Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya

Memastikan kesihatan usus anak-anak sentiasa menjadi keutamaan ibu bapa. Ini apa yang anda perlu tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kekurangan tidur adalah biasa dikalangan ibu bapa, tidak kira yang sudah berpengalaman atau yang baru. Hidup anda bukan saja dipenuhi dengan jadual pemakanan anak, tapi anda juga dibelengu dengan kerisauan adakah mereka mendapat nutrien yang cukup. Atau punca mereka meragam adalah disebabkan kelaparan atau ketidakselesaan akibat sistem penghadaman kanak-kanak yang kurang baik. 

Tambahan pula anda mungkin akan mulai risau dengan keadaan najis anak anda! Lama kelamaan anda akan sedar bahawa kesihatan perut anak anda adalah sangat penting dalam memastikan sistem penghadaman kanak-kanak berjalan lancar dan itu menjadi punca utama keceriaan anak anda sepanjang minggu. 

Waktu anak di dalam rahim, kesemua nutrien disalurkan oleh plasenta. Namun sebaik tali pusat dipotong, sistem pencernaan mereka yang lembut mulai berfungsi sendiri. Percayalah, ia akan mengambil sedikit masa sebelum sistem pembuangan untuk berjalan dengan lancar. 

Dan ini antara apa yang anda boleh lakukan untuk melindungi dan membantu sistem pencernaan kanak-kanak.

Memahami keadaan usus anak anda

Anda perlu ingat, 80% daripada imunisasi anak hadir dari usus. Di dalam sistem penghadaman terdapat intestin yang besar di mana wujudnya bakteria mikrobiome, fungus dan protozoa. Bakteria 'baik' ini yang membantu penghadaman makanan dan mengawal sistem imunisasi. 

Jadi, menjamin kesihatan usus anak anda adalah misi utama untuk perkembangan anak anda. Matlamat yang ingin anda kecapi sekarang adalah penentu kualiti kesihatan anak anda kelak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fokus pada diet anak

Sedang pankreas anak anda terbentuk, kemungkinan besar anak anda sekarang tidak menghasilkan banyak enzim untuk memecahkan protein atau karbohidrat kompleks di dalam badan. Ini juga antara sebab ibu bapa dilarang untuk memberi makanan pejal sehinggalah kanak-kanak berumur enam bulan. 

Susu ibu mampu mengawal sistem pencernaan dengan semula jadi kepada anak dengan menyalurkan prebiotik dan probiotik yang membantu mengumpul bakteria baik. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip paling penting adalah dengan menyusu anak anda sebelum dia lapar. Hanya cuba untuk sendawakan anak apabila dia sedang berehat dari minum. Ini bagi memastikan anda tidak menganggu ritma susuannya. 

Tetapi jika anak anda mengalami ketidakcernaan, cuba tip ini: Letakkan tuala suam pada perut anak dan biarkan dalam dua hingga tiga minit. Ulanginya sehingga beberapa kali setiap kali selepas menyusu. 

Sesetengah ibu bapa juga menggunakan minyak adas yang mana anda boleh urut perlahan-lahan pada bahagian perut, termasuk bahagian pusat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Bagaimana dengan alternatif lain - susu kanak-kanak?

Sekiranya anda ingin memilih susu kanak-kanak, Similac Total Comfort mampu menjanjikan pencernaan dan penyerapan yang bagus. Semua ini kerana kandungan protein yang telah dicerna. 

Ianya terbukti secara saintifik dimana dapat menyelesaikan masalah penyusuan seperti muntah-muntah, meragam, perut kolik. Similac Total Comfort juga diformulakan dengan Unique Vegetable Oil Blend (UVOB). Bahan istimewa ini bukan saja dapat melembutkan najis, malah dapat mengelakkan masalah sembelit. Selain itu ia juga dapat membantu badan si kecil menyerap DHA dan menyimpannya untuk meningkatkan perkembangan otak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang tambahkan dengan komposisi 2'-FL untuk menyokong pertahanan badan dan mengurangkan risiko alahan. 2'-FL dapat membantu fungsi imuniti anda anda jadi mereka akan kurang jatuh sakit. Tidak lupa juga kandungan sistem EyeQ yang menggabungkan Vitamin E semula jadi, Lutein  dan DHA yang berfungsi menyokong perkembangan otak dan mata. 

Ingat, mempunyai anak yang disusukan dengan baik dan mencerna dengan selesa dapat membantu ibu bapa untuk lebih tenang sepanjang perjalanan keibubapaan. 

Anda juga akan berasa lebih yakin mengetahui nutrien yang anda berikan kepada anak anda mencukupi dan itu menjanjikan sistem imunisasi mereka lebih baik. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai susu kanak-kanak Similac Total Comfort klik di sini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan