Bulan Ramadan ini rugi untuk kita hanya memfokuskan pada kerja dan kehidupan duniawi semata. Dalam pada beribadah, mendidik anak juga antara salah satunya.
Lagi menarik kalau ibu ayah tahu caranya nak terapkan rasa teruja pada anak-anak setiap kali menjelang Ramadan.
Kanak-kanak sebenarnya kalau dia faham betul-betul maksud bulan mulia ini mereka akan lebih menghargainya, dan tidaklah mengeluh saja dek kerana perlu berpuasa.
5 Fakta Mengenai Ramadan Yang Anak-Anak Perlu Tahu
Sebagai ibu bapa anda perlu menjelaskan kepada anak-anak apa itu ibadah berpuasa sebenarnya. Ia lebih dari sekadar menahan lapar dan dahaga. Ini 5 perkara yang mereka wajib tahu sedari kecil lagi.
- Ramadan adalah bulan ke-9 dan paling suci dalam kalender Islam. Awal Ramadhan boleh bergerak sebanyak 10 atau 11 hari setiap tahun. Ia bermula dengan melihat anak bulan dan berakhir dengan anak bulan yang lain.
- Umat Islam berpuasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari selama sebulan. Mereka berbuka puasa setiap hari dengan makan malam selepas matahari terbenam yang dipanggil “Iftar”. Orang ramai berbuka dengan kurma dan air terlebih dahulu kemudian makan juadah berbuka, ia adalah masa bersama keluarga yang cukup menyeronokkan!
- Ramadan mengingatkan umat Islam supaya berbelas kasihan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan lebih sukar mendapatkan makanan untuk diri sendiri. Pada bulan Ramadan, umat Islam digalakkan untuk bersedekah.
- Selepas berakhirnya Ramadan, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Perayaan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan. Semasa perayaan, umat Islam digalakkan memakai pakaian terbaik mereka, memberi hadiah, mengunjungi masjid, dan menghabiskan masa bersama keluarga pada hari ini.
- Ucapan yang sesuai untuk ucapan selamat adalah “Ramadan Mubarak” yang bermaksud “Semoga Ramadan yang diberkati.”
5 Perkara Buat Anak ‘Sayang’ Ramadan
Keterujaan saat berbuka puasa bukanlah satu-satunya nikmat bila berpuasa. Banyak ya perkara yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan untuk membuatkan anak sayang apabila bulan ini tiba dan rindu bila ia pergi.
#1. Membaca kisah-kisah Nabi
Jadikan ia rutin, bermula pada malam pertama ramadan, selepas selesai tarawih bacakan satu kisah Nabi yang menarik untuk dikongsi. Kisah-kisah Nabi memang sarat dengan teladan dan bagusnya, ia bukan kisah dongeng. 100 peratus kisah benar yang cukup menarik!
#2. Libatkan anak-anak ketika persiapan berbuka
Waktu yang paling ditunggu-tunggu anak-anak adalah ketika berbuka puasa. Segala juadah menarik akan terhidang, jadi jadikan momen ini untuk anda bersama mereka menyediakan juadah berbuka.
Berikan mereka kuasa untuk memilih satu menu juadah berbuka. Dengan itu anak akan berasa lebih dihargai malah buat mereka teruja untuk berpuasa. Untuk anak-anak yang lebih kecil pula, pilih hidangan pencuci mulut kegemaran mereka.
#3. Bersedekah seperti infaq makanan kepada yang memerlukan
Pilih satu hari untuk anda bersama keluarga menyediakan juadah berbuka puasa untuk diinfaq. Tidak kisah sama ada untuk diberikan kepada masjid, jiran-jiran atau insan yang lebih memerlukan.
Jelaskan kepada anak-anak tujuan melakukan infaq dan wujudnya orang yang serba kekurangan. Walaupun ia seeloknya diamalkan di bulan-bulan biasa pun, namun di bulan Ramadan adalah waktu tepat untuk mengajar anak-anak berbuat kebaikan demi pahala yang berganda.
#4. Membuat kuih raya bersama
Sewaktu kanak-kanak tiba waktu membuat kuih raya adalah paling seronok sekali. Pelbagai kuih nak ibu buatkan. Walaupun kini kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli, lagi seronok kalau dapat buat sendiri satu atau dua jenis kuih.
Aktiviti ini buat mereka rasa lebih seronok untuk membuat persediaan Aidilfitri nanti, macam-macam mereka boleh lakukan di bulan Ramadhan. Sambil beribadah sambil itu melakukan aktiviti bersama keluarga.
#5. Ajar anak berkongsi
Berkongsi ini patut didik sejak anak kecil lagi, paling awal mulakan di usia mereka 2 tahun. Makin anak membesar makin mereka lebih faham konsep berkongsi, yakni berkongsi ini bukan saja bersama keluarga dan rakan-rakan malah juga bersama orang yang lebih memerlukan.
Waktu ini juga anda boleh ‘spring clean’ baju raya anak-anak yang masih elok namun tidak lagi muat dipakai. Apa yang lagi menarik Similac Intelli-Pro mengadakan kempen Tukar Kongsi. Ia menggalakkan anak-anak untuk menderma baju-baju yang masih elok kepada orang yang memerlukan.
Dari Minda Turun Ke Hati
Untuk menjalani hari-hari sepanjang berpuasa ini, eloklah dimulakan dengan pengambilan susu yang penuh nutrisi. Baik kanak-kanak yang berpuasa atau pun tidak.
Susu adalah penting untuk memberikan tenaga dan nutrisi yang diperlukan badan. Pengambilan susu yang mempunyai bahan seperti UVOB (unique vegetable oil blend /campuran minyak sayuran unik) untuk penyerapan nutrisi optimum*. Ia mampu membentuk perkembangan minda si manja.
Malah dengan kandungan DHA dan 7 khasiat tambahan seperti Asid Folik, Taurina, Vitamin B12, Zink, Kolina, Omega 6 dan zat besi, susu tepung Similac Intelli-Pro bukan saja penting untuk tumbesaran kanak-kanak, ia sama penting untuk menyokong perkembangan kognitif Mereka pada tahun awal kanak-kanak.
Ini penting untuk tumbesaran anak-anak supaya mereka menjadi anak yang bukan saja bijak malah prihatin, mempunyai sifat empati yang tinggi, suka membantu. Disebabkan itulah tagline Similac Intelli-Pro ini ‘dari minda turun ke hati.’
Apa Yang Anda Perlu Tahu
- Penyerapan nutrisi optimum* Rumusan Minyak Sayuran Unik (UVOB): mengandungi kombinasi minyak bunga matahari, kelapa dan juga kacang soya untuk menyerap segala nutrisi penting.
- DHA +7 Khasiat: Supaya dia membesar lebih cerdas dan cergas.
- OMEGA 6: Supaya perkembangan kognitif lebih lancar dan berkesan.
- Penyerapan kalsium yang optimum: Supaya tulangnya menjadi lebih kuat
Untuk ibu-bapa yang ingin cuba produk ini, anda boleh dapatkan sampel percuma di sini. Sekiranya ibu-bapa mahu membeli susu Similac Intelli-Pro ini anda boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada sekarang.
*Penyerapan nutrient yang optimum merujuk kepada penyerapan lemak, DHA, Vitamin A, Kalsium dan sebagainya berbanding dengan formula lain tanpa campuran minyak sayuran yang unik.
Rujukan: Nelson et. al. (1998), Leite et. al. (2013) de Souza et. al. (2017)