Memahami sikap anak kecil memang tidak mudah. Ia tidak seperti ABC atau 123 yang boleh dibaca dan dikira.
Sikap anak kecil ini akan berubah-ubah mengikut keadaan, masa, cara penjagaan dan lain-lain. Ada ketikanya, ibu bapa akan melihat anak tersenyum, gembira bermain dan tiba-tiba menangis serta meraung tanpa tahu puncanya.
Ini antara dilemma ibu-ibu dalam menangani sikap anak kecil saban hari. Relaks ibu, tarik nafas panjang-panjang.
Namun begitu, cara jaga anak ini akan menjadi mudah sekiranya anda tahu bagaimana untuk menarik minat mereka terhadap sesuatu perkara atau dalam bahasa mudah ‘how to catches their emotions”.
Tangani sikap anak kecil dengan orang berpengalaman
Seorang pediatrik dan penulis buku berjudul The Toddler Brain Nurture the Skills Today That Will Shape Your Child’s Tomorrow, Dr. Laura A. Jana berkata, ibu bapa harus faham apa yang anak-anak tidak faham.
Maksudnya di sini, ibu bapa harus peka terhadap persekitaran anak dan dari situ anda dengan mudah faham apa yang diperlukan oleh si kecil. Hal ini kerana, anak kecil tidak berfikiran seperti orang dewasa fikir, jadi kita sebagai ibu bapa harus memberitahu kepada mereka apa yang boleh dan tidak boleh.
Dari situ, anak kecil akan memahami apa yang diajar kepada mereka. Lantas, ibu bapa mudah membaca apa yang berada di fikiran anak kecil ini.
Sebagai contoh, anda sudah melarang si kecil agar tidak menggigit adiknya. Tapi mereka tidak akan faham jika anda tidak memberitahu kenapa dan penjelasan dan hanya sekadar marah dan melarang.
Mereka akan buat perkara yang sama berulang kali. Sama juga, jika anda ingin mengajar mereka mengikat tali kasut. Jika sekadar disuruh, mereka tak akan faham tetapi anda harus menunjukkan bagaimana memakai tali kasut yang betul. Lama-lama si kecil akan faham dan mudah ikut.
Mengikuti tingkah laku anak bantu anda fahami apa yang ada dalam fikiran mereka
1. Luangkan masa dengan anak
Menurut Dr Jana lagi, sejak lahir, anda harus meluangkan banyak masa bersama dengan bayi sama ada bermain, membelai dan berkomunikasi dengannya setiap hari. Ini adalah langkah bijak untuk menangani sikap anak kecil tersebut.
“Jika anda tangani sikap anak kecil ini secara marah-marah, memaksa dan lain – lain. Ini akan memberikan kesan yang lebih buruk terhadap perilakukanya apabila sudah meningkat usia,” – katanya.
Boleh lihat pada video ini
2. Anak bagaikan sebuah cermin
Sebagai ibu bapa, anda harus menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik kerana anak kecil ini mudah mengikut apa yang mereka lihat di hadapan mata mereka. Jadi, untuk perkembangan si kecil sebaiknya anda menunjukkan sikap yang terbaik yang boleh dicontohi si kecil.
Sebab itu, apa yang anda tuturkan setiap hari, haruslah lebih berhati-hati dan tidak menggunakan perkataan yang tidak senonoh dan tidak baik.
3. Sikap anak seperti play-doh yang boleh dilentur
Sikap anak-anak ini seperti play doh yang boleh dilenturkan tetapi ada ketika sukar untuk mengembalikan ke bentuk asal apabila sudah keras.
Jadi, ibu bapa harus lebih bijak menangani anak kecil sehingga mereka meningkat dewasa. Untuk membentuk sikap anak-anak, ia boleh dimulakan sekitar umur 5 tahun.
4. Ibu jaga mulut dan kelakuan
Walaupun anak anda ada seribu satu ragam yang mungkin sukar untuk anda tangani, tapi sebagai ibu bapa anda harus lebih bijak, kerana mereka adalah darah daging anda.
Selain itu, anda harus lebih peka dengan apa yang anak gemari. Pada hari ini anak anda nampak baik sahaja tapi keesokannya mula tunjuk perangai tak ‘semengah’.
Apa yang perlu dilakukan, tarik nafas panjang-panjang dan ingatkan pada diri bahawa, si kecil masih lagi dalam proses pembelajaran untuk sesuaikan dirinya dengan dunia sebenar.
5. Tambah pengetahuan
Ibu harus menambah pengetahuan berkaitan tingkah laku anak. Sebagai contoh, memperbanyakkan bacaan tentang kehamilan, pembesaran anak dan tingkah laku.
Ini semua membantu anak kecil dalam sikap dan perilaku mereka seharian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Foto kredit: Focusonthefamily, Psychcentral
Baca juga:
“Mak, saya nak ini! Ayah, beli itu!” Adakah Anak Saya Bersikap Tamak?