Boleh kata yang netizen Malaysia terharu apabila bekas pemain ragbi All Blacks terkenal, Sonny Bill Williams berkongsi di akaun Twitter miliknya tentang sifat beradab tiga anak kecil pasangan Malaysia yang bersalam dengannya ketika bertemu dengan bekas atlet itu di Mekah.
Sonny dikatakan merasa terpegun dengan sifat merendah diri dan beradab yang ditunjukkan oleh tiga kanak-kanak kecil warga Malaysia apabila bertemu dengannya baru-baru ini. Bekas pemain ragbi New Zealand yang sudah bersara itu berkongsi momennya itu kepada pengikutnya di Twitter dengan menyatakan yang sebuah keluarga Malaysia bersama tiga orang kanak-kanak lelaki menghampirinya untuk mengambil gambar dengannya ketika dia menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci.
Kanak-kanak itu kemudiannya bersalam dengannya mengikut adat Melayu Islam yang biasa dilakukan di negara kita, terutama sekali apabila bertemu dengan orang yang lebih tua.
“Anak-anak kecil itu berjabat tangan dengan saya, melihat saya, menundukkan kepala mereka ke bawah dan menyentuh belakang telapak tangan saya dengan dahi mereka.
“Anak-anak ini benar mempunyai matabat, maruah dan penghormatan di dalam nilai kekeluargaannya. Ia adalah sebuah momen yang indah,” Tweetnya.
Sonny turut memuat naik gambar kanak-kanak yang mengambil dengannya ketika menunaikan umrah dengan Tweet bertulis “MashaAllah.”
Tweet itu telah dilihat lebih dua juta kali oleh pengikutnya di Twitter dengan rata-rata memuji akan penghormatan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.
Menerusi ruang komen juga, boleh dilihat ada diantaranya adalah warga Malaysia yang menyatakan bahawa perkara itu adalah satu adab yang mencerminkan budaya masyarakat Malaysia di mana menghormati individu yang lebih tua atau berusia.
Adanya juga mengatakan yang adab itu telah diajar oleh ramai ibu bapa sejak anak kecil lagi. Pada masa yang seorang pengguna Twitter juga berterima kasih kepada Sonny Bill Williams kerana memperakui akan kecantikan budaya Melayu itu di laman Twitter miliknya.
Sementara itu, seorang pengikutnya bernama Akmal turut membalas Tweet atlet tersebut dengan meminta untuk Sonny datang ke Malaysia bila-bila masa kelak, dan bekas pemain rugby itu membalas semula dengan menyatakan “InshaAllah, trip keluarga seterusnya akan ke Malaysia,” dengan emoji tanda cinta dan berdoa.
Jelas terlihat di sini yang mana peranan ibu ayah dalam membentuk anak sedari kecil adalah sangat penting demi membentuk keperibadian yang mulia serta boleh jadi contoh pada orang lain apabila mereka besar kelak.
Semoga ibu ayah dapat mendidik lebih ramai anak muda menjadi individu yang hormat menghormati dan beradab pada orang yang lebih tua secara tak langsung dapat menyejukkan hati ibu bapa mereka kelak apabila mendapat pujian sebegini.
New Straits Times
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 15 Adab Dengan Orang Tua Yang Anak-Anak Akan Cepat Tiru, Ibu Ayah Kena Selalu Jaga!
Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar