Jika anda sekarang sedang menenangkan anak anda yang meragam sebaik selepas minum susu, tentunya membuat anda sering berasa bimbang. Adakah perutnya kembung kerana tidak sendawa? Atau adakah posisi anda memegang bayi untuk penghadaman ini salah? Sebagai ibu bapa, kita akan sering berteka teki dan akhirnya baru terfikir mungkinkah bayi ini alah pada susu yang diberi atau ia simptom intoleransi laktosa?
Jadi, ayuh ketahui simptom intoleransi laktosa dan alahan susu.
Adakah bayi anda alah dengan produk tenusu?
Kanak-kanak sememangnya biasa mengalami alahan susu. Dan jika selama ini anda menyalahkan intoleransi laktosa, anda mungkin silap. Kerana bukan itu sahaja puncanya.
Perbezaannya mungkin tidak terlalu ketara, tapi ia mudah untuk diketahui: alahan pada susu adalah masalah imuniti yakni badan anak anda akan menganggap susu yang diminum adalah sesuatu yang asing lantas terus mengeluarkan antibodi untuk melawannya. Sementara intoleransi laktosa pula, badan anak anda sememangnya tidak dapat menghadam kandungan gula dalam susu. Kesannya, anak anda akan mengalami cirit-birit, perut kembung dan najis yang cair.
Punca intoleransi laktosa
Ada beberapa faktor yang menjadi punca anak anda mengalami intoleransi laktosa. Anak yang lahir pramatang selalunya menjadi faktor utama, ini kerana mereka tidak mempunyai cukup masa untuk menghasilkan enzim laktosa yang mampu memecahkan kehadiran laktosa dalam badan.
Genetik juga menjadi penyumbang, terutama sekali jika kedua-dua ibu bapa mempunyai intoleransi laktosa. Kadang-kala selepas beberapa kali anak anda mengalami cirit-birit, kebarangkalian untuk anak anda menghasilkan laktosa sendiri adalah tinggi dalam seminggu atau dua minggu.
Akhir sekali, hanya selepas disahkan oleh pakar, ada kemungkinan besar anak anda mengalami masalah penghadaman.
Tanda – tanda alahan susu
Terdapat banyak simptom akibat alahan susu. Anda mungkin sudah biasa dengan simptom kecil seperti kembung perut atau sedikit ruam yang menyerupai ekzema.
Reaksi lain seperti kolik, ruam, kemerahan di bahagian punggung bayi. Simptom yang lebih serius seperti menangis tanpa henti, berat lambat naik, muntah-muntah dan kesukaran untuk menelan.
Pertimbangkan untuk bertukar ke susu kanak-kanak berasaskan soya
Antara solusi yang boleh dipertimbangkan adalah bertukar ke susu kanak-kanak berasaskan soya. Pilihan terbaik adalah Isomil Plus. Susu ini lengkap dengan nutrien penting, formula bebas laktosa serasi buat kanak-kanak yang mengalami alahan protein susu lembu, intoleransi laktosa, galactosemia atau vegetarian.
Malah, mengikut bancian yang dibuat pada ibu-ibu di Malaysia pada tahun 2017 menunjukkan 97 peratus ibu-ibu bersetuju yang Isomil Plus membantu masalah intoleransi susu pada anak mereka.
Diformulasi khas dengan minyak sayuran untuk memudahkan penghadaman dan menjadikan najis anak lebih lembut, dan banyak lagi faktor untuk anda bertukar ke jenama ini. Isomil Plus juga disokong oleh 70 peratus kajian klinikal dengan 50 tahun terbukti keberkesanannya di Malaysia.
ia juga jaya dengan DHA, Lutein dan Vitamin E semula jadi untuk perkembangan otak serta mata. Malah ia juga menepati kalsium harian yang diperlukan tulang (empat sajian sebanyak 208 mg setiap hari).
Ambil masa anda dan pantaulah anak anda sebaiknya
Apabila anda bertukar ke jenama lain untuk mencari yang bersesuaian dengan anak anda, berhati-hatilah dan lakukannya dengan penuh kesabaran. Ambil masa yang diperlukan dan pantau perkembangannya. Jangan lupa untuk fahami petunjuk anak anda apabila dia berasa lapar dan kenyang.
Yang penting anda dapat kepastian apa yang menyebabkan anak anda meragam sama ada akibat alahan atau pun intoleransi laktosa. Dari situ anda boleh membuat keputusan yang tepat dengan hati yang tenang.
Untuk mengetahui jika Isomil Plus adalah serasi buat anak anda, minta sampel percuma hari ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia