Soalan bila nak ada anak?
Untuk pasangan yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata, anda pasti kenal sangat dengan soalan ini.
Tak kiralah pada bulan puasa ke, ketika balik kampung beraya ke, ketika membeli-belah dan terserempak dengan kawan lama ke… Ramai sangat yang suka menyoal soalan sensitif ini.
Mengapa ia sensitif pula? Mungkin orang yang menyoal hanya sengaja ingin membuka perbualan?
Mungkin mereka hanya ingin beramah mesra dan update tentang hidup anda?
Ya, mungkin kita boleh agak ada banyak sebab kenapa soalan ini ditanya. Tapi bagi saya, ia mungkin sudah ada dalam budaya kita.
Kalau tiada anak, mereka akan tanya bila nak ada anak. Bila sudah ada anak, mereka tanya pula bila nak tambah anak.
Makin lama, makin banyak soalan yang diajukan!
Sedangkan pernahkah anda terfikir tentang empunya diri yang disoal dengan soalan sensitif itu?
Apabila disoal bila nak ada anak, siapa yang paling terluka?
Pernahkah anda terfikir apa kesukaran dan cabaran yang terpaksa mereka hadapi ketika cuba untuk mendapatkan anak?
Adele Barbaro, seorang ibu kepada 2 anak ini meluahkan rasa kecewanya pada soalan tersebut di Love What Matters.
Menurut pandangan beliau, mungkin kita semua patut berhenti menyoal pasangan berkahwin lain tentang bila nak ada anak.
Kenapa? Ini penjelasannya yang amat membuka mata.
****
Entah berapa kali saya mencipta alasan setiap kali orang menyoal bila saya dan suami akan ada anak.
Apabila soalan itu ditanya, sengaja saya ukir senyuman kelat. Saya jawab – “kami baru kahwin. Nak enjoy dulu…”
Tak pun saya jawab –
“Kami nak pergi melancong dulu. Balik nanti kami usaha lagi.” atau “Saya nak fokus pada kerjaya saya dulu…”
Tapi tahukah anda tentang bagaimana rasa hati saya? Hati saya remuk. Pernah sekali saya tak tahan sangat dengan soalan itu.
Saya terus jawab “bukan senang okay nak mengandung!”
Mereka ingat apa? Buat seks saja boleh terus mengandung? Sudah banyak kali saya cuba! Sudah banyak posisi seks saya cuba!
Namun, cuba bayangkan rasanya bila keesokan pagi, anda nampak darah haid datang. Saya masih gagal untuk hamil. Apa salah saya?
Mereka cakap saya takkan muda selama-lamanya. Saya tahu itu! Saya tak perlu mendengarnya dari mulut anda.
Percubaan untuk hamil mungkin amat mudah jika anda baru berusia 17 tahun. Tika itu wanita amat subur.
Orang yang asyik menyoal soalan ini tak pernah terfikir tentang penyakit dan sensara yang ditanggung seorang wanita.
Mereka mungkin ada masalah reproduktif seperti sakit polysystic ovaries atau endometriosis. Saya juga ada sakit itu.
Siapa yang tak mahu anak? Semua orang mahu cahaya mata untuk menceriakan hidup dan rumah tangga.
Berhentilah tanya soalan “Bila nak ada anak?” itu…
Saya masih ingat bagaimana saya berusaha keras dengan pasangan untuk mempunyai anak.
Suami saya amat optimistik. Ketika saya hampir berputus asa, dia kata jom cuba rawatan kesuburan pula. Jadi kami cuba rawatan kesuburan IVF.
Rawatan kesuburan itu memakan masa, tidak invasif, mahal dan kerap kali bermain dengan emosi saya. Kami juga hampir papa kedana kerana nak bayar kos rawatan!
Tapi setahun lepas itu, senyuman ikhlas terukir di bibir saya. Saya mengandung!!!!
Walaupun disebalik kegembiraan yang membuak-buak, saya masih bersimpati dengan pasangan yang mencuba tapi gagal.
Saya faham perasaan mereka. Saya faham apa yang mereka lalui…
Jadi, lain kali kalau anda nak tanya soalan tersebut, cuba fikir sejenak. Cuba fikir sensitiviti orang lain. Anda tak tahu apa yang telah mereka lalui.
Sebak membaca penjelasan beliau. Ya, betul. Kita tak tahu apa yang dilalui oleh orang lain. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menjaga sensitiviti orang lain juga.
Sumber rujukan: Love What Matters
Kredit gambar: Oneindia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comrezeki-anak-ada-atau-tiada/