Mengapa Anak Saya Obses Dengan Snack? Adakah Ini Akan Ganggu Pola Pemakanan Hariannya?

Masalah anak obses makan snek? Makanan snek terlalu kerap boleh menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari untuk anak. Ketahui bagaimana!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Inilah jadinya bila anak obses makan snek. Aduh tak berhenti-henti nampaknya si kecil mengunyah. Sampai tak nampak dunia jadinya bila sampai bab makan snek ini. Snack untuk anak ataupun makanan ringan adalah makanan yang dimakan dalam sukatan yang kecil.

Memang snek makanan kegemaran si kecil ini. Pantang nampak katanya. 

Adakah anda mengalami masalah seperti ini?

Tidak kisahlah sama ada anak anda makan snek berkhasiat seperti kekacang ataupun buah-buahan atau anak anda suka sangat makan ‘jajan’ seperti kerepek, coklat dan sebagainya, kalau dah terlalu sangat makan, pastinya ibu akan risau.

Yang lebih membimbangkan adalah bila anak anda suka sangat makan jajan yang sudah semestinya tidak berkhasiat dan tidak memberi manfaat kepada permakanan anak anda. Sebenarnya snack untuk anak adalah perlu, tapi mestilah yang berkhasiat!

Punca anak kerap makan snek

Kredit: Unsplash

Kadang kala punca anak suka makan snek adalah daripada ibu bapa sendiri. Jom kita baca punca kenapa anak anda suka makan snek berlebihan. Jangan salahkan anak sahaja ya. 

#1 Anda beri snack untuk anak diam 

Setiap kali anak anda menangis, anda beri anak anda makanan yang disukainya. Apabila anda berterusan buat begitu, anak anda akan sentiasa makan kadangkala tanpa sebab kerana ianya sudah menjadi satu tabiat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekaligus, anak anda akan sentiasa meminta snek setiap kali anak anda menangis sebagai cara untuk menenangkan dirinya. Akibatnya apabila anak anda besar mereka akan menggunakan makanan sebagai satu cara untuk menenangkan diri mereka.

#2 Anda takut anak tak cukup makan

Kadang-kadang anak anda makan sikit sahaja. Mulalah anda risau yang anak anda tidak cukup makan. Jadi, anak kerap beri snek supaya anak anda tidak berasa lapar. Secara tak langusng anak anda sudah terbiasa memakan snek disebabkan perkara ini. 

#3 Sibuk dan kekurangan masa

Si ibu mungkin terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan pelengkap untuk keperluan harian si kecil. Jadi, snack untuk anak adalah jawapannya!

Berapa banyak boleh beri snack untuk anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

Persoalan ini mungkin akan menimbulkan tanda tanya kepada setiap ibu bapa. Boleh ke tidak beri snek kepada anak dan kalau boleh, bilakah waktu yang sesuai untuk memberikan anak snek?

Pengambilan snek dalam kalangan kanak-kanak sememangnya digalakkan dalam pengambilan makanan seharian anak-anak.

Malah, ia akan menjadikan masa dan waktu makan lebih menyeronokkan sebab ada snek! Jadi, anak anda akan lebih rasa teruja bila sampai waktu makan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, jangan sampai terlebih. Anda kena tahu berapa banyak anak anda boleh makan dalam masa sehari.

Menurut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi yang berumur 6 – 8 bulan patut diberi makanan pelengkap sebanyak 2 – 3 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat.

Bayi yang berumur 9 – 11 bulan pula perlu diberi 3 – 4 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat.

Kenapa tidak boleh beri anak makan snek dengan banyak?

Kredit: Unsplash

Seronok makan snek ini. Kita yang dewasa pun suka tetapi kalau sudah terlalu banyak, ia akan memudaratkan kesihatan anak anda lebih-lebih lagi kalau anak anda suka makan coklat, gula-gula dan apa sahaja snek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mari kita lihat apakah kesan jika anak anda mengambil snek yang terlalu banyak.

Kesan pengambilan snek berlebihan

#1 Berat badan meningkat

Ini sudah semestinya! Pengambilan snek secara berlebihan boleh meningkatkan peningkatan badan dan seterusnya, membuatkan anak mendapat obesiti.

Kalau kerap sangat makan snek yang tidak berkhasiat senanglah berat badan anak anda naik.

#2 Ganggu pola pemakanan anak

Dengan pengambilan makanan ringan yang kerap dan berterusan, sekaligus ianya akan mengganggu pola pemakanan anak anda.

Semestinya kalau anak anda kerap makan snek dan berasa kenyang mesti anak anda sudah tidak mahu makanan lain seperti nasi dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Gigi anak berlubang

Tahukah anda dengan pengambilan snek seperti makanan bergula seperti coklat dan gula-gula akan membuatkan gigi anak anda berlubang? Inilah akibatnya kalau anak anda sudah mula ketagih makanan manis

Apa ibu bapa boleh lakukan?

#1 Kurangkan pemberian makanan snek

Kalau ibu bapa dah terbiasa memberikan anak anda makanan manis atau snek, anda kena BERHENTI memberikan anak anda snek pada setiap masa. Segalanya bermula daripada anak.

#2 Beri air

Anak-anak tidak kerap minum air? Jadi, anda boleh gunakan peluang ini untuk memberikan anak anda air untuk menghilangkan kelaparan atau ketagihan pada benda manis. Mungkin anak anda sukar nak minum tapi anda boleh cuba perlahan-lahan.

#3 Beri snek pada waktu makan sahaja

Anak anda sudah terbiasa mendapat snek pada bila-bila masa. Maka, anda boleh hadkan waktu pemberian snek hanya pada waktu makan sahaja untuk mewujudkan satu rutin makan yang boleh anak anda ikut.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 10 Makanan Ringan Yang MEMBURUKKAN Kesihatan Anak Anda, Elak Diberi Berlebihan!

Penulis

Nina Osman