SOFY Bekerjasama Dengan Watsons Untuk Membantu Wanita Malaysia Melawan Ketidakselesaan Haid

SOFY bekerjasama dengan Watsons untuk kempen #CoolGilerrr, membantu wanita di Malaysia melawan haba haid dengan pad SOFY Cooling Fresh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SOFY, jenama tuala wanita No.1 dari Jepun telah bekerjasama dengan Watsons untuk memperkenalkan kempen #CoolGilerrr untuk membantu para wanita di Malaysia melawan haba haid dengan rangkaian tuala wanita SOFY Cooling Fresh.

Dengan kerjasama peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons, SOFY telah menganjurkan acara pop-up SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr, sebuah acara unik yang disasarkan untuk memperkasakan wanita untuk kekal segar sepanjang hari, tanpa sebarang ketidakselesaan. Acara pop-up itu adalah terbuka untuk orang ramai, dan akan berlangsung di Starhill Kuala Lumpur, dari 29 September sehingga 8 Oktober, 10 pagi sehingga 10 malam. Acara pop-up ini akan merayakan kesihatan dan keselesaan wanita, menampilkan paparan-paparan interaktif dan peluang bari orang ramai  untuk mengalami SOFY Cooling Fresh baharu secara langsung.

Puan Amanda Wong Yoke Pui, Pengurus Jenama Kanan, SOFY Malaysia & Singapura berkata, “Tuala Wanita SOFY Cooling Fresh adalah sebuah lonjakan ke hadapan untuk keselesaan masa haid. Sejak pelancaran rangkaian tuala wanita Cooling Fresh pada 2018, kami telah terus berusaha untuk menambah-baik produk kami dan memastikan wanita berasa segar, selesa dan yakin dalam setiap aspek kehidupan mereka. Di SOFY, kami berhasrat untuk memberikan pengalaman yang menyegarkan dan meningkatkan keyakinan wanita, walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar.”

“Menurut kajian penggunaan dan sikap pengguna tahunan kami, 7 daripada 10 wanita mengalami ruam atau kerengsaan kulit semasa haid. Ini amat ketara di kalangan gadis muda yang cenderung memakai tuala wanita untuk masa yang lebih lama. Rangkaian SOFY Cooling Fresh kami bertujuan untuk menangani masalah ini, terutamanya dengan cuaca Malaysia yang panas, ” tambah Cik Amanda lagi. 

Sejak perkenalan di 2018, SOFY Cooling Fresh telah direka untuk memberikan sehingga lima (5) jam Pudina Dingin merentasi pelbagai pilihan produk mulai dari Day to Night, Maxi hingga Ultra Slim, untuk membantu wanita Malaysia melawan rasa panas semasa waktu haid mereka. Rangkaian Natural Cucumber juga telah diperkenalkan di Oktober 2022 untuk mereka yang ingin menenangkan kulit mereka dengan sensasi sejuk yang ringan.

SOFY® Cooling Fresh (Mint) – 5 Jam Pudina Dingin 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dilapik dengan lapisan Cool Mint Sheet, SOFY® Cooling Fresh (Mint) memberikan sehingga 5 Jam Pudina Dingin, yang dapat mengurangkan ruam panas dan memberikan rasa nyaman sehingga waktu untuk menukar tuala. 

Ia juga ditambah dengan Minyak Pati Tumbuhan Semulajadi yang dapat mengurangkan bau secara efektif, dan memberikan rasa kesegaran yang berkekalan. Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, supaya selesai untuk semua jenis kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paras Dingin: ❄️ ❄️ ❄️ ❄️ ❄️

SOFY® Cooling Fresh (Cucumber) – Sejuk dan Sensitif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disemai dengan Ekstrak Timun Asli, SOFY® Cooling Fresh (Cucumber) akan memberikan sensasi sejuk yang lembut dan membantu mengurangkan rasa tersumbat, walaupun pada jenis kulit sensitif. Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, supaya selesai untuk semua jenis kulit. Rekaan Ultra Slim dengan penyerapan unggul membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran.

Paras Dingin: ❄️ ❄️ ❄️ ❄️

Untuk informasi lanjut mengenai SOFY Cooling Fresh, layari laman web rasmi SOFY (https://my.sofyclub.com/en/home.html) atau Facebook SOFY (https://www.facebook.com/SOFYMalaysia/) ataupun Instagram SOFY (https://www.instagram.com/sofymalaysia)

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad