Anda tahu apakah soalan interview yang biasa di tanya semasa mencari pengasuh bayi?
Ini kerana mencari pengasuh anak bukanlah satu tugas yang mudah kerana anda harus kenal lebih mendalam dengan siapa yang bakal menjaga anak kalian.
Malah pencarian itu mungkin boleh menganggu tidur malam anda kerana terlalu fikirkan soalan apa yang harus ditanya kepada pengasuh tersebut terutama mereka adalah orang yang anda sendiri tak kenal.
Hal ini kerana, urusan pencarian pengasuh menjadi semakin rumit hingga ibu bapa sedikit cerewet bila memilih pengasuh anak kerana bimbang keselamatan si kecil apabila berada di tangan orang lain.
Namun usah bimbang, kami sediakan 11 soalan interview yang boleh anda tanya kepada mereka.
11 Soalan Interview yang WAJIB anda tanya pada pengasuh anak
#1. Boleh saya tahu, sudah berapa lama mengasuh budak?
Soalan interview pertama yang harus anda tanya adalah pengalaman mereka dalam mengasuh bayi atau kanak-kanak. Soalan ini wajib ditanya kerana tidak semua orang ada pengalaman jaga anak orang lain selain anak sendiri.
Sekiranya perlu, anda mungkin boleh berkenalan dengan ibu bapa lain yang ada menghantar anak mereka ke sana untuk dapat maklum balas daripada mereka sendiri.
Kemudian tanya juga berkaitan umurnya dan sedikit latar belakang dirinya sebagai permulaan untuk tanyakan soalan yang seterusnya…
#2. Adakah awak sukakan anak kecil?
Seterusnya tanyakan pula adakah dia sukakan anak kecil meskipun mungkin pada soalan pertama dia sudah memberitahu pernah menjaga budak-budak.
Ini kerana, ada juga orang yang ada pengalaman jaga anak asuhan tapi tidak betul-betul ikhlas untuk sayangkan mereka. Jadi ini adalah cuma langkah berjaga- jaga.
Semasa dia menjawab, lihat pada wajahnya sama ada dia benar-benar bercakap dari hati atau sebaliknya.
#3. Buat masa sekarang berapa ramai yang awak jaga?
Soalan ini perlu ditanya kerana pengasuh yang mempunyai anak asuhan lebih daripada empat orang harus berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat terlebih dahulu kemudian baru kelulusan akan dikeluarkan.
Sekiranya mereka tidak berdaftar, anda perlu fikir banyak kali tentang risiko jika tetap mahu anak berada di bawah jagaan mereka.
Ini kerana banyak yang perlu diperhatikan sekiranya menjaga anak kecil dalam jumlah yang sangat ramai.
#4. Boleh ceritakan latar belakang awak?
Dalam masa sesi temubual itu apa kata anda tanyakan juga latar belakang keluarganya seperti suami kerja apa, bilangan anak kandungnya, umur anaknya dan mungkin dia sendiri mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini jika bukan seorang suri rumah.
#5. Boleh ke awak sediakan makanan untuk anak saya?
Biasanya bila sibuk bekerja kadang-kadang ibu tidak ada masa untuk menyiapkan makanan anak. Jadi jangan malu untuk tanyakan soalan ini kepada mereka dan jika dia boleh sediakan tanyakan pula menu yang biasa dimasak untuk anak asuhannya.
Jika bayi berumur enam bulan, mungkin ibu boleh sediakan puri untuk si kecil itu kemudian ajar pengasuh cara-cara memanaskannya semula supaya kerja dia ringan sedikit.
Kemudian tanya juga sama ada dia tahu atau tidak dalam menyediakan susu badan yang telah diperah. Jika tahu markah bonus untuk mereka!
#6. Biasanya apa yang dilakukan anak asuhan awak setiap hari?
Soalan ini juga dianggap ‘pancing’ untuk melihat sama ada pengasuh tersebut rajin atau tidak dalam menyediakan aktiviti yang menarik buat si kecil.
Ini kerana ada pengasuh yang hanya membiarkan anak asuhan menonton televisyen tanpa membuat sebarang aktiviti yang boleh bantu perkembangannya.
#7. Andai kata saya terlewat ambil, apa respon awak?
Ini bertujuan untuk tahu sama ada dia ada meletakkan tempoh masa jagaan yang tertentu atau mengenakan sebarang caj tambahan jika anda mengambil anak lewat.
#8. Siapa di rumah awak yang merokok?
Merokok adalah sikap yang paling tidak disukai oleh ibu yang mempunyai anak kecil kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak.
Jadi adalah lebih baik anda bertanyakan soalan ini terlebih dahulu kepada mereka bagi mengelak sebarang risiko di kemudian hari.
#9. Ada awak nak tanyakan saya soalan?
Setelah panjang lebar anda bertanyakan soalan kepada mereka, apa kata anda berikan sedikit masa pula untuk dia bertanyakan sebarang soalan.
Mungkin ada sesuatu yang ingin ditanya selain umur anak.
#10. Berminat tak nak jaga anak saya?
Selepas segala persoalan telah dijawab, anda ajukan pula soalan sama ada dia berminat atau tidak menjaga si kecil anda.
Jika jawapannya ya. Anda boleh beritahu bila bermula dan waktu anda bekerja serta masa hantar dan ambil anak.
#11. Berapa upah yang awak ambil untuk jaga anak asuhan?
Soalan interview ini adalah sangat penting supaya anda lebih bersedia dengan upah yang diminta.
Ini kerana setiap pengasuh kadang-kadang meletakkan harga yang berbeza dan mungkin anda tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membayar upah mereka. Jadi, bincanglah secara baik.
Sekiranya sudah berjumpa dengan pengasuh yang bakal menjaga anak, pastikan soalan di atas anda tanya ya!
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Sirap Limau
Baca juga:
https://my.theasianparent.commencari-pengasuh-bayi