Berita sedih buat para peminat Song Joong Ki dan Song Hye Kyo, mereka dikatakan mengambil keputusan untuk berpisah. Pasangan sama cantik yang dikenali sebagai ‘Song song couple’ ini mempunyai ramai peminat di Malaysia yang pastinya turut patah hati dengan berita perpisahan ini!
‘Song Couple’ Akhirnya Bercerai Selepas Hampir 2 Tahun Berkahwin
Peminat pasangan selebriti Korea Selatan Song Hye Kyo dan Song Joong Ki, yang disebut sebagai pasangan ‘Song song couple’, terkejut mengetahui pasangan itu memfailkan perceraian kurang daripada 2 tahun selepas melangsungkan perkahwinan mereka.
Perceraian itu sangat mengejutkan sehinggakan saham Studio Dragon, syarikat pengeluaran utama di belakang drama terbaru Song Joong Ki, Arthdal Chronicles, jatuh 1.29% lebih rendah dalam sehari.
Kali Pertama Bertemu Di Set Penggambaran
Pasangan ini bertemu pada set drama 2016 Descendants of the Sun, yang memenangi Hadiah Utama untuk drama terbaik di Anugerah Baeksang ke-52 dan mendapat rating tertinggi 41.6% di Asia.
Dalam drama tersebut, watak-watak mereka mencetuskan hubungan chemistry yang hebat sehingga ia menimbulkan khabar angin yang mengatakan mereka bersama. Namun mereka tetap menafikan yang mereka berhubungan.
Apabila mereka mengumumkan pertunangan mereka pada bulan Julai 2017, mereka akhirnya mengesahkan mereka telah mula berpasangan semasa penggambaran drama. Mereka berkahwin dalam upacara kecil pada 31 Oktober 2017.
Baru-baru ini, khabar angin mula tercetus perkahwinan pasangan itu dalam masalah, namun mereka menafikan. Mereka diisytiharkan tinggal berasingan, pada ketika itu Song Joong Ki sedang melakukan penggambaran Arthdal Chronicles di Brunei dan Song Hye Kyo pula sedang membintangi Encounter di Cuba bersama bintang terkenal Park Bo Gum.
Malah sehingga Mei, Song Joong Ki masih memberi jaminan kepada peminat yang perkahwinannya masih teguh!
Song Couple Akhirnya Mengumumkan Penceraian Secara Rasmi
Pelakon itu mengumumkan hasratnya untuk bercerai pada 27 Jun. Dia memohon maaf kepada peminatnya dan mengatakan bahawa dia berharap untuk proses yang baik.
Sejurus selepas itu, agensi Song Hye Kyo mengeluarkan kenyataan bagi pihak aktres itu, menyatakan dia bersetuju dengan perceraian atas dasar tidak lagi mempunyai persefahaman. Agensi itu meminta peminat untuk memahami keadaan tersebut.
“Saya telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo. Daripada kita mencari salah antara satu sama lain, saya hanya berharap proses penceraian dapat berjalan dengan baik,” katanya melalui kenyataan tersebut.” “Saya meminta anda semua faham mengenai hakikat bahawa sukar untuk membincangkan butir-butir kehidupan peribadi saya, dan saya akan pulih dari rasa sedih ini dan terus melakukan yang terbaik sebagai pelakon untuk membalas sokongan anda di masa depan. Terima kasih.”
Menurut laman berita berbahasa Inggeris, tabloid Cina telah membuat spekulasi penceraian apabila Song Hye-kyo mula muncul di depan umum tanpa cincin perkahwinannya.
Hashtag #SongSongCouple mula viral sekali lagi di laman media sosial pada hari Khamis pagi, ketika para peminat mulai berkongsi kembali adegan ikonik dari drama dan foto dari perkahwinan berprofil tinggi pasangan itu.
Selepas bercerai, hak penjagaan anak jatuh pada suami atau isteri?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comartis-melahirkan-2019