Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Dengan situasi pandemik sekarang, kita perlu lebih berjaga-jaga dan mempertingkatkan sistem pertahanan badan agar tidak mudah jatuh sakit. Selain mendapatkan rehat yang cukup serta makan makanan seimbang, ada beberapa cara lain lagi untuk bantu lindungi diri kita sekeluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali kita mendengar tentang peningkatan kes COVID-19, sebagai ibu bapa pastinya kita ingin memastikan kesihatan dan keselamatan keluarga kita tidak terjejas. Oleh sebab itu, sistem pertahanan badan  yang kuat memainkan peranan yang penting.

Ini kerana apabila sistem ini terjejas, kita akan menjadi lemah dan badan pula mudah dijangkiti dengan penyakit yang tidak diingini. Justeru itu, sebagai ibu bapa kita akan cuba mengamalkan gaya hidup sihat agar kita tidak mudah jatuh sakit. Manakala untuk anak-anak tersayang pula, kita perlu sentiasa memastikan persekitaran mereka bersih, serta jauh daripada kuman atau bakteria. Diet yang seimbang juga memainkan peranan penting dalam memastikan kita mendapat nutrisi yang mencukupi.

Tanda-Tanda Sistem Pertahanan Badan Lemah

Kredit: iStock (kiri) dan Dr Rakhee Yadav (kanan)

Menurut Dr Rakhee Yadav, tanda-tanda sistem pertahanan badan  yang lemah ialah apabila seseorang itu mudah atau terlalu kerap sakit. Ini kerana mereka mungkin lebih mudah mendapat jangkitan berbanding dengan orang lain yang mempunyai sistem pertahanan badan  yang kuat. Ini juga termasuk mereka yang sering rasa letih atau mempunyai kesukaran untuk menyembuh luka.

Sekiranya seseorang itu jatuh sakit beberapa kali setahun, terutamanya anak-anak mahupun orang tua, mereka harus berjumpa dengan doktor dan melakukan ujian darah. Sesetengah ujian darah dapat mengesan sebab-sebab tertentu sistem pertahanan badan  rendah.

Kepentingan Sistem Pertahanan Badan Kuat Ketika Pandemik

Jelas Dr Rakhee, oleh sebab pandemik sekarang, meningkatkan sistem pertahanan badan  harus menjadi keutamaan. Ketika pandemik ini, mereka yang menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti dan sistem pertahanan badan  lemah lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Jadi amat penting untuk kita pastikan mereka yang berisiko tinggi ini dilindungi dengan membantu meningkatkan daya pertahanan badan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kita mempunyai sistem pertahanan tubuh yang berfungsi secara optimum, ia dapat menangkis dan melawan banyak jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus dan lain-lain.

Bagaimana Untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan?

Ini adalah beberapa tips bagi meningkatkan sistem pertahanan badan. Langkah-langkah ini penting terutamanya pada masa sekarang kerana sistem pertahanan badan  kita haruslah kuat untuk menangani pandemik yang semakin berleluasa.

1) Amalkan diet seimbang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Bagi Dr Rakhee, amat penting bagi keluarga untuk mempunyai asas yang kukuh dan tabiat makan yang baik. Jadi, adalah mustahak untuk memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat dengan mengamalkan diet seimbang yang merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran segar, tenusu, daging, ayam, nasi, roti dan lain-lain. 

Ini memastikan mereka mendapat jumlah protein, karbohidrat, lemak dan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang mencukupi untuk menyokong sistem pertahanan badan  mereka. Protein dari susu merupakan salah satu sumber protein berkualiti tinggi yang membekalkan kesemua asid amino perlu (essential amino asid) penting untuk badan.

2) Tidur yang cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Jelas Dr Rakhee, tidur yang tidak mencukupi dan tekanan yang meningkat dalam kehidupan seharian boleh menjejaskan sistem pertahanan badan  kita. Kajian menunjukkan bahawa jika kita tidak cukup tidur, ini mungkin menyebabkan kita lebih kerap jatuh sakit1 atau sering berasa letih. Kita perlu memastikan kita mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk orang dewasa dan antara 10 hingga 12 jam sehari untuk kanak-kanak mengikut umur mereka2

Kebiasaan seperti tidur lewat dan memaksa diri kita bangun pagi untuk ke sekolah atau bekerja boleh menyebabkan kita tidak mendapat rehat yang mencukupi. Semakin lama kita menangguh tidur kita, semakin sukar untuk dapatkan rehat dan akhirnya ini menyebabkan badan menjadi letih dan menjejaskan produktiviti kita. Bagi yang tidak tahu, pengambilan segelas susu suam sebelum tidur dipercayai sebagai salah satu cara yang membantu untuk menenangkan badan. Cubalah!

3) Menangani tekanan hidup 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Kini, semua orang mengalami tekanan yang tinggi untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin. Ibu bapa pasti risau akan anak-anak mereka terutamanya kerana sistem pertahanan badan  mereka masih mengalami perkembangan. 

Tekanan yang tinggi mungkin melemahkan sistem pertahanan badan. Jadi sekiranya anda dapati diri menjadi tertekan, cuba luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan anda. 

Dr Rakhee juga menjelaskan bahawa kita boleh menangani tekanan dengan mengenal pasti punca tekanan dan kemudian mencari mekanisme mengatasi tekanan. Contoh mekanisme mengatasi tekanan adalah meditasi, memilih hobi, melakukan senaman secara rutin sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, mematikan akaun media sosial kita atau berehat dari tempat kerja.

Kekurangan Protein Salah Satu Faktor Yang Mempengaruhi Sistem Pertahanan Badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Tahukah anda bahawa protein memainkan peranan penting dalam menyokong sistem pertahanan tubuh? Protein merupakan sebahagian daripada sel dalam badan dan dibina oleh asid amino. Protein membekalkan asas kepada sel badan termasuk sel yang terlibat dalam sistem pertahanan badan  dan merupakan beberapa bahagian penting dalam sistem pertahanan badan3

Kekurangan protein harian bakal menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan antibodi. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi proses pemulihan badan apabila dijangkiti penyakit4.

Selain itu, protein juga penting untuk membantu membina tisu-tisu badan termasuk otot, dan penting untuk pertumbuhan dan perkembangan badan.  

Produk Tenusu Membekalkan Protein Berkualiti Tinggi

Namun, bukan semua protein adalah berkualiti tinggi. Protein dalam susu merupakan salah satu sumber protein berkualiti tinggi. Protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino perlu (essential amino acid) yang penting untuk badan, atau dikenali sebagai ‘protein lengkap’. Asid amino perlu ini tidak dapat dijana oleh tubuh sendiri, jadi perlu mengambilnya melalui diet yang seimbang. Apabila kita kekurangan mana-mana asid amino perlu, ia akan menjejaskan bekalan bahan asas yang penting dalam membantu mengekalkan fungsi badan5.

Dr Rakhee turut menjelaskan bahawa susu adalah makanan keperluan yang padat dengan nutrisi yang bermanfaat. Susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh badan. Selain protein berkualiti tinggi, ia juga mengandungi karbohidrat, lemak, mikronutrien seperti kalsium, magnesium serta pelbagai vitamin yang penting dalam diet seimbang.  

Oleh itu, anda disaran untuk mengamalkan pengambilan susu secara konsisten setiap hari bagi membantu tubuh mendapatkan sumber protein berkualiti tinggi dan nutrisi penting dalam diet seimbang.

Kenalpasti Sumber Protein Melalui Label Produk

Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengenal pasti sumber protein yang terdapat dalam sesuatu produk, sila rujuk pada label makanan produk tersebut. Kebiasaanya, ramuan makanan yang tersenarai adalah mengikut turutan dari kandungan ramuan yang tertinggi sehingga yang paling rendah.

Kredit: iStock

Sebagai contoh, jika merujuk kepada label makanan yang tertera pada Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf, ramuan pertama adalah susu tepung penuh (whole milk) yang membekalkan sumber protein berkualiti tinggi tau!

Mengambil susu dan amalan diet seimbang sebenarnya merupakan salah satu cara untuk tingkatkan sistem pertahanan badan  kerana, susu mengandungi nutrisi penting termasuk protein, kalsium, vitamin A, vitamin B2 dan sebagainya. 

Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf adalah 100% diperbuat daripada susu New Zealand (dipek di Malaysia) – salah satu negara penternak tenusu terbaik di dunia, di mana lembu-lembu mendapat jagaan dan diberi makan rumput segar yang sebaiknya untuk menghasilkan susu secara semulajadi6.

Setiap hidangan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf membekalkan protein bersamaan 1.3 biji telur. Ia juga mengandungi nutrisi semulajadi dari susu seperti kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12. Hidangan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf yang disyorkan adalah sebanyak 2-3 gelas setiap hari.

Kelebihan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf

Kredit: iStock

1) Tidak mengandungi gula tambahan 

2) Boleh digunakan sebagai pengganti bahan masakan utama seperti santan, krimer tin, dll.

3) Kaya dengan nutrisi yang penting* untuk seisi keluarga

4) Mudah disimpan dan digunakan (sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja)

*merujuk kepada protein, Vitamin B2, B12, & kalsium

Tepung Susu Penuh Krim Fernleaf Sebagai Alternatif Dalam Masakan?

Ya! Mungkin kedengaran sedikit janggal, namun sebenarnya susu tepung Fernleaf Penuh Krim amat versatil yang mana ia boleh digunakan sebagai penambah rasa dan pengganti dalam ramuan masakan.

Sebagai contoh untuk resepi kurma kambing, susu ini boleh digunakan sebagai pengganti santan yang mana ia masih lagi menghasilkan hidangan lazat namun lebih berkrim! Ia juga sesuai digunakan dalam bahan untuk pencuci mulut seperti puding dan ais-krim. Bukan sahaja rasa lebih lazat; tetapi mengandungi nutrien juga!

Berikut kami kongsikan dua resipi ringkas yang anda boleh cuba di rumah!

Penkek Beri Biru & Pisang

Kredit: bakingmischief.com

Bahan A: 

45g Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf, 120gm tepung gandum, 25gm gula, 5gm serbuk penaik dan secubit garam.

Bahan B: 

237gm air, 1 biji telur, 10g mentega (dicairkan)

Option:

1 biji pisang (dihiris nipis) dan ½ cawan beri biru.

Cara memasak:

  1. Satukan bahan A dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan. Kemudian satukan bahan B dan gaul rata dalam bekas lain.
  2. Tuang bahan bekas B ke dalam bekas B, dan gaul rata. Rehatkan adunan selama 15 minit.
  3. Panaskan kuali dan tambah sedikit mentega yang telah dicarikan. Pastikan anda guna api kecil.
  4. Tuang adunan ke dalam kuali, kemudian tambah kepingan pisang dan beri biru. Tunggu 2-3 minit.
  5. Apabila beri biru berbuih, ini bermakna sudah masak dan boleh diterbalikkan. Tunggu sebelah lagi masak.
  6. Ulang dengan seluruh adunan, tambah mentega jika perlu.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama mentega, madu mahupun jem kegemaran.

Kurma Kambing

Kredit: timesofindia.com

Bahan-bahan:

1kg daging kambing (potong dadu), 1 ½ camca serbuk kunyit, 5 sudu besar serbuk kurma, 3 sudu besar minyak, ¾ cawan susu tepung penuh krim Fernleaf, 6 cawan air, 6 biji tomato (dicincang), 4 biji ubi kentang (dibelah 4), 3 biji cili hijau (potong setengah), 1 sudu besar jus lemon, garam secukup rasa dan daun ketumbar.

Bahan A: 

7cm halia, 10 ulas bawang putih, 2 bawang besar, 3 cili hijau

Bahan B:

1 biji bawang besar, 2 kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 4 kuntum bunga cengkih, 4 biji buah pelaga, 2 tangkal daun kari.

Cara memasak:

  1. Campur susu tepung penuh krim Fernleaf dengan 6 cawan air.
  2. Kisar kesemua bahan A dengan ½ cawan air, kemudian campur serbuk kurma, serbuk kunyit ke dalam bahan tadi.
  3. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan B sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan A ke dalam kuali sama dan tumis sehingga wangi.
  5. Tambah susu bancuhan tadi, daging kambing dan ramuan lain kecuali ubi kentang dan cili hijau. Kacau dan masak kira-kira 1 jam.
  6. Masukkan ubi kentang, garam dan cili hijau dan biarkan ia masak selama ½ jam lagi atau sehingga daging lembut.
  7. Sebelum dihidangkan, kacau dan masukkan jus lemon dan hias dengan daun ketumbar.

Jadi kini tiada lagi alasan untuk tidak menyediakan makanan bernutrisi buat keluarga. Gunakanlah tepung susu penuh krim Fernleaf yang kaya dengan protein berkualiti tinggi yang pasti akan digemari seisi keluarga. Selamat mencuba!

Rujukan:

1 www.webmd.com/sleep-disorders/features/immune-system-lack-of-sleep

2 www.nhs.uk/live-well/sleep-and-tiredness/how-much-sleep-do-kids-need/?tabname=tiredness-and-fatigue

3 pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17403271/

4 pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/6459898/

5 www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3905294/

6 www.fonterra.com/nz/en/goodness-of-nz-milk/what-makes-nz-milk-good/from-grass-to-glass.html

7 https://www.myhealth.gov.my/sistem-pertahanan-badan/

8 https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d762d898e2.pdf

Temubual dijalankan bersama Dr Rakhee Yadav, Pakar Perunding Pediatrik dari Baby & Beyond Child Specialist Clinic Publika & Ara Damansara Medical Centre.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Anis Hanini