HFMD benar-benar RAGUT satu lagi nyawa bayi 17 bulan di Pulau Pinang!

Anak-anak yang menunjukkan simptom HFMD tidak boleh keluar dari rumah. Wabak HFMD makin mengganas, seorang bayi 17 bulan telah maut kerananya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu lagi nyawa disahkan melayang gara-gara virus HFMD! Virus ini telah menjangkiti hampir 39,174 kes sejak Januari 1. Sebab itu ibu bapa diminta untuk tidak membawa anak keluar jika mereka menunjukkan simptom HFMD.

Menurut laporan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye – seorang bayi berusia 17 bulan telah menjadi mangsa terbaru dalam kes HFMD ini. 

Bayi tersebut dilaporkan telah dibawa ke hospital swasta di Pulau Pinang pada 3 Jun lalu. Dia mengalami simptom HFMD seperti sukar bernafas, ada ulser dalam mulut dan mengalami selesema.

Walaupun menerima rawatan, namun keadaan kesihatannya makin merosot. Akhirnya, bayi malang tersebut meninggal dunia tiga hari kemudian.

Virus HFMD membawa maut: Semak simptom HFMD pada anak anda!

Selepas menjalankan beberapa ujian, pakar akhirnya mengesahkan bayi tersebut mati gara-gara virus HFMD. Virus EV71 (virus punca HFMD) telah menyebabkan komplikasi sehingga bayi malang itu dijangkiti jangkitan paru-paru.

Kes HFMD di Pulau Pinang berada pada tangga yang nazak. Hampir 116% peningkatan kes dilaporkan. Ia jauh berbeza dari tahun lepas!

Dr. Lee memberi jaminan pihak Kementerian kini berusaha keras untuk membendung wabak terbabit jika simptom HFMD makin muncul.

“Guru-guru diminta untuk memeriksa jika anak murid mereka ada menunjukkan simptom HFMD.  Pihak kementerian juga akan menyediakan pembasmi kuman untuk membersihkan bilik darjah, alat permainan dan lain-lain.

Setiap pusat membeli-belah akan disuruh untuk membersihkan troli dan playpen mereka.”

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah maut di Mukah, Sarawak selepas menunjukkan simptom HFMD.

Keputusan dari pihak perubatan mendapati kanak-kanak itu dijangkiti jangkitan paru-paru yang teruk selepas “dicetus” oleh wabak HFMD.

Bagaimana simptom HFMD boleh merebak?

Wabak HFMD mudah untuk tersebar di antara satu individu ke individu yang lain, sama ada menerusi air liur, sentuhan dengan nanah atau lepuh dan dari najis.

Sebab itu, ibu bapa amat diminta untuk sentiasa peka jika ada simptom HFMD pada anak dan jangan membiarkan virus ini merebak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh kuarantin untuk anak yang dijangkiti HFMD adalah selama tiga hingga lima hari. Biasanya, simptom HFMD hanya akan muncul selepas 3 ke 7 hari jangkitan. 

Apa ibu bapa patut buat untuk elak penyebaran HFMD?

Anda boleh mencegah HFMD daripada menjangkiti anak, mahupun tersebar dengan memastikan pusat penjagaan atau pra sekolah anak mengikut piawaian kebersihan wajib. 

Ini kerana kebanyakan premis tidak mengikut piawaian kebersihan untuk mengelak simptom HFMD. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara langkah-langkah lain yang anda boleh lakukan ialah dengan:

  1. Periksa tanda-tanda HFMD pada anak setiap hari. 
  2. Jika anak ada simptom HFMD, sila halang anak dari keluar rumah. Mereka tak boleh ke sekolah, atau sebarang pusat penjagaan
  3. Ibu bapa, pengasuh dan anak WAJIB membasuh tangan dengan kerap bersama sabun. Basuh lama dari 10 saat
  4. Jangan berkongsi makanan, cawan atau benda lain
  5. Asingkan permainan untuk setiap kanan-kanak
  6. Basmi kuman dengan peluntur

Semoga dengan usaha kita ini, wabak HFMD mampu dikawal.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel ini ditulis oleh Rosanna Chio, dan mendapat kebenaran dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris