Dipanggil Pencacai Najis & Binatang, Frontliners Kesal Layanan Biadap Oleh Kluster Elit!

Ketika negara berusaha memerangi wabak Covid-19, terdapat segelintir individu yang bersikap pentingkan diri sendiri sehingga mengeluarkan kata-kata kasar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah berminggu-minggu anggota perubatan dan barisan hadapan bertarung nyawa demi memikul tanggungjawab. Namun, siapa sangka terdapat segelintir manusia yang memiliki sikap negatif sehingga tidak menghargai pengorbanan mereka.

Tidak gentar berhadapan penyakit berjangkit, petugas berusaha memberikan rawatan yang terbaik tanpa mengira pangkat, umur dan perbezaan agama.

Sikap negatif pentingkan diri 

credit to sources

Tiada siapa yang ingin menerima layanan buruk. Di saat semua pihak menggembleng tenaga membanteras penularan Covid-19 ini, ada segelintir individu berhidung tinggi, kurang sabar dan tidak beradab.

Baru-baru ini, pelbagai rintihan dikongsikan oleh anggota barisan hadapan melalui platform media sosial peribadi mereka akan pengalaman berhadapan pelbagai karenah pesakit Covid-19.

Ketika berhadapan karenah rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari negara atas urusan kerja atau bercuti, mereka berlagak seolah-olah kluster elit yang begitu cerewet.

Jika sebelum ini, mereka berasa megah dapat memuat naik gambar-gambar percutian di luar negara dan yakin tidak terkesan dari penularan virus Corona. Namun memandangkan arahan kerajaan yang semakin ketat, mereka diwajibkan melakukan kuarantin dan ujian saringan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Bila tiba di pusat saringan dan terpaksa akur perintah, kluster cerewet ini kecewa kerana tidak menerima layanan  pada kelas pertama,'' luah sumber.

Wajib mengikut arahan

Pelaksanaan kuarantin wajib ke atas rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara telah membabitkan jalan darat, laut dan udara serta ketibaan di semua pintu sempadan termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebaik tiba di pintu sempadan, semua akan dibawa dengan bas terus ke pusat kuarantin yang ditetapkan.

"Bermula 3 April, kuarantin wajib dilakukan kepada masyarakat yang pulang dari luar negara atau sesiapa yang masuk ke negara ini. Mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat yang disediakan.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekoran kemasukan ke negara perlu melalui beberapa proses, segelintir individu telah hilang sabar ketika terpaksa menunggu nombor giliran. Mereka juga mahu saringan dijalankan secara mudah tanpa mengikut sebarang protokol dan peraturan.

Petugas lain yang terlibat sempat membuat perbezaan perangai menjengkelkan golongan elit ini dengan kumpulan kluster tabligh kerana mereka lebih bersopan santun, menggunakan waktu menunggu dengan membaca al-quran dan azan ketika masuk waktu solat.

Kluster sombong dan pentingkan diri

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut seorang petugas perubatan, Mohd Afiq, kedatangan kluster baru yang dipanggil sebagai Turkey/ Oversea sedikit sebanyak telah menyulitkan proses saringan.

''Kadang-kadang kami seolah sedang merawat sikap negatif pentingkan diri sendiri mereka berbanding wabak Covid-19. Sesetengah golongan ini cerewet dan sukar untuk bertolak ansur,''

''Ketika perlu memasuki wad kusta atau institut latihan, golongan ini tidak mahu pergi dengan memberikan pelbagai alasan seperti tidak selesa dan panas. Tidak cukup dengan itu, petugas dihujani kenapa perlu mengambil ujian darah dan tidak melakukan swab secara awal,'' luah Afiq.

''Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan rasa tidak puas hati terus beritahu pihak atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel,''

''Bukan semua, terutamnya yang berada di luar negara atas urusan yang tidak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi golongan yang pergi melancong luar negara amat menjengkelkan.'' ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disamakan dengan binatang

foto: sinar harian

Menurut Dr. Sakinah Sulong, pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19 telah menjentik hatinya

Alangkah kecewanya beliau dengan sikap segelintir manusia yang sombong dan tidak mahu memberikan kerjasama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidup, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia; Pengarah Jabatan ke, Jemaah tabligh ke, Doktor ke, Pelajar ke. Semuanya sama. Lubang hidungnya sama. Rongga mulutnya sama,''

''Tapi ia menjadi ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong,'' luahnya.

Menurutnya lagi, golongan yang ''baru turun dari kayangan'' iaitu baru pulang dari luar negara telah menunjukkan pelbagai sikap negatif sehingga mencabar kesabaran para petugas kesihatan.

''Macam-macam karenah yang terpaksa dihadapi. Ada yang tidak mahu kuarantin, marah-marah, panggil staff 'dog' dan pencacai najis. Mereka sangat kurang ajar!''

Beliau yang kesal melihat ada petugas terpaksa mengundurkan diri kerana tidak dapat menahan pelbagai caci maki dari kluster sombong ini.

''Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan KKM. Melakukan saringan simptom dan vital sign, pensampelan, rujukan hospital (sekiranya perlu) hanya untuk memastikan mereka selamat dan tidak menyebarkan virus kepada orang lain,'' ujarnya.

Tambahnya, para petugas terpaksa bekerja kuat sehingga lebih masa. Namun pengorbanan ini dibalas dengan hinaan ketika mereka cuba memberikan yang terbaik untuk negara.

''Tapi nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami sebagai petugas kesihatan. Mereka memang tidak bersyukur!'' luah Dr. Sakinah.

Sumber: Sakinah Sulong, Astro Awani

Kredit foto: buzzkini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: