Apa Itu Sindrom Anak Tunggal? Elak Anak Terkena Sindrom Ini, #2 Paling Penting

lead image

Perilaku anak tunggal sering dikaitan dengan manja dan anak 'emas' ibu bapa sehingga munculnya mitos sindrom anak tunggal.

“Tambahlah sorang lagi, nanti takdalah anak kau manja sangat”. Seringkalikan kita dengar ungkapan begini bila berkait soal pasangan yang memiliki anak tunggal. Adakah sindrom anak tunggal benar-benar wujud? 

Perilaku anak tunggal sering dikaitan dengan manja dan anak ’emas’ ibu bapa kerana mereka adalah satu-satunya anak yang dimiliki oleh pasangan yang berkahwin. 

Seringkali anak tunggal dikaitkan dengan stigma bahawa mereka ini manja, suka memerintah dan antisosial, sedangkan ia boleh diperbaiki dengan didikan yang betul dan tepat oleh ibu bapa bagi mencegah kesan dan tingkah laku negatif kena anak.

Sindrom anak tunggal bergantung hasil didikan ibu bapa 

sindrom anak tunggal

Menurut kajian Biru Bancian di Amerika Syarikat, bilangan keluarga yang memiliki anak tunggal meningkat kepada 15 juta keluarga pada 2018 berbanding 10 juta keluarga pada 1972. Apakah yang menyumbang kepada peningkatan bilangan ini?

Menurut kajian itu, memang pasangan yang memilih untuk memiliki anak tunggal sekaligus mengurangkan kadar kesuburan dan menyebabkan mereka memiliki saiz keluarga yang kecil.

Menurut kajian Pakar Psikologi, Susan Newman yang juga ibu kepada anak satu serta penulis buku Parenting an Only Child: The Joys and Challenges of Raising Your One and Only (Broadway Books, 2001), katanya satu stigma yang terlalu kuat untuk diubah sejak 30 tahun lalu dalam masyarakat adalah stigma mengenai sindrom anak tunggal.

“Mitos paling biasa yang kita dengar mengenai sindrom anak tunggal adalah mereka ini manja, suka memerintah dan antisosial. Sedangkan kajian menunjukkan anak tunggal tiada beza dengan anak lain yang mana secara spesifiknya mereka ini tidak manja atau terlalu dimanjakan, keseorangan, pentingkan diri atau terlalu bergantung!

Anak tunggal banyak kelebihan

Sebenarnya banyak kebaikan yang dilihat pada anak tunggal, kajian menunjukkan mereka ini mempunyai keyakinan diri, teratur dan bercita-cita tinggi. Malah pakar mengatakan, personaliti anak tunggal ini begini adalah kerana dia mendapat perhatian dan sokongan emosi daripada ibu bapa dalam pelbagai cara. 

Menanamkan harga diri tinggi dan dinamik selain memupuk kematangan membolehkan ibu bapa mengembangkan dan membentuk jati diri yang kuat dalam diri anak tunggal. 

Bagaimana mengelak anak terkena sindrom anak tunggal?

Didikan ibu bapa adalah yang paling penting dalam pembentukan karekter seorang kanak-kanak. Sama ada mereka ini boleh terkena sindrom anak tunggal atau sebaliknya, ia bergantung banyak kepada didikan dari rumah. Jadi jika sudah memilih untuk memiliki anak tunggal, apa yang patut anda lakukan?

Apa yang patut anda praktik jika mahu anak tunggal anda jauh dari sindrom atau mitos yang sering dikaitkan dengan mereka?

#1. Jangan terlalu melindungi anak

Sifat terlalu melindungi anak atau overprotective menyebabkan mereka tidak boleh berdikari dan melindungi diri sendiri. Kadangkala kita perlu biarkan anak jatuh untuk biar dia rasa kesakitan akibat jatuh. Jadi dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan belajar melindungi diri. Ajar mereka cara untuk melindungi diri.

#2. Ajar mereka bersosial seawal mungkin

Disebabkan mereka anak tunggal, dunia mereka hanya ada ibu bapa. Kalau ada keluarga terdekat pun hanya datuk nenek atau sepupu. Lagi awal anda ajar mereka bersosial lebih baik supaya mereka belajar untuk berkongsi, menunggu giliran dan menyelesaikan konflik. 

Jika boleh, hantar anak anda ke playschool seawal mungkin untuk mengajar mereka bersosial. 

#3. Elak letakkan harapan tidak realistik

Kerana memilik anak tunggal segalanya anda mahukan perfect pada dirinya. Jangan seksa anak begitu. Selarikan apa yang anda mahu dengan usia dan kebolehan semulajadi mereka. 

#4. Beri anak kebebasan buat keputusan

Beri anak kebebasan untuk buat keputusan sambil anda bimbing dia. Anak bukan mesin yang suka-suka boleh anda tetapkan apa dia perlu buat. Ini membantu mereka berdikari dan menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi. Jangan pandang rendah pada anak, mereka ada kelebihan masing-masing. Walaupun masih kecil, mereka ada keupayaan untuk berfikir. Jadi bantu mereka ya parents!

Sumber: parents.com

Baca juga:

14 Fakta Anak Tunggal Yang Ramai Salah Anggap, Mereka Tidak Manja Malah Pandai Bawa Diri!

Penulis

Lala Annuar