Sebelum Tidur Buanglah Sisa Makanan & Bersihkan Dapur, Elak Rezeki Susah Masuk

Sisa makanan jangan dibiarkan begitu sahaja di dalam rumah. Sebelum anda tidur, pastikan tiada sampah dan bahagian dapur telah dibersihkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sisa makanan tidak boleh dielakkan kerana setiap hari mesti ada sampah. Sebab itulah, amat penting bagi si suami untuk sentiasa membersihkan sisa makanan dan membuang sampah sekerap yang mungkin. Segala  kotoran daripada sisa makanan jangan dibiarkan begitu sahaja agar rumah kekal bersih.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Buang sisa makanan dan bersihkan pinggan mangkuk
  • Ramai anggap remeh tentang bab basuh pinggan dan buang sampah 
  • Sebab mengapa kita perlu menjaga kebersihan

Buang sisa makanan dan bersihkan pinggan mangkuk

Menurut sebuah perkongsian di Facebook, adalah amat penting bagi si suami untuk sentiasa membersihkan sisa makanan dan membuang sampah sebaiknya sebelum tidur.

Buat suami, pastikan sebelum tidur sampah dalam rumah terutamanya tulang tulang & sisa isa makanan dibuang.

Kalau susah juga nak buang sebab tinggal pangsapuri (apartment) seeloknya ikat elok2 dan masukkan dalam tong sampah, tutup sebaiknya sebelum dibuang esok.

Sebab? ‘Ramai’ sangat terliur tengok sisa makanan tu…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat isteri, basuh pinggan mangkuk periuk belanga sebelum tidur. Jangan biar sinki penuh pinggan sampai esok.

Baki makanan pada pinggan mangkuk tu mudah menjemput ‘dia’. Sebab tu mak mak kita dahulu pastikan tak ada pinggan tak bercuci sebelum tidur.

Ramai anggap remeh tentang bab basuh pinggan dan buang sampah 

Buat anak anak perempuan & wanita… tolong basuh pad (haid atau nifas) sehingga hilang bau… ‘dia’ suka meratah barang kita…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak perkara kita tak nampak, tapi kesannya banyak berkait rapat dengan life kita.

Buat suami, jadilah pendidik buat isteri & anak2… Elakkan sebelum terlambat

Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh. Ada yang suka biar berlonggok dan ‘kumpul’ pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang ‘mood’ nak cuci. Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga.

Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih. Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas k0tor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata. Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang. Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian sinki mesti bersih.

Sebab mengapa kita perlu menjaga kebersihan

Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan, masih ramai diantara kita yang suka bertangguh nak buang sampah atau cuci pinggan mangkuk bila sampai bab kebersihan.

Sedangkan kebersihan adalah satu amalan yang dituntut dalam Islam. Amalan tidak menjaga kebersihan hanya akan menyebabkan syaitan semakin suka akan keadaan kotor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pinggan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”

Kita tidak mahu mewarisi kefakiran hanya kerana tindakan kita yang suka bertangguh dan tidak mengamalkan kebersihan.

Jadikanlah rumah anda seperti salah satu taman-taman syurga. Janganlah mengabaikan kebersihan kerana kebersihan itu adalah satu amalan yang dituntut dan mencerminkan iman kita.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

Baca juga: 6 Tips Kemas Rumah Dengan Anak Dari Marie Kondo Untuk Ibu Bapa Yang Selalu Penat

Baca juga: 9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman