8 Sikap Positif Dato Seri Vida Yang Wanita Lain Patut Contohi

Sama ada anda suka atau mungkin juga tidak berapa selesa dengan caranya, masih ada banyak sikap positif Dato Seri Vida untuk wanita lain contohi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dato Seri Dr Vida – wanita yang penuh sikap positif

Siapa yang tidak kenal dengan Dato Seri Dr. Vida, atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman? Satu Malaysia dan mungkin juga satu dunia sudah mengenali nama besar ini.

Dari yang muda hingga yang tua, anda tidak perlu sebut pun nama beliau, cukup sekadar membuat gaya trademark “Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih”, orang sudah dapat tahu siapa yang anda maksudkan.

Ya, beliau mungkin sedikit kontroversi. Tapi, berbanding melihat yang negatif dalam diri seseorang, bukankah lebih baik untuk kita mencari aura positif dalam dirinya?

Jadi, kami ingin berkongsi dengan anda 8 inspirasi dari seorang insan popular tanah air yang bergelar Dato Seri Vida.

1. Dr. Vida adalah wanita yang tidak pernah kenal erti putus asa

Sebagai seorang tycoon besar dalam bidang kosmetik, ramai yang sedia maklum betapa berjayanya beliau dalam perniagaan yang diceburi.

Source: Astro Awani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita pernah dengar cerita bagaimana beberapa produk kosmetik Dr Vida beracun dan telah ditarik balik dari pasaran akibat kandungan merkuri yang tinggi.

Tapi, pernahkah kita melihatnya melatah?

Sama ada kita sedar atau tidak, beliau menerima itu sebagai salah satu ujian dan terus mengorak langkah dengan memperkenalkan beberapa produk baru yang lain.

Itu tidak termasuk dugaan lain seperti kerugian beratus ribu ketika memulakan perniagaan dan pertuduhan akibat mengelak daripada membayar GST.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, anda ingin berniaga? Silakan. Dan pinjam cerita semangat dari wanita ini untuk terus mengorak langkah bagi memajukan perniagaan yang telah anda mulakan.

2. Dr. Vida seorang wanita yang berimpian tinggi

Anda tahu apa lagi satu sikap positif Dato Seri Vida yang boleh anda “curi” dan gunakan dalam hidup anda?

Jadilah seorang yang berimpian tinggi!

Dipetik dari temubualnya dengan Berita Harian:

“Vida berkata, beliau tidak pernah berhenti berfikir, sentiasa menampilkan konsep dan idea baru untuk membina jenama besar yang memberi impak serta dicontohi masyarakat.”

Apabila melakukan perniagaan, beliau berimpian menjadikannya sebuah empayar. Apabila menyanyi, Dr. Vida juga tidak ingin lagunya hanya menjadi one-hit-wonder.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usaha beliau untuk menviral-kan videonya sendiri boleh dikagumi. Malah, dia turut menyimpan impian besar untuk berduet dengan bintang antarabangsa dari Korea, Psy.

Dan contoh di atas ini boleh dijadikan satu inspirasi dari insan bernama Vida – Go big or go home!

3. Dr. Vida seorang wanita berjaya yang peramah dan mudah didekati

Dengan melihat perwatakan atau pembawaan dirinya ketika ditemubual di kaca TV mahupun radio, atau melalui video peribadinya, ternyata wanita ini tidak lokek dengan senyuman.

Malah, mulutnya juga umpama bertih jagung. Sering berbicara dan bergurau senda.

Anda kenal usahawan wanita yang seramah dengannya? Bukan mudah untuk mendekati bisnesswoman lain di luar sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka sibuk dan sukar untuk dilihat bersama dengan orang awam.

Malah, tidak ada rasanya usahawan wanita lain yang berinteraksi dengan orang ramai secara terbuka dan mesra di IG mahupun Twitter, seperti Dato Seri Vida.

Nah, ini juga adalah contoh buat kita para wanita.

Tidak kiralah setinggi mana kejayaan kita, sifat ramah dan mesra itu amat penting! Apa faedahnya bersombong dan mendabik dada, kan?

4. Dr. Vida tidak takut untuk menjadi diri sendiri

Katalah apa sahaja yang kita mahu pasal wanita ini, dia tetap akan menjadi dirinya sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya bersyukur kerana tetap menjadi diri saya dan melalui semua dugaan dengan tabah.”

Amat mudah untuk kita orang wanita terasa terikat dengan pendapat orang lain.

Kita juga ragu-ragu untuk terlalu outspoken dan berkongsi pandangan, takut-takut dikeji dan kecam oleh orang lain.

Tetapi, adakah itu cara yang ideal?

Keupayaan untuk meluahkan perasaan, berkongsi pandangan, dan mengekspresikan diri adalah sangat penting.

Bukan sahaja demi pembangunan diri malah untuk kesihatan psikologi!

Jadilah diri anda sendiri. Luahkan apa yang anda ingin katakan (dengan cara yang betul) dan jangan takut untuk merealisasikan impian diri.

5. Dr. Vida gunakan masa lalu sebagai pemangkin kejayaan

Jika anda terasa sangat sukar untuk berjaya kerana anda datang dari keluarga yang susah atau disebabkan masa lampau yang gelap, carilah sumber inspirasi dalam kisah masa lalu Dr. Vida.

Source: InTrend

Kalau anda hendak tahu, sebelum ini Dato Seri Vida pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah cina. Beliau telah dibesarkan tanpa ayahnya, yang telah meninggal ketika dia masih berusia 9 tahun.

Untuk membantu keluarga, beliau berniaga pelbagai barangan. Ini termasuklah kain batik, nasi lemak, baju dan telekung.

Beliau bukanlah bermula dari atas; segalanya bermula dari bawah!

6. Dr. Vida tidak lokek harta dan selalu membuat amal kebajikan

Mungkin ada segelintir kita yang mengecam tindakannya yang suka menayangkan segala harta kemewahan yang dimiliki.

Tapi, adakah itu sisinya yang ingin kita beratkan? Bagaimana pula sisi Dr. Vida yang sering menderma kepada pusat kebajikan, sekolah tahfiz dan pusat anak-anak yatim?

Carilah inspirasi dari sudut ini. Berapa banyak jumlah wang yang telah didermakan?

Agaknya, jika kita membandingkan jumlah derma yang dibuat oleh wanita ini dengan jumlah derma yang kita telah berikan seumur hidup kita, belum pasti lagi terlawan angka ringgitnya!

Apabila anda berjaya hasil usaha diri sendiri nanti, ingatlah tentang sifat pemurah wanita ini. Contohinya dan jangan sesekali menyorok harta hanya kerana anda takutkan kemiskinan.

7. Status janda tidak melemahkan semangat diri Dr. Vida

Status janda? Ah….wanita mana yang menginginkan gelaran janda ini. Dipanggil ‘janda berhias’ sekalipun, kita tetap tidak mahu.

Tapi, siapakah kita untuk melawan takdir Tuhan. Selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, wanita berjaya ini tidak pernah menampakkan sisi sedihnya untuk masa yang lama.

Beliau terus mengorak langkah dan meneruskan kehidupan. Anak-anak ada di sisi, menjadi tempat penghilang sunyi.

Bukankah ini contoh buat wanita di luar sana yang telah kehilangan suami? Buat mereka yang bercerai, carilah kekuatan dalam diri.

Anda tidak berseorangan, Dr. Vida dan ramai wanita hebat lain telah berjaya melalui saat getir ini!

8. Dr. Vida menyiapkan masa depan anaknya

Ini lagi satu inspirasi Dato Seri Vida buat wanita di luar sana. Di mata orang ramai, beliau ahli perniagaan dan selebriti Malaysia yang terkenal.

Tapi di rumah, beliau masih ibu kepada dua orangnya. Jom tonton telatah ibu ini dengan anak perempuannya.

www.instagram.com/p/BW8fN8shW4p/?taken-by=datoserivida

Apakah yang boleh anda contohi dari sikapnya seorang ibu? Beliau bersiap sedia untuk masa depan anaknya.

Hasil keuntungan perniagaannya digunakan untuk membeli aset buat si kecil.

Rumah untuk dua cahaya matanya siap dibeli, mana tahu akan ada awan mendung di kemudian hari.

Bukan sahaja dari segi harta, malah beliau telah mula melatih dua orang anaknya dengan ilmu perniagaan bagi mengambil alih empayarnya satu hari nanti.

Begitu jugalah kita. Sebagai ibu, jika tiada aset untuk diwariskan, tinggalkan mereka dengan ilmu yang tebal di dada!

Ada seri tauladan dalam diri Dato Seri Vida buat kita semua

Mudah untuk melihat perkara yang salah dalam diri seseorang. Tapi, jangan sampai kita abaikan nilai murni dan keindahan pekerti seorang insan.

Jom para wanita, kita contohi 8 sikap positif Dato Seri Vida!

Baca juga:

Yakin Dengan Diri Sendiri: Wanita Hebat Ini Mahu Masuk Miss Universe!

Penulis

Noor