Peristiwa Lucu Ketika Menyusu

Saat yang paling bahagia apabila bergelar seorang ibu adalah ketika menyusukan si comel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semestinya, para ibu akan melalui pelbagai kisah suka dan duka ketika melalui tempoh penyusuan si kecil. Mungkin juga ada ibu di luar sana yang pernah melalui salah satu peristiwa lucu seperti dikongsikan di bawah.

Peristiwa Lucu: Ketika Menyusu

  • Bunyi bayi ketika adalah di antara peristiwa lucu ketika menyusu. Pelbagai bunyi yang akan bayi anda keluarkan ketika sedang menyusu dan ini adalah tanda bayi sedang enak menikmati susu ibunya. Jika menyusukan bayi anda di rumah tentunya anda akan berasa seronok dan bahagia mendengar bunyi comel bayi anda tetapi bayangkan anda terpaksa menyusukan bayi di tempat awam.
  • Biasanya, ketika sedang menyusukan bayi, ibu akan melakukan perkara lain seperti membaca buku, melihat telefon bimbit dan sebagainya. Ada kalanya bayi akan tiba-tiba melepaskan puting payudara anda dan susu memancut keluar! Agak lucu bukan? Harap situasi ini tidak berlaku ketika anda menyusukan bayi anda di tempat awam.
  • Anda “blur” sekejap kerana terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya
  • Tangan si kecil yang suka menjalar akan membuat anda tertawa. Ketika asyik menyusu, tangan bayi anda juga akan sibuk menjalar, di muka anda, memasukkan jari ke dalam mulut atau pun lubang hidung anda, cuba menanggalkan cermin mata anda, menarik rambut dan sebagainya. Ada sahaja idea si comel.
  • Amat lucu apabila orang lain memegang anak anda dalam posisi menyusu dan secara automatik bayi anda akan mencari puting payudara. Bapa pun tidak terkecuali. Jadi dinasihatkan pkeada bapa untuk memakai baju ketika mendukung bayi anda.
  • Saat bayi menunjukkan wajah gembira dan seronok kerana sudah kenyang selepas menyusu akan membuat anda tersenyum lebar. Pada masa ini lah anda akan rasa tension anda akan hilang
  • Semakin meningkat usia bayi anda, semakin banyak gaya dia akan tunjukkan ketika sedang menyusu. Ada yang tertonggeng, ada yang kakinya akan naik ke atas, ada yang akan baring terbalik dan macam-macam lagi. Setiap bayi akan berbeza perangainya.
  • Bayi amat peka terhadap bunyi di sekelilingnya. Jika ada bunyi yang mengganggunya ketika sedang menyusu, bayi akan terus memusingkan kepalanya untuk melihat ke arah bunyi itu dengan membawa bersama puting payudara ibunya. Hanya ibu sahaja yang tahu betapa sakitnya apabila ia terjadi.
  • Kadang-kala bayi terlalu haus dan tidak sabar untuk menyusu. Bayi akan mengeluarkan bunyi tidak sabar terutamanya apabila ibu baru balik dari kerja. Adakalanya baju ibu pun basah dihisapnya kerana terlalu menginginkan susu.
  • Ketika menyusukan bayi anda, si comel akan memberikan senyuman manis dan berbalas pandangan dengan si ibu. Saat inilah yang paling indah dan paling berharga sekali.

Hargailah detik istimewa ini sementara boleh kerana anak kesayangan tidak menyusu selama- lamanya.

Rencana dipetik dari Mama Peduli

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyusu Badan Sangat Susah – Apa Perlu Saya Buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh