang tidak salah untuk mengutamakan keperluan keluarga kita, tetapi menjaga diri kita juga penting. Bagaimana kita nak mengajar anak kita untuk berasa yakin dengan diri mereka sedangkan anda sendiri tidak yakin dengan kulit anda?

Ya, cara kita menjaga diri kita boleh mempengaruhi pandangan anak kita pada masa hadapan.

Semasa kanak-kanak, Xenia Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Xenia Wong, mempelajari kepentingan menjaga kulit daripada ibunya sendiri.

“Ibu saya sentiasa memberitahu kami kepentingan menggunakan pelindung matahari sejak muda, tetapi saya tidak endah kerana saya tidak suka tekstur pelindung matahari pada kulit saya, ia sentiasa sangat berminyak dan melekit,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ibunya sudah memberi amaran, Xenia tetap tidak menggunakan pelindung matahari ketika bermain di pantai dan terpaksa menghadapi pengajaran yang amat sukar. 

“Ketika saya berumur 10 tahun, saya pergi ke taman permainan air dan kulit saya terkena selaran matahari yang teruk, ia mengakibatkan kulit saya melepuh selama seminggu. Ia adalah pengalaman yang sangat menyakitkan yang mengajar saya bahawa saya perlu menggunakan pelindung matahari tidak kira apa pun,” katanya.

Pengalaman itu kekal bersama Xenia sehinggalah dia dewasa, dia memutuskan bahawa dia mahu mencipta pelindung matahari yang ringan, tidak berminyak dan selesa pada kulit begitulah Morning Glow, pelindung matahari fizikal terlaris mereka terhasil!

Menyokong advokasi melalui amalan perniagaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti ketua yang bertanggungjawab, Xenia Wong mengkaji bagaimana perniagaannya boleh menyumbang untuk membantu planet ini berkembang maju dan tidak membazirkan sumbernya.

“Sumber adalah terhad dan akhirnya akan kehabisan. Apa yang boleh kita lakukan ialah memperlahankan proses ini, mengurangkan pencemaran dan kesannya kepada kita dan menjadikan alam sekitar tempat yang lebih baik untuk didiami,” katanya.

Oleh sebab itu, dia memutuskan untuk mengambil langkah berani dengan hanya menggunakan produk vegan dan mampan dalam jenama kecantikannya. Dia juga memastikan bahawa keseluruhan proses pembuatan produk mereka adalah bebas daripada kekejaman terhadap haiwan.

“Sebagai pencinta haiwan, bebas kekejaman sememangnya penting bagi saya. Mengenai menjadi vegan, selepas melihat beberapa rakan mengalami kesukaran mendapatkan produk penjagaan kulit vegan berkualiti, saya menyedari terdapat jurang dalam pasaran,” jelas Xenia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kemampanan juga amat dititikberatkan di Sigi Skin – kotak kami diperbuat daripada kertas kitar semula dan dicetak menggunakan dakwat soya; kami menggunakan plastik terbiodegradasi D2W untuk mini kami dan pelancaran terbaru kami, Garden Party (Pembersih pupur wajah tanah liat) mempunyai pembungkusan yang boleh diisi semula,” tambahnya.

Dia juga berkongsi secara terperinci bagaimana syarikat mereka cuba sedaya upaya untuk kekal dengan sokongannya. Daripada sumber bahan kepada amalan perniagaan.

“Secara amnya, jenama kecantikan mempunyai beberapa pelancaran produk baharu daalam setahun. Tetap dii Sigi Skin, kami hanya melancarkan apabila produk disempurnakan dan selepas menganalisis perkara yang boleh kami lakukan lebih baik daripada pelbagai produk semasa yang ditawarkan di luar sana.

Jadi kami biasanya hanya melancarkan 2 produk baharu setahun. Ini mengurangkan pembaziran dengan menghasilkan sesuatu yang benar-benar diperlukan oleh pengguna,” jelasnya.

Xenia Wong: Ketua Pegawai Eksekutif Sigi Skin tentang memperkasakan wanita di tempat kerja

Xenia bukan sahaja berwawasan sebagai pemimpin perniagaan, tetapi dia juga berazam untuk memimpin syarikatnya dengan prinsip. Apabila ditanya apa yang menjadikan dia berkuasa sebagai seorang wanita, dia berkata bahawa ia adalah apabila dia dapat mencari penyelesaian dengan tenang dan membimbing pasukannya melepasi apa jua halangan yang mereka hadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia percaya dalam memberikan wanita peluang yang sama di tempat kerja. Dalam Sigi Skin, ini dilakukan dengan memberikan bimbingan dan peluang kepada wanita.

“Lelaki biasanya dipilih untuk projek dan peranan berdasarkan potensi mereka manakala wanita dipilih berdasarkan pengalaman terdahulu – kita harus memberi wanita peluang untuk membuktikan diri mereka, walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman yang relevan sebelum ini,” katanya.

Sigi Skin mengesyorkan produk untuk setiap jenis ibu di luar sana

Dalam sambutan Bulan Wanita Sedunia, kami meminta Xenia mengesyorkan beberapa produk mereka kepada semua kaum ibu. Lihat pilihannya di bawah:

Ibu/ibu bekerja & sibuk

“Untuk ibu-ibu yang sentiasa sibu, saya akan mengesyorkan Dew Potion, penyembur wajah tanpa air yang sangat mudah untuk dipakai dan dibawa kemana saja. Ia mampu menyegarkan kulit anda apabila ia berasa kusam atau kering! Ia juga boleh digunakan sebagai toner setiap hari.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mengandung dan menyusu

“Dream Capsule Overnight Sleeping Mask!”

Ia mengandungi purslane atau dikenali sebagai daun krokot serta bakuchiol yang merupakan tumbuhan alternatif kepada retinol. Keajaiban anti-penuaan ini membantu menggebukan kulit anda dan memudarkan parut jerawat ketika anda tidur dan telah dinamakan sebagai rawatan wajah segera dalam botol oleh pelanggan kami! “

Ibu yang tinggal di rumah &  baru menjalani rutin penjagaan kulit

“Mereka perlu mencuba Kaleanser dan Idyllic Fields!

Kaleanser ialah pembersih seperti jeli yang memenangi pelbagai anugerah, ia mampu menanggalkan kotoran dan kesan solekan tanpa mengeringkan kulit anda. Anda juga boleh menggunakannya untuk pembersihan berganda sebagai langkah pertama dan kedua untuk menanggalkan solekan anda sepenuhnya termasuk maskara kalis air!

Idyllic Fields ialah pelembap tanpa air yang mengandungi 71.9% oat dan asid polyglutamic yang membantu menenangkan kulit yang merengsa. Ia mempunyai konsistensi krim gel yang sangat ringan dan ia membantu memulihkan dan menghidrat lapisan kulit anda.”

 Ibu-ibu yang ingin berehat dan relaks

“Untuk sesi penjagaan diri yang menyeluruh, saya akan mengesyorkan produk pengelupasan kulit, Bright Skies. Ia merupakan gel pengelupasan lembut untuk membuang semua sel kulit mati.

Selepas kulit anda segar dan bersih, kami mengesyorkan anda untuk menggunakan Garden Party, pupur tanah liat yang mampu membersihkan kulit secara mendalam. Selepas pengelupasan, Garden Party dapat menyerap lebihan kotoran  pada kulit anda dengan lebih baik dan meminimumkan penampilan pori-pori anda.

Akhir sekali, saya syorkan andas untuk menamatkan sesi dengan Tea-Tox, pupur wajah jenis topeng probiotik 20%. Tea-Tox sangat baik untuk semua jenis kulit kerana ia membantu memperkenalkan bakteria baik pada kulit kita yakni mengelakkan terjadi ekzema atau jerawat. Ia membantu menguatkan kulit anda dari semasa ke semasa, menjadikannya kurang sensitif!”

Xenia percaya bahawa menjaga diri sendiri boleh membantu wanita, atau sesiapa sahaja berasa bertenaga dan yakin.

“Penjagaan diri membuatkan seseorang berasa gembira dan akhirnya yakin dengan diri mereka sendiri selepas sesi penjagaan diri mereka. Adalah penting untuk mengambil cuti untuk melakukan perkara yang penting kepada anda,” katanya.

Apabila kami bertanya mengenai siapa hero wanita yang memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi lebih baik dalam perniagaan dan sebagai seorang wanita, inilah jawapanya:

“Bukan seorang pun, tetapi saya terinspirasi oleh perbuatan baik di sekeliling saya yang membuatkan saya mahu melakukan yang lebih baik secara keseluruhan.”

Semak laman web Sigi Skin untuk senarai penuh produk yang selamat untuk ibu hamil dan menyusu! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 16 Petua Untuk Bayi Lahir Dengan Kulit Yang Cerah Dan Bebas Masalah Kulit