Baru-baru ini penyanyi Siti Sarah Raisuddin serta keluarganya telah disahkan positif COVID-19. Beberapa hari yang lepas dikatakan paras oksigen Siti Sarah semakin merosot dan dia telah dikejarkan ke ICU.
Walau bagaimanapun pagi ini kita telah mendapat perkhabaran sedih, Siti Sarah Raisuddin telah pun dijemput ilahi selepas beberapa hari bertarung dengan virus jahat ini.
Terbaru, menurut perkongsian suaminya, Shuib di Instagram, dia mendoakan orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat isterinya yang telah pergi jam 5.13 pagi tadi.
Bayi terpaksa dikeluarkan
Menurut laporan daripada Harian Metro bayi mereka telah selamat dilahirkan melalui pembedahan czer pada Jumaat, 6 Ogos lepas.
Alhamdulillah, keadaan bayinya dikatakan selamat walaupun masih memerlukan bantuan pernafasan. Bayinya dilahirkan dalam keadaan pramatang iaitu pada 37 minggu.
Menurut Nana, dia berterima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yassin untuk kesejahteraan diri dan bayi dalam kandungan penyanyi itu.
“Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.
Siti Sarah ditidurkan Jumaat lepas
Menurut laporan Harian Metro lagi, isteri kepada Shuib Sepahtu yang telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi turut ditidurkan.
Sekitar jam 12 tengahari, hari ini, Nana memaklumkan Sarah sudah ditidurkan dan memohon mendoakan yang terbaik buatnya.
Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.
Sebelumnya, 6 hari lepas dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Difahamkan, penyanyi itu sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2011. Dan Siti Sarah meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan yang terbaru Ayash Affan berusia 4 hari dan kini masih di unit rawatan rapi.
Begitu cantiknya susunan Ilahi, sebelum perginya Siti Sarah, dia sempat melakukan amal yang terakhir buat rakyat di bumi Palestine, dia telah membuat korban seekor lembut yang membuatkan ramai rakyat di sana merasa nikmat daging korban.
Malah perginya juga di bulan Haram, kini Siti Sarah boleh pergi dengan tenang. Untuk suaminya Shuib, laluilah tahun baru esok hari dengan penuh kekuatan, dan dengan ingatan bidadari sentiasa menunggu mu di Syurga.
Doakan Siti Sarah moga diterima amalnya, ditempatkan dengan para solihin dan Rasul-Rasul. Moga Allah swt mengangkat darjatnya. Amin. Takziah buat Shuib dan Keluarga Siti Sarah Raisuddin.
Ibu hamil WAJIB ambil vaksin
Kini semua orang tahu akan golongan ibu hamil ini adalah golongan yang paling berisiko dengan jangkitan COVID-19.
Menurut Pusat Kawalan and Pencegahan Penyakit (CDC), wanita hamil dan dijangkiti Covid-19 didapati lebih cenderung untuk mengalami komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan intensif berbanding wanita tidak hamil.
Namun menyedihkan sebilangan ibu mengandung lebih takut dengan efek vaksin berbanding dengan efek virus merbahaya ini.
Dan kini boleh dikatakan semua vaksin yang ditawarkan adalah selamat untuk ibu mengandung bermula 14 minggu hingga 33 minggu.
Segeralah ambil vaksin sekiranya anda masih was-was. Jika giliran anda masih belum tiba, hubungi KKM secepat mungkin dan laporkan di Help Desk MySejahtera. Kerana mereka kini memang mengutamakan golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil dan menyusu.
Sumber: Harian Metro, Shuib Sepahtu
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sedih, Bayi Dijumpai Di Dalam Longkang, Dikerumuni Ikan